Shaja Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Renungan

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang
itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung
Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham
namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini
TETAPI  tidak kurang juga di kalangan kita
yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya
dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu
sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan
pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah
orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran
Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat
Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan- bulan
walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang
lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata- rata
seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila
ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak
mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah,
sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak
didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan
bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan
buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina
buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak
yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia
hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya
yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa
yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI
dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung
banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang
budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari
sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau
perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai
juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang
suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang
suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin
2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin
1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih
baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak
mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau
keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana
satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan
berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas
yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan
memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat,
aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu
sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke