Saya amat terasa apabila orang mengata dan mengutuk kerturunan syed dan 
sharifah walahal keturunan ini tidak pula mengutuk orang melayu atau sesiapa 
saja. Apakah salah dan dosa mereka senhinggakan nama syed dan sharifah di hina 
begitu sekali dan apa pula kaitan dengan iman. Seseorang yang beriman ialah 
adalah apabila dia mengikut landasan berikut. \

Mengikut sagala perintah Allah

Menjunjung imanah dan amanah yang rasul tinggal kan

menghaadapi segala duganaan dan cabaran hidup yang akan dilalaui nya semasa 
hayat dengan sabar, dan tidak ada kena menegen dengan nama sharifah atau syed.

Perintah Allah  buat segala yang disuruh dan tinggala kan yang dilarang dan 
menghoramati nabi dan kerturnannya adalah hanya ditujukan kepada orang yang 
beriman yang menurut segala faktor yang disebut diatas kalau tidak tak payah 
lah mengormati nabi dan kerturunan nya kerna firman Allah untuk berselawat 
keatas nabi hanya ditujukan kepada orang yang beriman. jadi tak hearn lah kalau 
orang yang mengaku islam tidak suka akan nama sharifah dan syed ini kerana 
mereka ini seperti apa yang dikata kan dalaam al quran iman belum lagi masuk 
kedalam hati mereka. sekian terimakasih......



--- On Thu, 8/4/10, [s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com 
<[s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com> wrote:

From: [s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com <[s][h][m][a][m][i]...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Masalah Syed, Syarifah
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, 8 April, 2010, 3:40 AM







 









      Pada pendapat saya hanya ketinggian keimanan shj yang membezakan setiap 
insan. Apa yang ada pada nama syed & syarifah. Hanya dgn mempunyai susur galur 
ini pada mereka2 ini penuh dengan sikap bongkak.


2010/3/30  <>















 









      yg jawab ni sure keturunan syed gak... toksahlah la nak bangga dgn 
keturunan syed/syarifah ni... yg kat bkt bintang syed/syarifah pun tonggang 
beer gak... Allah cipta manusia semuanya sama saja..tiada yg istimewa. nabi 
Muhammad pun takde cakap pasal keturunan2 ni. Lagi pun camna depa leh claim 
depa keturunan nabi padahal anak2 lelaki nabi meninggal semasa kecil. ini semua 
kuasa Allah swt kerana tak mau keturunan nabi Muhammad menjadi riak dan 
takbur...aku ni tak nak tulis lebih2 pasal orang melayu yg 'tinggi' ilmu 
agamanya sekarang hampir kesemuanya lebih islam dari orang arab.



2010/3/24  <>















 










SAYA mengenali seorang wanita berketurunan Syed/Syarifah. Saya berniat 
mendirikan rumah tangga dengannya, tetapi mendapat tentangan keluarganya kerana 
berpendapat keturunan mereka tidak boleh berkahwin dengan orang biasa. Mereka 
mengatakan keturunan mereka mendapat keistimewaan di akhirat nanti dan akan 
diasingkan daripada orang biasa.


 
Mereka tidak mahu memutuskan nama Syed itu kerana percaya anak cucu mereka 
tidak akan dapat bersama mereka di akhirat nanti. Bagaimana mahu membetulkan 
kembali kepercayaan mereka yang mengamalkan perkara ini?
 
JOE
Selangor

SUDAH menjadi lumrah, keluarga sangat memilih dalam soal jodoh. Ini bertepatan 
dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud, "Wanita dinikahi kerana empat perkara 
iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya, maka pilihlah yang 
beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara (daripada kefakiran atau 
kesusahan)" (Bukhari dan Muslim).



Anjuran Rasulullah s.a.w dalam memilih jodoh bagi wanita termasuk lelaki yang 
beragama. Ini penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga di dunia dan 
juga di akhirat, iaitu satu keluarga sakinah mawaddah warahmah (al-Quran, 
al-Rum (30): 21). Mereka yang memilih bukan berasaskan agama tidak mendapat 
restu daripada Rasulullah s.a.w. Ini kerana berdasarkan kata baginda, taribat 
yadaa-ka yang secara literal bermaksud, terkena tanah kedua-dua tangan engkau. 
Ia adalah suatu bentuk doa berbentuk celaan terhadap mereka yang memilih bukan 
yang beragama mendapat kefakiran (Sabiq, 2000: II: 14, n. 30). Secara umumnya, 
keturunan Syed atau Syarifah adalah keturunan mulia daripada keturunan 
Rasulullah s.a.w dan mementingkan agama. Dengan itu tidak salah mereka 
menetapkan pasangan bagi anak gadis mereka daripada keturunan Syed juga. Ini 
termasuk dalam calon yang sekufu, iaitu setaraf daripada sudut keturunan. 
Bagaimanapun, apabila keluarga perempuan
 bersetuju dengan pilihan anak gadis mereka adalah tidak salah untuk 
menjodohkannya dengan bukan keturunan Syed. Lebih-lebih apabila calonnya adalah 
orang yang beragama.

Kepercayaan mereka berkenaan hendaklah berdasarkan ketentuan Allah. Allah 
menetapkan bahawa orang bertaqwa mendapat tempat yang mulia di sisi Allah tanpa 
melihat kepada jantina, keturunan dan bangsa. Ini jelas apabila Allah 
berfirman, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki 
dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya 
kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah 
orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi 
Maha Mendalam Pengetahuan- Nya. (al-Quran, al-Hujurat (49) : 13)



        Get your new Email address!

Grab the Email name you've always wanted before someone else does!






























































Kirim email ke