Baru-baru ini Malaysia menewaskan Myanmar 4-2 pada
perlawanan pertama bola sepak kelayakan Piala AFC
Bawah 20 Tahun di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Menurut laporan akhbar kira-kira 2,000 penonton
menyaksikan perlawanan itu di mana 80 peratus
daripadanya adalah adalah penyokong Myanmar.

Perlawanan tersebut bukannya diadakan di hutan
pedalaman di Malaysia ini, atau di kawasan industri di
mana ramai warga Myanmar bekerja di kawasan industri
tersebut, tetapi ianya diadakan ditengah-tengah kota
kosmopolitan, di ibu negara Malaysia , iaitu Kuala
Lumpur.

Mana perginya lautan manusia warga Malaysia yang
biasanya membanjiri Dataran Merdeka ketika Sambutan
Malam Merdeka atau Malam Sambutan Tahun Baru ? Mana
perginya lautan manusia warga Malaysia yang membanjiri
konsert-konsert percuma yang sering dipromosikan dalam
media cetak dan elektronik ? Mana perginya warga
Malaysia yang membanjiri jamuan bersama pemimpin
ketika Sambutan Idil Fitri, Deepavali dan Tahun Baru
Cina ?

Apakah rakyat Malaysia ini telah dididik untuk
berkumpul dalam apa-apa program baik konsertnya, baik
ceramah pemimpin negaranya hanya apabila ada
artis-artis bersama mereka, adanya makanan percuma,
adanya bas-bas untuk membawa mereka ke tempat program
?

Apakah Program Latihan Khidmat Negara yang menelan
belanja berjuta-juta ringgit tidak dapat menanam
semangat patriotik jutaan remaja warga kota untuk
menyokong pasukan kebangsaan negara ? Hanya 400
penyokong tempatan menyaksikan perlawanan tersebut
sedangkan 1600 warga Myanmar sanggup mengeluarkan wang
simpanan mereka menyaksikan perlawanan tersebut ? 
Apakah media-media tidak bersemangat patriotik untuk
mempromosikan perlawanan ini kerana kejohanan seperti
ini tidak memberikan keuntungan komersial ? Atau
apakah rakyat Malaysia lebih rela membelanja wang
dalam pertandingan SMS daripada melihat perlawanan
bolasepak yang tidak menjanjikan apa-apa ganjaran ?

Miskin sangatkah warga Malaysia hingga tidak mampu
membeli tiket stadium dan tiket bas ? Atau rakyat
Malaysia sudah ditanam dengan jiwa subsidi, kalau nak
hadir program mesti ada artis, kalau nak hadir program
mesti ada bas, kalau nak hadir program mesti ada
makan, kalau nak ramaikan orang dalam sesuatu program
“paksa” pelajar sekolah dan pelajar IPT hadir ?

Apakah selepas ini untuk memenuhkan stadium dalam
apa-apa acara sukan maka perlu ada semua ini ?

Mana hilangnya semangat patriotik kita semua ?

Berita Penuh Utusan Malaysia 13 Dis 2005 

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm

Piala AFC B-20: Malaysia benam Myanmar 4-2

KUALA LUMPUR - Dua jaringan menerusi ketua pasukan,
Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak membantu Malaysia
menewaskan Myanmar 4-2 pada perlawanan pertama bola
sepak kelayakan Piala AFC Bawah 20 Tahun di Stadium
Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Kemenangan tersebut sekali gus mencerahkan laluan
Malaysia untuk beraksi di pusingan akhir pertandingan
itu di India, tahun depan.

Bagaimanapun pasukan bimbingan K. Rajagopal perlu
terlebih dulu mempertahankan kelebihan jaringan
tersebut apabila bertandang ke Yangoon untuk
perlawanan di tempat lawan pula, Jumaat ini.

Gol-gol Malaysia dijaringkan Zaquan (m-35, 51),
Faderin Kadir (m-14) dan Mohd. Khyrill Muhaimin Zamri
(m-16).

Gol Myanmar pula dijaringkan Tun Min Min (m-65) dan
Than Si Thu (m-79).

Perlawanan semalam berlangsung dalam suasana agak
tegang sehingga menyaksikan seorang pemain Myanmar
dilayangkan kad merah.

Kira-kira 2,000 penonton menyaksikan perlawanan itu di
mana 80 peratus daripadanya adalah adalah penyokong
Myanmar.

Ini menyebabkan timbul sedikit kekecohan apabila
sebahagian penyokong Myanmar bergaduh dengan penyokong
Malaysia.

Mereka mencabut kerusi tempat duduk penonton dan
membaling ke arah penyokong Malaysia.

Tindakan lewat pihak polis meleraikan pergaduhan
menyebabkan keadaan kecoh itu berlangsung selama 10
minit sebelum keadaan kembali terkawal.



 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke