Apa yang baik wajar diteladani, walaupun ianya datang
daripada orang yang tidak sehaluan , tidak seagama,
tidak sebangsa dengan kita. Yang tidak baik kita
jadikan sempadan. Teresa Kok adalah merupakan ahli
Parlimen kawasan Seputeh daripada parti DAP. Sebut
sahaja DAP ianya mengimbau kembali sejarah pergeseran
perkauman antara Melayu dan Cina. Dan ada sesetengah
daripada orang Melayu kurang senang dengan kehadiran
DAP di kalangan mereka.

Namun apa yang menarik minat saya ialah apabila nama
Teresa Kok menjadi bualan sekarang ini dengan
pendedahan isu kes tahanan wanita warga Cina yang
didakwa dibogelkan dan disuruh untuk melakukan ketuk
ketampi oleh anggota polis. Ini menarik minat saya
untuk mengenali Teresa Kok dengan lebih dekat. Apa
yang menyebabkan beliau begitu senang didatangi oleh
masyarakat terutamanya daripada kaum Cina sendiri.

Apa yang dijumpai ialah sesuatu yang ahli parlimen
lain terutama daripada parti UMNO, MIC, PAS , Keadilan
dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional mahupun
pembangkang yang wajar contohi. Iaitu Teresa Kok
mempunyai laman web beliau sendiri
http://teresakok.blogsome.com dimana masyarakat dapat
mengikuti perkembangan ahli parlimen di kawasan mereka
daripada masa ke semasa. Malah laman web Teresa Kok
ini tidak beku seperti mana laman web agensi kerajaan
yang hanya dikemaskini mungkin setiap enam bulan
sekali atau mungkin apabila mendapat teguran dalam
akhbar. Laman web Teresa Kok ini di kemaskini hampir
setiap hari, terutamanya apabila ada sesi parlimen
berlangsung.

Malah kritikan, komen serta teguran yang diberikan
oleh Teresa Kok dalam laman webnya adalah merupakan
isu setempat dan isu semasa yang mempunyai fakta yang
munasabah, bukan setakat serangan emosional
semata-mata atas sentimen kepartian. 

Dengan ini rakyat yang diwakili oleh ahli parlimen
berkenaan seolah-olah dapat mengenali ahli parlimen
mereka dengan lebih dekat, dan secara tidak langsung
dapat menilai mutu perkhidmatan yang diberikan oleh
ahli parlimen mereka secara peribadi, bukan secara
pukul rata oleh parti yang diwakili.

Dengan itu saya menyeru terutama rakan-rakan saya
ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat yang
beragama Islam dan berbangsa Melayu daripada UMNO, PAS
dan Keadilan agar mencontohi pendekatan yang
diketengahkan oleh Teresa Kok dengan mengadakan laman
web yang informatif dan interaktif  agar ianya dapat
menjalinkan hubungan erat antara ahli parlimen dan
wakil rakyat dengan rakyat yang diwakilinya.

*****************************************************************
Wanita Melayu Islam Turut Dibogelkan Pada Tahun 2000

Reformasi kaki abused during remand
http://teresakok.blogsome.com/2005/11/28/62/

We held another press conference on police abuse
scandal this morning. 

…… Nora, a Muslim woman, was asked to strip in front
of police woman and squat ten times at the women’s
police lock-up at Kapar Police Station. 

She was arrested by police on 4 November 2000 while
looking for a place to set up her stall to hawk food
to those attending ………… Not long after she arrived,
she saw Klang Municipal Council officers arrive with
FRU, police and General Operations Force Officers in
tow. 

She and others who were arrested were brought to the
Kapar Police Station. Nora was released on November 10
and no charges without charges being laid. 

Nora has complaint to ………… Suhakam but nothing came
out after the report. This is another incident which
proves cops do not discriminate as they abuse and
bullly citizens and tourists from every community 


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________ 
Yahoo! Music Unlimited 
Access over 1 million songs. Try it free. 
http://music.yahoo.com/unlimited/




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke