Thu | Apr 13, 06 | 12:44:24 PM
Oleh Zulhazmi NS 
Saya mulanya rasa hendak ketawa bercampur baur dengan rasa loya
apabila isu mengagungkan seniman Allahyarham P.Ramlee dibahaskan di
Parlimen baru-baru ini.  Yang lebih melucukan serta memualkan
apabila mendengar hujah daripada tukang sorak dari Sri Gading, iaitu
MP Sri Gading.  Bersungguh-sungguh benar beliau berhujah, bertegang
urat leher bagaikan berhujah mempertahankan kedaulatan agama dan
bangsanya.  Tetapi, biasalah dalam Parlimen ini lah tempatnya puak-
puak pengampu dan pengipas nak tunjuk bakat masing-masing.

MP Sri Gading memuja ketokohan Allahyarham P.Ramlee hinggakan
sanggup pula memperkecilkan seniman lain termasuk yang telah
meninggal dunia. Beliau mempersoalkan `siapakah Sudirman? Siapakah
M.Nasir?'. Saya tabik kepada M.Nasir kerana tidak ambil pusing apa
yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen UMNO tersebut kerana mungkin
M.Nasir dah masak dengan perangai ahli-ahli politik UMNO seperti
ini. Lagi pun buat apa nak layan orang politik yang tidak ada akal
dan kewarasan seperti itu. Cuma, saya sedikit simpati kepada waris
dan keluarga Allahyarham Sudirman kerana nama Allahyarham juga turut
terhina.

Bagi menguatkan hujah dan kipasnya, MP Sri Gading membuat
perbandingan tiada siapa juga boleh mengatasi kehebatan PM Pak Lah
atau Dr Mahathir. Kalaulah ditanya pada beliau pula siapa lebih
hebat antara Pak Lah dan Dr Mahathir, agak-agak apa MP Parlimen itu
akan menjawab? Tentu ramai yang boleh meneka apa yang pasti dijawab
oleh MP Sri Gading ini. Maklumlah, nak cari makan kena pandai
walaupun terpaksa `makan hati' orang lain.

Teringin juga saya bertanya kepada sekelian pembaca, siapa pula MP
Sri Gading ini? Tokoh apa dia ini? Apa jasa dia pada umat Islam dan
bangsa Melayu? Setakat jadi wakil parlimen bermodalkan duit
peruntukan dan air liur, saya rasa jauh lebih hebat ketokohan
Allahyarham Sudirman dan M.Nasir. Sekurang-kurangnya kedua-dua ahli
seni tersebut tidak pernah menyakiti dan menyinggung perasaan orang
lain apatah lagi di khalayak ramai. Pada saya MP Sri Gading langsung
tiada kualiti berhujah di Parlimen dan beliau umpama `tukang lawak'
yang ditugaskan mengejutkan Ahli-Ahli Parlimen yang tertidur. Ketika
ini, saya teringat pula kepada wakil seniman kita iaitu Senator Jins
Shamsudin. Mampukah beliau mempertahankan maruah Allahyarham
Sudirman dan M.Nasir? Jika beliau tidak mampu, serahkan sahaja
gelaran Senator tersebut.

Di samping kita menyanjung seniman P.Ramlee, menghargai jasa-jasa
Allahyarham Sudirman serta menghormati ketokohan M. Nasir, kita
mungkin terlupa kepada ketokohan MP Sri Gading. Semoga tokoh Sri
Gading ini akan benar-benar berjasa kepada umat Islam dan bangsa
Melayu setidak-tidaknya berjasa di dalam menyelesaikan pencarian Big
Foot di Johor nanti, Wallahu Aklam.









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke