Harga minyak: Kabinet putuskan Rabu ini cara ringankan beban rakyat


Mesyuarat Kabinet Rabu ini akan membincang dan memutuskan langkah membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak di pasaran dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Sambil menegaskan bahawa beliau menyedari kesusahan yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga minyak, beliau memberi jaminan kerajaan akan tetap membantu di saat mereka
memerlukannya.

Sebab itulah, kata beliau, kerajaan akan mengambil pendekatan tertentu bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mereka akibat lonjakan harga minyak di pasaran dunia.

Berucap di perhimpunan bulanan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Abdullah berkata, langkah-langkah itu akan dibincang dan diputuskan pada mesyuarat kabinet Rabu ini.

"Mudah-mudahan, dengan apa (keputusan) yang akan diambil Rabu ini, kita akan dapat membuat sesuatu untuk melegakan rakyat sedikit disebabkan kesusahan yang dihadapi dengan kenaikan harga minyak yang sedang kita hadapi sekarang ini," katanya.

Pengorbanan bersama

Menurut laporan Bernama, Abdullah bagaimanapun berkata, dalam menghadapi situasi itu, rakyat mesti bersama-sama dengan kerajaan dan bersedia membuat pengorbanan bagi memastikan pendekatan yang diambil nanti berjaya.

"Pengorbanan bukan hanya di pihak yang satu sahaja iaitu kerajaan, tetapi juga rakyat. Masa senang kita boleh buat cara senang, masa susah, kita mesti berfikir bagaimana nak atasi kesusahan.

"Itulah yang mesti diutamakan," kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan.

Minggu lalu, beliau berkata kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan cukai jalan kenderaan dan tidak menaikkan kadar tol lebuhraya dalam usaha mengurangkan kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat.

Harga minyak mentah kini melebihi US$60 setong dan adakalanya mencecah US$70 setong.


Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke