Untuk mengatasi masalah ini, apa cadangan Encik Leon?

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:          Susah hendak percaya. Tapi 
kalau benarlah begitu, bermakna ramai sangat rakyat malaysia berpolitik. 
apabila tukar orang kerana politik (nak pecahkan undi), nak bagi tak bagi elaun 
pun kerana politik. Masyaalah. Tiada yang hendak melakukannya semata mata 
kerana ALLAH, tiada yang lain melainkan ALLAH. Masyaalah.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:       Benarkah perkara seperti ini 
berlaku disebuah negara demokrasi?

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:       
Hilang elaun RM500 atau pindah tempat mengundi         Rizal Tahir 
Tue | Mar 20, 07 | 06:46:25 PM     KOTA BHARU, 20 Mac (Hrkh) – Hilang elaun 
RM500 sebulan atau pindah tempat mengundi. Inilah dilema yang melanda guru-guru 
Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) di Kelantan sekarang.

  
  Mereka dikatakan dipaksa menukar alamat tempat mengundi di tempat yang telah 
ditetapkan Umno bahagian. Keadaan itu difahamkan berlaku secara berleluasa di 
bahagian ini.
  

  “Guru-guru Kafa di Kota Bharu dipaksa menukar alamat bagi membolehkan mereka 
mengundi di tempat yang telah ditetapkan. Sekiranya enggan berbuat demikian 
jawatan guru Kafa akan dilucut,” kata satu sumber di sini.
  

  Sumber itu juga mendakwa agen khas dilantik bagi mencari seramai mungkin 
pengundi muda untuk dipindahkan di kawasan tertentu dan setiap pendaftaran 
dibuat akan dibayar RM5.
  

  Manakala pemuda yang berjaya dipujuk dipindahkan tempat mengundi pula akan 
dibayar RM10 setiap seorang. Taktik yang sama juga difahamkan dilakukan Umno 
bahagian lain termasuk Kubang Kerian.
  

  Selain itu, Umno juga difahamkan cuba mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah 
agama dengan menawar mereka menyertai rombongan melawat ke tempat-tempat 
menarik di seluruh negara.
  

  Dan apabila pelajar terbabit sudah masuk ke dalam perangkap mereka, Umno akan 
menyuntik perkara-perkara negetif tentang PAS dan kerajaan negeri.
  

  Mengulas perkembangan tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Zaki 
Ibrahim berkata, Umno Kelantan sekarang benar-benar terdesak dan mereka mahu 
mengulangi kejayaan di Terengganu pada pilihan raya umum lalu.
  

  “Umno mengharap melalui taktik tersebut mereka dapat merampas kerajaan negeri 
yang dikuasai PAS sejak hampir 17 tahun. Bagaimanapun taktik itu berjaya 
dihidu, di mana seramai 10,000 pengundi akan dipindahkan ke negeri ini,” 
katanya.
  

  Beliau mendakwa usaha tersebut dilakukan Umno dengan kerjasama Suruhanjaya 
Pilihan Raya (SPR) dan beberapa agensi lain kerajaan.
  

  Oleh itu katanya, bagi menutup taktik tersebut, Pergerakan Pemuda Umno pula 
membuka pekung dengan menuduh PAS memindah pengundinya ke kawasan yang 
mempunyai kekuatan hampir setara.
  

  “Usaha itu ternyata berjaya pada pilihan raya umum yang ke-11 di Terengganu, 
maka taktik yang sama cuba dipraktikkan di sini,” katanya di sini.
  

  Baru-baru ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin 
dilaporkan mendakwa PAS Kelantan giat menjalankan gerakan memindahkan pengundi 
dari kubu kuat ke kawasan agak lemah.
  

  Menurutnya, taktik itu dikesan Biro Penambahan Ahli dan Daftar Pemilih Pemuda 
Umno berdasar kepada pemantauan yang dilakukan di peringkat akar umbi.
  

  Pada kes petisyen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tahun lepas, PAS berjaya 
membuktikan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu terdapat kes penyamaran. Begitu juga 
di Likas mahkamah mendapati wujud kes pengundi hantu.
  

  
---------------------------------
  Jumlah dilihat: 1474 | Cetak | Emel

            Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di 
atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, 
pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED] email ini 
telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk 
melihatnya .
  

  Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon 
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima 
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
  

  Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan 
yang dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak 
akan dilayan.
  


  
 [input]  [input]  [input]  [input]          Hantar Komen Anda      Nama   
[input]  [input]     Subjek   [input]     Komen

      Kod*   [input]       [input] 
   [input] 
    
---------------------------------
  All New Yahoo! Mail – Tired of unwanted email come-ons? Let our SpamGuard 
protect you.   




    
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/   




    
---------------------------------
  Building a website is a piece of cake. 
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.  

         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke