aku sokong 1,000,000%

pompuan melayu skang mmg ego tinggi. sikap berlumba2 hal duniawi meluap2 sampai 
lupa tanggungjawab n rukun. yg jadi mangsa adalah si suami. 

aku lebih rela berkahwin ngan yg bukan islam tapi punya kesetiaan n ketaatan pd 
suami yg cukup tinggi. ia ibarat mencorak sehelaikain putih. wanita melayu pula 
adalah kain putih yg dh dicorakkan. 

kpd pompuan melayu...sori berlori2 laa...aku dh ada pengalaman...tu pasal aku 
sokong n hentam cukup2. kesetiaan pd suami mmg payah nak dpt dr wanita melayu. 
andai x memuaskan hati, wanita melayu akan kerap mencari helah supaya 
kesalahannya x nampak atau ditutup dan akhirnya si suami/lelaki yang nampak 
bersalah walhal puncanya dr wanita melayu. 

wanita melayu jgk ramai melahirkan lelaki dayus pada zaman moden ini. so, 
disebabkan lahirnya lelaki dayus maka pintu ke syurga tutup rapat buat si 
suami. 

ptuihh!!




________________________________
From: "c...@yahoo.com" <c...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 10, 2009 12:15:18
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Isteri Ego Punca Suami Cari Lain





Bahan bacaan bila dok termenng depan pc @ www.ceria.com. my


PEMBACA
mungkin telah banyak membaca masalah, penderitaan dan isu-isu berkaitan
wanita hidup bermadu. Dari banyak pandangan yang diberikan rasanya cuma
satu dua sahaja wanita yang dimadukan merasa bahagia dan selesa
hidupnya dipoligamikan. Kebanyakannya rata-rasa meraka melahirkan rasa
tidak puas hati, keciwa dan menderita bukan sahaja melibatkan diri
mereka sahaja tetapi juga anak-anak turut menjadi mangsa.  
Namun tidak dinafikan mungkin ada yang merasa bahagia, tetapi tidak
mahu pengalamannya dipaparkan di ruangan ini untuk kita sama-sama
melihatnya dengan hati dan mata lebih terbuka.

Bagaimana pun
penulis kurang menerima pandangan daripada kaum lelaki yang berpoligami
kalau ada pun yang mengirimkan jumlah mereka terlalu kecil berbanding
wanita. Kebanyakan surat, e-mel mahupun faks yang diterima dari kaum
wanita sentiasa menceritakan masalah hidup bila suami kahwin lagi.

Seorang suri rumah, Puan Cik Wan memberikan sebab mengapa kaum lelaki
kurang memberi pandangan, katanya kerana mereka tidak menghadapi
masalah berpoligami, sebab mereka yang menerima padah bermadu adalah
wanita, ada antara isteri yang ditinggalkan tanpa nafkah, ada yang juga
terpaksa ikat perut kerana suami kurangkan duit belanja dan sebagainya,
jadi hidup kaum lelaki memang tidak ada masalah, kerana mereka adalah
golongan pembuat masalah.

Katanya kaum lelaki boleh tutup
mata, hati dan perasaan terhadap kehidupan anak-anaknya, dia tak peduli
anak-anaknya dapat makan, boleh pergi sekolah, duduk di rumah yang
sempurna ataupun tidak, asalkan kehendak hatinya beristeri lebih
daripada satu terlaksana.

Pada mereka, masalah isteri dan
anak-anak tak penting, asalkan cita-cita dan hasrat hatinya terlaksana.
Kaum lelaki juga sering melahirkan kata-kata keramat bahawa keadilan
kalau beristeri lebih tidak boleh diukur kerana tidak ada kayu
pengukur, dan ianya terlalu subjektif. Wang ringgit juga tidak boleh
diambil kira, kerana wanita sentiasa laparkan wang berapa banyak pun
wang yang diberi tidak pernah cukup.

``Pada saya itu adalah
pembohongan, kaum lelaki sering lalai dan lupakan tanggung jawabnya
setelah beristeri lebih, biasanya isteri mudalah yang menjadi
keutamaan. Tetapi banyak juga isteri kedua menghadapi masalah kerana
sebab-sebab tertentu. Terutama setelah rahsia dia berpoligami
terbongkar.

``Selagi boleh menyembunyikan isteri keduanya,
selagi itulah lelaki akan menafikan dia berkahwin lagi, Bila rahsia
sudah bocor, suami biasanya akan menjadi takut dan terus meninggalkan
isteri keduanya, terutama apabila dia merasakan isterilah atau keluarga
isterinya tempat dia banyak bergantung. 

Demikian pandangan
Puan Cik Wan kenapa kaum lelaki kurang memberikan pandangan tentang
poligami. Mereka lebih suka mengukuk di belakang tidak berani
berhadapan isterinya. 

Bagaimana pun baru-baru ini penulis
menerima e-mel daripada Encik Saiful yang menceritakan pandangannya
tentang masalah poligami, oleh kerana pandangan kaum lelaki jarang
diterima untuk ruangan ini, maka minggu ini dipaparkan pandangan beliau
yang rasanya tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteliti. 

Kerana beliau sendiri menceritakan mengapa dia mahu berkahwin lagi,
sebab dan apa kekurangan isterinya. Di mana silap isteri sampai suami
merasa amat keciwa dengan sikap mereka yang terlalu ego. 

``Saya mengikuti dengan penuh khusyuk tentang artikel yang dimuatkan
dalam ruangan DCCK ini tentang bermadu. Memang menarik, pelbagai
pandangan diberikan dan saya memang suka mengikuti bab ini. Kerana ia
secara tidak langsung melihatkan diri saya sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung.

``Namun sebagai pembuka tirai izinkan
saya dahulu memperkenalkan diri saya sebagai Saiful berusia dekat 40an
tahun dan sudah berumah tangga. Kini saya mempunyai 3 orang anak yang
sedang meningkat remaja.

``Di dalam saya mengikuti
artikel-artikel yang dipaparkan terutama sekali DCCK  lalu berjudul
``Pegang bara api dulu baru layak bermadu.Saya teruja untuk memberikan
pandangan kerana saya merasa amat kesal dengan cara Puan Norlia
mengatakan cukup tebalkah iman lelaki untuk berlaku adil seperti Nabi.
Sesungguhnya iman seseorang manusia itu tidak dapat diwarisi dan saya
kesal kerana beliau mengambil mudah untuk menggunakan Nabi sebagai kayu
pengukur.

``Beliau mungkin terlupa kisah isteri Nabi bernama
Habsah yang telah dipulaukan oleh Nabi selama sebulan, sehinggan
bapanya, Saidina Umar datang menyepak Habsah. Lupakah kita bahawa
isteri-isteri Nabi adalah mereka yang di janjikan Syurga. Jika wanita
boleh berkelakuan sedemikian kepada Nabi, inikan manusia biasa dan
ramai kes-kes penceraian berlaku atas sikap wanita itu sendiri. Mereka
terlalu ego dengan kelebihan dan kedudukan mereka sekarang.

``Kaum wanita suka menyalahkan kaum lelaki bila rumah tangga mereka
kucar kacir, mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka sendiri,
mengapa suami mereka ingin kahwin lagi, dan apa punca dan masalah suami
mereka sampai sanggup berbuat demikian. Sebenarnya bukan mudah lelaki
berkahwin dua tanpa sebab tertentu.

``Pada pandangan saya
kebanyakkan wanita Melayu mempunyai ego yang teramat tinggi. Mereka
ingin kahwin tetapi tidak mahu jadi isteri solehah. Berbeza dengan
wanita bukan Melayu, mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan
setia.

``Sebagai contoh saya mempunyai seorang kenalan hasil
daripada penglibatan saya dengan PERKIM. Beliau merupakan seorang
wanita Inggeris yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki
Melayu. Dia sanggup meninggalkan kehidupan Metropolitan beliau pada
masa lalu dan kini menetap di pendalaman di Selangor bersama suaminya
tanpa keperluan asas seperti elektrik mahupun air.

``Semua ini
dilakukan untuk kebahagiaan suami dan keluarga. Itulah pengorbanan
namanya yang mana jarang kita temui daripada kaum hawa Melayu,
kesanggupan wanita Inggeris ini meninggalkan kemewahan hidup hanya
untuk bersama-sama suami amat mengkagumkan saya dan beliau telah
membahagiakan suaminya.

``Jadi kepada Puan Norlia, Nabi pernah
berkata bahawa sekiranya manusia ini boleh menyembah selain dari Allah,
maka isteri akan disuruh menyembah suami. Dan bagi wanita, sesungguhnya
Syurga itu amat mudah jika di bandingkan dengan lelaki, sembahyang,
puasa dan taatlah pada suami, maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang
kamu kehendaki.

``Saya bukanlah bersikap menegakkan bendera
orang lelaki atau mengangkat mertabat kaum lelaki, tetapi ini adalah
yang hak, dan anda sendiri yang menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur,
sepatutnya menjadi lebih insaf.

``Pada pandangan saya
kebanyakkan cerita yang dipaparkan seolah-olah menyalahkan kaum lelaki
berpoligami, seolah-oleh dengan berpoligami itu satu cara yang sah
untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Tanggapan ini bagi saya
adalah tidak benar malah ia lebih menyakitkan hati kaum lelaki. 

``Jika kita melihat fitrah kejadian Adam, Nabi Adam hidup senang lenang
di Syurga dan kenapakah dijadikan Hawa. Kerana Allah mengetahui bahawa
Adam kesunyian dan dijadikan Hawa itu, sebagai pasangan hidupnya.
Itulah sebabnya, lelaki yang kematian isteri mereka kemudiannya akan
berkahwin lain.

``Berlainan dengan kaum wanita yang boleh
meneruskan hidup selepas kematian suami. Mereka boleh hidup sendirian,
boleh menguruskan diri, rumahtangga dan anak-anaknya sendiri, tetapi
lelaki tidak, walaupun bukan semua lelaki demikian, tetapi itulah yang
berlaku kepada lelaki. Sama seperti kejadiannya.

``Apa yang
saya ceritakan ini sedikit sebanyak turut melibatkan hidup saya, saya
katakan demikian kerana keadaan hidup saya yang selalu kesunyian
walaupun ada isteri tetapi dia yang tidak memperdulikan kebajikan saya
menyebakan atau menjadi faktor utama yang menolak (pushing faktor) saya
ke arah hidup berpoligami.

``Sebagai suami siapa boleh sabar
kalau isteri pun tidak mahu bertegur sapa dengan kita, kerana egonya
terlalu tinggi. Malahan hubungan kelamin pun tidak mendapat layanan
sewajarnya, baginya, hubungan suami isteri semata-mata untuk
mendapatkan zuriat sahaja. Adakah itu adil, adakah itu sewajarnya sikap
seorang isteri terhadap suaminya. Dan sikapnya yang sedemikian tidak
boleh ditegur dan dinasihat.

``Bagaimana pun bagi saya,
hubungan seks itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi saya amat
kesunyian dan memerlukan 'companionship' yang lebih lagi. Saya selalu
memikirkan apakah akan terjadi kepada diri saya apabila saya tua kelak.
Rasanya pada masa itu seks bukanlah perkara utama lagi malahan saya
amat memerlukan seorang rakan hidup.

``Pada pandangan saya
zaman ini kebanyakan kaum wanita setelah mereka diberikan pendidikan,
pekerjaan dan taraf kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat, mereka
telah gagal memahami fungsi mereka sebagai ibu dan isteri di dalam
institusi keluarga. Malahan, mereka beria-ria ingin setanding dengan
lelaki yang mana akhirnya membawa kemusnahan kehidupan keluarga itu
sendiri.

``Apa yang saya cuba ceritakan ini adalah pengalaman
saya sendiri di mana sikap dan perbuatan isteri saya sendiri jika
ditegur kepada kebaikan, isteri saya akan meminta menceraikannya dengan
alasan bahawa kami sudah tidak sesuai lagi sebab saya menegurnya.
Apakah salah suami, yang menjadi nakhoda menegur isteri?

``Sebab itulah apabila kaum lelaki ingin bernikah lain, kebanyakkan
isteri akan melenting malah sanggup meminta cerai daripada hidup
bermadu tanpa memikirkan atau muhasabah diri sendiri di manakah silap
mereka terdahulu.

``Itulah sebabnya mengapa saya katakan
bahawa ego isteri zaman ini amat tinggi sekali. Kaum wanita tidak ingin
diperlekehkan oleh masyarakat yang memandang serong dengan tanggapan
bahawa mereka tidak tahu melayan suami sehinggakan suami cari lain,
atau berkahwin lagi.

``Secara jujur dan ikhlas saya nyatakan
bahawa saya memang berhasrat untuk menikah lagi dan saya kini sedang
berkenalan dengan seorang janda. Beliau banyak membantu saya di dalam
melalui kehidupan yang amat kesunyian ini dengan menjadi rakan hidup
saya yang baik.

``Bukan itu sahaja beliau selalu mengingatkan
saya tentang tanggungjawab saya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak
saya. Beliau tidak ingin digelar perampas suami orang. Itulah peliknya
kaum hawa. Mereka hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan apakah
perasaan kaum lelaki.

``Jadi kepada Puan Norlia, saya amat
bersimpati dengan saudari tetapi, kaum hawa juga perlu ingat
tanggungjawab mereka sebagai isteri dan menjaga hak-hak suami. Jangan
memperlekehkan suami. Jangan hanya memikirkan tentang apa yang anda
harus dapat daripada suami tetapi berilah apa yang hak kepada suami
anda.

``Kepada mereka yang mempunyai tanggapan serong tentang
kaum lelaki yang ingin berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu
mereka, lihatlah ke dalam diri sendiri dahulu. Ada juga kaum lelaki
hanya mahukan rakan hidup lebih daripada seks. Perkahwinan ini adalah
segala-galanya bukan hubungan kelamin sahaja.

``Jika agama itu
dijadikan landasan hidup berumahtangga, maka tidak akan menjadi porak
peranda kehidupan masyarakat kita hari ini. Hidup ini amatlah pendek
dan kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Nyawa kita adalah
pinjaman dan ingatlah jika kita melakukan yang hak kepada suami kita
dan suami kita redha dengan kita, maka Syurga itulah pembalasannya dan
itulah yang kekal.

Demikian cerita Encik Saiful tentang
pengalamannya dan pandangannya tentang kebanyakan isteri zaman ini dan
mengapa suami mereka kahwin lagi. Benarkah wanita ego atau sebaliknya,
tentu pembaca sendiri lebih tahu dan lebih memahami.
 
 
- Maimunah 



   


      New Email names for you! 
Get the Email name you&#39;ve always wanted on the new @ymail and @rocketmail. 
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke