--- In [EMAIL PROTECTED], Mohd Iqbal Abu Bakar 
<[EMAIL PROTECTED]> wrote:
BERITA TERKINI
5 JANUARI 2005


Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Para penyumbang kepada Mangsa Gempa Bumi dan Ombak
Besar Tsunami


BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA TSUNAMI DI ACHEH

Sehingga hari ini dilaporkan lebih daripada 145,000
nyawa telah terkorban di dalam bencana yang dianggap
paling buruk berlaku dalam sejarah dunia.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Angkatan Belia
Islam Malaysia, sebagai NGOs yang prihatin dengan
kesengsaraan yang dialami oleh umat serata dunia, 
telah menyalurkan bantuan ubat-ubatan dan makanan
bernilai lebih daripada RM80,000 setakat 4 Januari
2005 kepada mangsa, disampaikan oleh 5 orang
sukarelawan GPM yang datang dari Malaysia, diketuai
oleh Puan Sharifah Aminah Alkhared.

Bagi mengagihkan bantuan kemanusiaan ini, pihak GPM
bekerjasama rapat dengan NGO tempatan dan Persatuan
Bulan Sabit Merah Indonesia.  Keperluan mendesak bagi
mangsa adalah dalam bentuk ubat-ubatan, makanan yang
sedia boleh dimakan samada dalam tin atau paket,
bekalan air minum yang bersih dan khemah.  Wakil GPM
di Banda Acheh melaporkan bahawa kebanyakan barangan
tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah
di Medan, Indonesia.

Ketika ini, GPM sedang membuat persiapan untuk
menghantar 5 tan makanan ke Kampung Loong yang
terletak di persisiran pantai sebelah Barat Sumatera. 
Penghantaran ini terpaksa dilakukan menggunakan jalan
air dengan menaiki bot selama minimum 12 jam
perjalanan kerana perjalanan darat telah musnah. 
Bekalan 5 tan makanan ini hanya cukup untuk menampung
5 hari sahaja untuk penduduk kampung tersebut.

Selain daripada mengagihkan bekalan makanan, GPM
sedang mengusahakan pembinaan 2 buah perigi besar
dengan sistem rawatannya di 2 buah pusat penempatan
mangsa di Banda Acheh, membina rumah anak yatim,
membina pusat kesihatan dan membuat persiapan untuk
para doktor memberikan rawatan.  Keperluan lain yang
diperlukan selain daripada barangan di atas ialah
generator set dan water filter.

Sehubungan itu, pihak GPM dan ABIM merayu kepada orang
ramai untuk menyalurkan bantuan yang sangat mendesak
kepada mangsa. Sumbangan boleh dibuat atas nama
"Tabung Keamanan Sejagat" atau boleh dimasukkan terus
ke Bank Islam Malaysia Berhad No. Akaun:
14-023-01-002922-4.

"Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan"

Sekretariat GPM
Tel: 03-6188 8409;  Faks:  03-6188 8470;  
Emel:  [EMAIL PROTECTED];  Website:  www.keamanan.net


Mohd Iqbal Abu Bakar
Moderator
Egrup Misi Keamanan Sejagat


                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.
http://info.mail.yahoo.com/mail_250
--- End forwarded message ---









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke