PENGENALAN

Akhbar Mingguan Malaysia pada hari Ahad, 16 Januari 2004 ada menyiarkan tentang berita makam ulamak besar Aceh, Syeikh Abdul Rauf Singkel yang rosak teruk dilanda tsunami.

Menurut ceritanya, suatu pesta hiburan telah diadakan di persisiran pantai berhampiran makam tersebut pada 25 Disember lalu, walaupun telah ditegur oleh seorang kiyai. Sama ada ianya satu kebetulan atau tidak, keesokan harinya tsunami melanda dan memusnahkan dua kampung yang ada di situ iaitu Kampung *Syiah Kuala dan Kampung Alun Naga.

Siapakah Abdul Rauf Singkel dan apakah signifikannya kehadiran beliau di dalam sejarah Acheh?

KELAHIRAN

Beliau adalah tokoh ulamak tersohor Nusantara pada kurun ke-17. Syeikh Abdul Rauf dilahirkan di Kabupaten Singkel, sebuah daerah kecil di Aceh Selatan pada tahun 1620, iaitu lebih 100 tahun selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

PENDIDIKAN

Pendidikan pertamanya adalah dari ayahnya, Syeikh Ali,  seorang alim yang juga mempunyai pesantren. Beliau kemudian berguru di Fansur, Acheh. Beberapa tahun kemudian, beliau berguru dengan seorang tokoh ulamak Acheh iaitu Syeikh Shamsuddin Al Sumatrani di Banda Aceh.

Beliau merantau ke Tanah Arab  pada tahun 1642 dan belajar dari 19 guru dan 27 ulamak di dalam berbagai disiplin Ilmu Islam. Tempat belajarnya adalah di sepanjang perjalanan untuk mengerjakan haji, mulai dari Doha, Yaman, Jeddah, Makkah serta Madinah. Tahap intelektualisme beliau adalah sangat tinggi berkat didikan para ulama terkemuka saat itu. Pengetahuannya sangat lengkap mencakupi pelbagai bidang; syariat, fiqh, hadis, ilmu kalam dan tasawuf.

MENGAJAR

Kemudian beliau mengajar di Mekah & Madinah. Selepas 19 tahun berada di Tanah Arab, beliau memutuskan kembali ke Aceh sekitar tahun 1662 dan mengajar di madrasahnya di Kuala Sg Aceh. Ramai murid datang berguru dengannya dari seluruh Nusantara. Antara murid-muridnya yang menjadi ulama terkenal ialah Syeikh Burhanuddin Wafan dari Minangkabau, Abd Al Muhnyi dari Jawa Barat, Dawud Al Jawi Al Fansuri  dan Ismail Agha Mushthafa Agha 'Ali Al Rumi dari Turki.

BIDANG PENTADBIRAN

Kerana pengetahuannya yang luas, Sultanah Safiyatuddin Tajul Alam (1645 hingga 1675) telah melantik beliau menjadi Perdana Menteri yg bertanggung jawab memberi nasihat di dalam bidang agama, sosial, kebudayaan dan pentadbiran. Beliau bertanggung jawab di dalam penyusunan semula pentadbiran Acheh yang hancur akibat perang dengan Portugis di Melaka (1629). Hasilnya Acheh pulih semula sebagai pusat Islam & kebudayaan Melayu di Nusantara.

BIDANG KEAGAMAAN

Beliau merupakan tokoh kesufian, ahli hukum Islam & pendakwah ulung di Nusantara.

·        Hukum Islam - jasa beliau yang paling besar ialah meletakkan Syari'at Islam sebagai perundangan negara. Fatwa & karangan beliau diterima ramai kerana ianya  jelas & mudah difahami.

·        Tafsir Al Qur'an - orang pertama menterjemahkan Al-Qur'an ke dalam Bahasa Melayu di Nusantara. Buku tafsirnya Al Baidhawi masih diterbitkan di Mesir hingga ke hari ini.

·        Dakwah - menyebarkan Islam dengan mendirikan madrasah, mengajar & menulis tentang Islam.

MENINGGAL DUNIA

Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun. Beliau juga digelar "Tengku *Syiah Kuala". Sebagai mengenang jasa & menghormati peribadi beliau, sebuah universiti di Banda Aceh telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Universiti *Syiah Kuala www.unsyiah.ac.id/.

*Nota - "Syiah" (disebut "Syah") adalah "Syeikh" di dalam loghat Acheh. Ia tiada kaitan langsung dengan fahaman Syi'ah.

 

Copyright Reserved to Fatkurradzi Jamil



--
Ikhlas

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic Non-Banking Financial Institution (NBFI) Consultant
****************************************************************
013-391 2691, 013-391 2692 & 016-371 9925
[EMAIL PROTECTED]
www.ikhlas2u.faithweb.com
****************************************************************
TAKAFUL - Family, General & Hospitalisation
ISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & Faraid
HAJJ & UMRAH
*********************************************************************************
MADANI AGENCY
(Representing)

TAKAFUL IKHLAS SDN BHD (593075-U)
28 Level 1 Medan Pusat Bandar 1
Section 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8926 1034   Fax: 03-8926 1033
************************************************


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Reply via email to