Kuching: Akibat dorongan nafsu, seorang kakitangan kerajaan menempah bala apabila tindakannya berbogel di depan kamera web laman sembang bukan saja dirakam kenalan wanitanya, malah turut diugut supaya membayar RM10,000 sebagai cagaran untuk memadamkan bukti rakaman itu.

Kejadian menimpa mangsa berusia 49 tahun itu ketika bersembang menerusi Facebook pada jam 8 pagi kelmarin sebelum menyambung perbualan itu menggunakan laman sembang Skype.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di sebuah inap desa di bandar ini apabila wanita itu mengarahkannya berbogel di depan kamera web Skype.

"Tanpa mengesyaki sesuatu mencurigakan, mangsa menuruti arahan itu tanpa menyedari perbuatan itu dirakam wanita terbabit. Mangsa baru mengenali suspek yang menggunakan nama 'Norgen Wang' sering menghantar mesej selain berbual sebelum hubungan itu berlanjutan kepada perbincangan seks.

"Mungkin terlalu akrab melalui sembang Internet, lelaki terbabit tidak mengesyaki niat jahat wanita itu sehinggalah mendapat tahu aksinya dirakam. -HM





--
Dicatat Oleh zuerieyana ke Says Blog di 12/13/2014 08:43:00 PG

--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis: http://groups.google.com/group/gudangmedia Blog: http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
  http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
  http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
  http://pendek.in/0xn7
-
--- Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Google Grup.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke gudangmedia+unsubscr...@googlegroups.com.
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/d/optout.

Reply via email to