Di sini Kita Bermula.. 
Dr. Omar Yaakob


2. Perlunya Kita Kepada Hujjah dan Dalil

Perlunya kita kembali kepada asas mengenai hujjah, bukti dan dalil ini
sebenarnya bukan perkara yang remeh.  Namun, kita lihat perkara ini
kurang diberi perhatian di dalam masyarakat kita kini.  Ramai daripada
anggota masyarakat Muslim masih tidak menitik-beratkan nilai hujjah
dan bukti yang kukuh ketika berbincang, ermuzakarah, mengutarakan
pandangan atau melaksanakan amal.  Ramai yang masih mengutarakan
sesuatu tanpa mengemukakan nas dan dalil, membuat tuduhan tanpa bukti,
menyebarkan berita tanpa sandaran.

Allah menyuruh kita bukan sahaja mengasaskan pegangan dan amalan kita
di atas hujjah dan dalil tetapi juga menghendaki kita berhati-hati
ketika membuat tuduhan atau menyebarkan berita.

Bahagian awal Surah an-Nur mengupas mengenai kisah ifk atau berita
bohong terhadap Saidatina Aisyah r.a..  Allah mengingatkan bahawa
menyebarkan berita yang kita tidak ketahui kebenarannya sedemikian
adalah sesuatu yang besar, bukan remeh:

"Ingatlah di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut
dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit
juga dan kamu menganggapnya sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia
pada sisi Allah adalah besar".
                                                 (an-Nur:15)

Dan Allah memerintahkan sipenuduh mendatangkan bukti:
"Barangsiapa yang menuduh perempuan yang baik-baik dan tidak
mendatangkan empat saksi, sebatlah mereka dengan lapan puluh kali
sebat dan jangan diterima persaksian mereka selama-lamanya kerana
mereka orang-orang yang fasik."
                                                (an-Nur:4)

Allah menyuruh orang yang menuduh mendatangkan bukti.  Dalam kes
tuduhan zina, mesti dibawa empat saksi.  Jika tidak, walaupun tuduhan
tersebut mungkin ada kebenarannya, tuduhan tersebut batal dan orang
yang menuduh perlu diberi hukum sebat dan persaksiannya tidak diterima
selama-lamanya.  Walaupun ayat ini diturunkan mengenai tuduhan zina
(qadhf) tetapi prinsip "yang menuduh mesti membuktikan" berlaku dalam
semua hal.   BUKTI dalam segenap tuduhan atau hukuman amat penting. 
Ini adalah sebahagian daripada hukum syariat Allah yang kita semua
ingin tegakkan.

Ayat 6 Surah al-Hujurat diturunkan mengenai insiden di mana Muslimin
bersedia mengambil tindakan terhadap sebuah kabilah kerana mendengar
satu berita daripada seorang tanpa meneliti kesahihan berita tersebut:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik
dengan sesuatu berita, selidikilah, agar kamu tidak mendatangkan
musibah kepada sesuatu kaum dalam kejahilan dan kemudian kamu
menyesali kesan tindakan kamu tersebut."
                                                ( al-Hujurat:9)

Dalam ayat ini, kita tidak dibenarkan membuat sebarang judgement, apa
lagi tindakan terhadap seseorang individu atau sesuatu kaum (atau
organisasi atau badan) tanpa kita memastikan kesahihan maklumat yang
diberikan kepada kita.
Ini petunjuk dari al-Quran yang kita harus akur.

Jadi bagaimana boleh terjadi kita terlalu cepat membuat hukuman atau
penilaian terhadap seseorang atau sesuatu organisasi tanpa kita
menyelidik perkara tersebut terlebih dahulu.  Bagaimana terlalu cepat
kita menyebarkan berita mengenai sesuatu sebelum kita memastikan
kesahihannya.

Contoh yang ketara yang sering berlaku ialah kisah-kisah sensasi yang
sering dilaporkan di media cetak.  Ia mungkin berbentuk 'skandal' yang
seringkali melibatkan artis dan ahli-ahli politik.  Kita perlu
bersabar mengekang semangat kita yang mahu terus menghukum individu
berkenaan tanpa memastikan kesahihan berita berkenaan.  Begitu juga
dengan kisah-kisah pelik, aneh dan menakjubkan seperti yang
sebahagiannya sering diceritakan oleh sebahagian guru-guru agama dan
pendakwah.  Berhati-hatilah ketika menerima, mempercayainya atau
menyebarkannya kisah-kisah sedemikian.  Biar siapapun yang mula
mencetuskannya, kita mengundang dosa sekiranya kita menyebarkan 
sesuatu yang tidak sahih.


Berrsambung inshaAllah.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke