Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir `Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi Pertama Tahun 2010 bermula pada 1 Februari 2010 (Isnin).
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN 1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut: (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau (ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau (iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau (iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php <http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php>