Diabetes: Komplikasi bahaya! ( Bhgn 3 dpd 4)
Oleh: TAJAIYAH IHSAN

Minyak Kelapa Dara (VCO) : http://www.maynetwork.net/biovco/

Apa itu insulin?

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal
paras glukosa dalam darah. Tanpanya, paras glukosa darah akan
meningkat.

Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme
karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.

Tanda-tanda diabetes

Kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar,
penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan,
keletihan dan luka yang lambat sembuh.

Diagnosis

Diabetes boleh didiagnosa dengan mengambil ujian darah.

Apa yang mereka patut lakukan ialah berpuasa di malam hari dan
keesokan harinya bolehlah diambil ujian darah.

Bacaan pesakit diabetes mestilah tidak melebihi 7.0mmol/ sementara
mereka yang pradiabetes 5.6 mmol.

Dua jam selepas makan pula bacaan bagi pesakit diabetes sekitar
11.1mmol manakala individu pradiabetes pula, 7.8mmol.

Pradiabetes adalah keadaan biasa yang berkaitan dengan diabetes di
mana paras gula dalam darah adalah lebih tinggi dari biasa tetapi
tidak terlalu tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes.

Rawatan

Rawatan bagi pesakit diabetes jenis 1 ialah mengamalkan pemakanan
seimbang dan suntikan insulin manakala jenis 2 pula ialah pemakanan
seimbang, senaman, makan ubat dan suntikan insulin bagi kes-kes
tertentu.

Apabila diet dan senaman tidak efektif atau gagal, pesakit akan
mengalami simptom teruk seperti glukosa darah sangat tinggi, ketosis
dan lain-lain.

Pesakit perlu mengambil ubat sama ada sejenis, dua jenis atau tiga
jenis mengikut arahan doktor. Jika perlu, ditambahkan insulin.

Bersambung di bahagian 4

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TESTIMONI :

Saya akan pergi mengerjakan ibadat Haji pada bulan Disember 2003
ini. Setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan, didapati tahap
kencing manis saya terlalu tinggi iaitu 21. Ini menyebabkan pihak
Tabung Haji menahan saya dari pergi mengerjakan ibadat Haji atas
sebab kesihatan.

Anak saya telah memperkenalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) tetapi agak
keberatan untuk memakannya kerana saya sukar untuk mempercayainya.
Walaubagaimanapun saya amat terdesak untuk menunaikan ibadat Haji.
Setelah memakan hanya dua botol Minyak Kelapa Dara (VCO), segalanya
berubah. Tahap kencing manis saya telah turun dengan mendadak dari
21 kepada 11. Kini tahap sakit saya menjadi 5 sahaja dan kembali
normal. Saya telah di sahkan oleh Tabung Haji dapat pergi menunaikan
ibadat Haji pada tahun tersebut. Saya amat bersyukur dan gembira
tidak terhingga kerana telah ditemukan dengan Minyak Kelapa Dara
(VCO).

Puan Fatimah bt Safran, 52 Tahun
FELDA Sungai Tengi, Hulu Selangor

Maklumat lanjut mengenai Minyak Kelapa Dara (VCO) dan lain-lain
testimoni : http://www.maynetwork.net/biovco/ Tel : 013-3014262

Minyak Kelapa Dara "biovco" akan dijual pada harga RM30.00 sebotol 
(120 ml) semenanjung & RM35.00 utk Sabah & Sarawak. Penghantaran 
PERCUMA menggunakan Pos Laju. Kami mengalu-alukan wakil jualan 
diseluruh Negara. Daftar PERCUMA untu menjadi wakil jualan : 
http://www.maynetwork.net/biovco/rakaniaga.html

Nota: Testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh
individu di atas. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang
dengan seorang pengguna yang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke