--- In hidayahnet@yahoogroups.com, hanisah wrote:
>
> Salam,
> 
> saya hanya ingin meminta pandangan pada pada rakan2.
> Adakah wajar seorang isteri menonton wayang bersama rakan2 pada waktu mlm 
> (dengan izin suami), 
> sedangkan suami menjaga anak2 dirumah.
> Maaf jika soalan saya ni agak sensetif...
> 
> terima kasih..
>
Waalaikum salam,
Pada pandangan ana, diri puan sendiri tahu jawapannya. Iman yang mantap akan 
memberi jawapan yang yang tepat samada apa yang kita buat itu menyalahi hukum 
atau tidak. Iman yang mantap adalah hasil dari ilmu yang mantap yang kita 
perolehi di majlis-majlis ilmu. Soalan yang  perlu diajukan pada diri kita 
ialah; 

Pertama:Apakah yang aku akan lakukan ini bertepatan dengan syariat Islam?
Kedua; Apakah perkara yang sebenarnya aku cari di dalam dunia ini?
Ketiga: Adakah perbuatan aku ini diredhai Allah s.w.t. 
Keempat: Apakah pandangan masyarakat? 
Kelima: Dimanakah sepatutnya seorang isteri berada? 
Keenam: Perbuatan itu memberi manafaat atau lara sahaja? bermaksud adakah ianya 
akan mambawa ku ke syurga Allah s.w.t atau ke neraka? Ketujuh: Apakah janji 
Allah s.w.t. terhadap isteri yang taat setia kepada suaminya walau pun suaminya 
mungkar?Allah swt tidak pernah mungkir janji. 
Kelapan: Eh,berapa kali aku dah Khatam Al Quran? Kalau aku gunakan masa itu 
untukNya kan ianya lebih memberi manfaat dunia dan akhirat.
Kesembilan: Kalaulah sedang aku seronok menonton wang bersama kawan2 dan 
selepas tu berseronok2 minum sebelum balik tiba2 Allah s.w.t mencabut 
nyawaku..Auzubillah...tiada bau syurga rasanya aku..
Kesepuluh: Kesian anak-anak ku....aku berseronok tapi....zalim aku ini walaupun 
suami ku membenarkan..zalim..sesungguhnya Allah s.w.t sangat murka kepada 
mereka yang zalim..

Walla hu aklam..puan fikir-fikirkan..ana sekadar memberikan pandangan. maaf 
sekiranya menyinggung..

Kirim email ke