Mingguan Malaysia 9 Apr 2006 - Melayu perlu kurangkan
hiburan

PEKAN 8 April - Orang Melayu diingatkan supaya
mengurangkan aktiviti yang menjurus kepada hiburan
yang tidak berfaedah kerana ia boleh menyebabkan
mereka merempat di tanah air sendiri.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib
berkata, pengaruh hiburan yang melalaikan itu adalah
salah satu punca kemunduran orang Melayu sehingga
usaha kerajaan untuk membangunkan mereka menemui
kegagalan.

Menurutnya, orang Melayu tidak boleh berasa selamat
selama-lamanya kerana mendapat segala kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan, sebaliknya perlu berusaha
keras seperti kaum lain.

Katanya, orang Melayu mudah berasa selesa walaupun
mereka sebenarnya tidak menguasai ekonomi dan
bidang-bidang profesional yang lain. 

``Sebaliknya orang bukan Melayu yang tidak menikmati
kemudahan seperti itu sentiasa bekerja keras bagi
mencapai kejayaan.

``Mereka sentiasa menanamkan `sifat' berasa tidak
selamat berada di negara sendiri supaya kaum mereka
sentiasa berusaha keras bagi menguasai semua bidang
ilmu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis
penerangan mengenai Cabaran dan Survival Bangsa
anjuran UMNO Bahagian Pekan di Dewan Majlis
Perbandaran Pekan, di sini hari ini.

Muhammad berkata, jika orang Melayu tidak memanfaatkan
segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi
meningkatkan kualiti hidup, menguasai ekonomi serta
bidang-bidang utama yang lain, peluang-peluang
tersebut akan `dirampas' oleh orang bukan Melayu.

Katanya, pada masa ini, orang Melayu mungkin tidak
begitu melihat keperluan menguasai ilmu dan ekonomi
tetapi kesannya akan ditanggung oleh generasi masa
depan.

``Kemakmuran negara pada tahun 2020 akan dinikmati
oleh bangsa bukan Melayu walaupun mereka ini
sebenarnya tidak mendapat bantuan dan manfaat secara
langsung daripada kerajaan sebelum ini,'' kata
Muhammad Taib.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0409&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_05.htm&arc=hive


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke