100 NGO Melayu gesa k’jaan ajar Matematik, Sains dalam BM Muda Mohd Noor -

Kongres Kepentingan Bangsa yang dihadiri oleh 1,000 orang Melayu yang mewakili 100 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menggesa kerajaan mengguna semula Bahasa Malaysia (BM) sebagai pengantar pengajaran Matematik dan Sains, mengembalikan bantuan sekolah agama rakyat ISAR) dan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Gesaan tersebut adalah antara 29 resolui pendidikan, ekonomi dan sosiobudaya yang diluluskan dalam kongres selama dua hari di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur yang berakhir semalan.

Resolusi itu dibahagikan kepada tiga kategori –ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya. Ia dihasilkan daripada perbincangan membabitkan bijak pandai Melayu selama dua hari di Universiti teknologi Malaysia (UTM) kuala Lumpur.

Kongres itu meluluskan lapan resolusi ekonomi, tujuh resolusi pendidikan dan 14 resolusi sosiobudaya.

Selain itu, resolusi ekonomi antaranya meminta supaya dipertahankan tanah rezab Melayu, manakala NGO Melayu pula perlu menubuhkan koperasi dan mendesak Petronas memperbanyakkan usahawan Melayu dalam industri minyak dan gas.

Resolusi sosiobudaya pula antaranya membabitkan penubuhan pasukan peguam Melayu untuk mengkaji dan membela pelanggaran hak orang Melayu, mendesak kerajaan mengamalkan demokrasi tulen dan menangani masalah kebejatan sosial secara bersungguh dan serius.

Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi Kongres Kepentingan Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah selepas menerima resolusi itu dari pengerusi jawatankuasa resolusi, Mohd Nor Manuty.

‘Orang Melayu  tidak dibantu’

Dalam kongres tersebut, tokoh-tokoh Melayu dalam pelbagai bidang, mengadakan perbincangan mengenai sektor ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya untuk dilaksanakan bagi mempertahankan hak-hak Melayu.

Tengku Razaleigh dalam ucapan penggulungan berkata, beliau sedih kerana kerajaan tiodak membantu orang Melayu walaupun mempunyai kuasa dan berkemampuan berbuat demikian.

"Sebab itu, masalah orang Melayu tidak selesai kerana mereka yang sepatutnya mengatasinya tidak berbuat demikian," katanya.

Sekretariat kongres, katanya akan meneliti resolusi ini sebelum diambil tindakan susulan, termasuk dimajukan kepada kerajaan.

Beliau berkata, adalah lebih baik resolusi itu dilaksanakan sendiri oleh NGO Melayu kerana sudah sampai masanya penggantungan kepada kerajaan dihentikan.

Sementara itu dalam sidang pleno sebelum itu, bekas pengerusi kumpulan Guthrie Berhad, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, tanah rezab elayu perlu dimajukan kerana ia menjadi sumber ekonomi yang besar kepada kaum itu.

"Ia boleh dimajukan melalui wang pelaburan seperti yang dilakukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu menggunakan wang orang Melayu sendiri," katanya.

Tanah Melayu semakin pupus

Beliau juga meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membuka ruang yang luas kepada usahawan Melayu untuk menjadi uysahawan dalam bidang berkaitan.

Sebelum itu dalam sesi soal jawab, Presiden Tanah Rezab Melayu Kuala Lumpur, Nadirah Abas mendakwa, tanah orang Melayu di bandar besar, terutam di ibu negara semakin pupus kerana diambil untuk pembangunan.

"Ia banyak berlaku di kawasan Gombak, kawasan di mana terdapat paling ramai orang Melayu di ibu negara. Simbol ketuanan Melayu semakin pupus kerana pihak yang mengambilnya tidak menggantikannya," katanya.

Beliau berkata, orang Melayu yang menentangnya dianggap sebagai menentang pembangunan dan ini menyebabkan mereka hanya membiarkan sahaja.

Katanya, ia tidak berlaku kepada orang Cina kerana kaum itu bersatu padu menyebabkan pihak berkenaan tidak mengambil tanah mereka.

Beliau mendakwa, nasib orang Melayu kini sama seperti kaum Red Indian di Amerika Syarikat.

Beliau berkata, tanah rezab Melayu perlu terjamin kerana menurutnya orang Melayu yang paling awal meneroka Kuala Lumpur dan bukannya Yap Ah Loy seperti yang didakwa.
 
Ku Li kecewa ada tokoh takut hadiri Kongres Kepentingan Bangsa
Muda Mohd Noor -

Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kecewa kerana ramai pemimpin dan tokoh akademik Melayu yang tidak menghadiri Kongres Kepentingan Bangsa hari ini untuk membincangkan masa depan orang Melayu di negara ini.

Katanya, mereka ini pada mulanya setuju untuk menghadiri kongres dua hari itu, tetapi tidak muncul hari ini kerana adanya tekanan dan takut dilabelkan sebagai ‘orang tertentu’.

“Cuba lihat persidangan anjuran Dong Jiao Zong (DJZ) baru-baru ini yang dihadiri oleh 600 badan bukan kerajaan (NGO) serta lebih 4,000 individu sebagai tanda bersatu dalam isu yang mereka perjuangkan,” kata beliau yang juga pengerusi kongres tersebut.

Persidangan anjuran DJZ itu diadakan bagi menyatakan bantahan masyarakat pelbagai kaum terhadap dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di semua sekolah rendah.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh berkata, hanya seratus sahaja NGO Melayu yang hadir di kongres tersebut yang bertemakan ‘Gagasan survival bangsa: Menebus kehilangan, mengisi masa depan’.

Dianggarkan kira-kira 1,000 orang menghadiri kongres berkenaan yang dirasmikan sendiri oleh Tengku Razaleigh di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah tokoh pendidikan dan politik termasuk Tan Sri Ainuddin Wahid, Tan Sri Arshad Ayob. Datuk Dr Hassan Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin serta Datuk Paduka Ibrahim Ali. Wakil-wakil dari Umno, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dari badan bukan kerajaan (NGO) hadir sama.

‘Melayu mesti berani’

Kongres itu turut membincangkan pelbagai isu berkaitan orang Melayu, terutama penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh yang juga ahli Parlimen Gua Musang, menggajak orang Melayu supaya berdikari dan berani untuk menentukan masa depan mereka sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

Ketika ditemui kemudiannya di majlis tersebut, beliau berkata orang Melayu terlalu penakut sehingga tidak mampu untuk menentukan masa depan sendiri dan ini menyebabkan mereka menyandarkan harapan kepada orang lain.

“Bukan sahaja rakyat takut, tetapi pemimpin juga takut berjuang mempertahankan hak mereka kerana bimbang mereka tidak mendapat jawatan dan kontrak,” katanya.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku kepada orang Melayu 50 tahun akan datang jika mereka terlalu mengharapkan orang lain termasuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu dalam sidang pleno, tokoh pendidikan negara, Datuk Omar Mohd Hashim berkata, masa depan orang Melayu ada hubungkaitnya dengan pendidikan mereka.

Katanya, sekolah kebangsaan yang menjadi tumpuan pelajar Melayu, terutama di kawasan luar bandar sangat daif jika dibandingkan dengan sekolah persendirian Cina.

Status sekolah kebangsaan

Oleh itu, katanya kerajaan perlu membentuk satu suruhanjaya bagi mengkaji status sekolah kebangsaan berkenaan.

“Sekolah ini perlu mendapat kemudahan, peralatan, guru yang terbaik serta bantuan kewangan yang mencukupi untuk melahirkan pelajar Melayu yang cemerlang,” katanya.

Omar juga menggesa kerajaan mengurangkan birokrasi pendidikan dan memberi kuasa kepada guru tanpa gangguan dalam menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr Shahril Mohd Zain menolak dakwaan bahawa bahasa Inggeris (BI) adalah bahasa ilmu dan bahasa kejayaan.

“Sembilan puluh peratus pemenang Hadiah Nobel adalah dalam bahasa ibunda dengan majoritinya bahasa Perancis, Jerman dan Russia,” katanya.

Penyelidikan oleh Kerajaan Singapura pada tahun 1990-an mendapati penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mereka cuma berjaya menyerlahkan 40 peratus kejayaan pelajar mereka, katanya.

“Kalau sistem bahasa Inggeris Singapura bagus, siapakah ahli sains keturunan Melayu yang lahir di republik itu,” tanyanya.

Dr Shahril berkata, pemimpin negara memandang rendah kepada Korea Selatan dan Jepun kerana mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris.

Katanya, rakyat pula selalu beranggapan jika seseorang pengurus syarikat tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik, mereka mereka tidak cekap dan tidak berjaya.


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke