Demikianlah kenyataan MB N.Sembilan. "Hujan pula bukan
di kawasan empangan, jadi tiada kesan pada paras air,"
katanya, pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis
Perbandaran Seremban.

Hujan lebat kerap turun di Seremban, tapi mengapa
hujan tak nak turun di empangan Terip yang terletak di
Seremban ? Siapa punya kuasa yang menentukan semua ini
dan mengapa ??? Apakah kawasan empangan “panas” ????
Apa yang harus dilakukan ??? Catuan air di Seremban
telah berlarutan lebih 5 bulan sedangkan jaminan awal
kerajaan negeri hanya satu bulan.

Berita Harian 17 Nov - JBANS sambung catuan air mulai
hujung minggu

SEREMBAN: Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS)
akan meneruskan kembali catuan air di daerah ini
selewat-lewatnya mulai hujung minggu ini jika paras
air empangan pembekal terus susut berikutan
pemberhentian catuan sempena Deepavali dan Aidilfitri
lalu.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata
langkah itu terpaksa diambil kerana paras air di
Empangan Sungai Terip yang membekalkan air di daerah
ini merosot semula daripada 89.8 meter kepada 89.1
meter.

Katanya, kerajaan negeri bimbang jika paras empangan
berkenaan terus merosot sehingga ke bawah paras
kritikal 88 meter.

"Catuan bekalan air selang sehari terutama di daerah
ini mungkin akan diteruskan semula dalam tempoh
terdekat bagi mengelakkan paras air di empangan
terbabit turun ke paras kritikal.

"Hujan pula bukan di kawasan empangan, jadi tiada
kesan pada paras air," katanya, pada majlis rumah
terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
di kediaman Yang Dipertua MPS, Abdul Halim Abdul
Latif, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohamad meminta penduduk memahami
masalah yang dihadapi dan tidak menyalahkan kerajaan
yang tidak langsung mempunyai niat menyusahkan rakyat.

Katanya, semua pihak perlu memahami keadaan sebenarnya
kerana ketika ini JBANS membekalkan kira-kira 62 juta
gelen air sehari di daerah ini yang akan berkurangan
jika air Empangan Sungai Terip terus merosot.

"Bagaimanapun, JBANS akan terus membekalkan air
menerusi lori tangki di setiap kawasan catuan dan
pemimpin setempat diminta menyelaraskan penghantaran
air di kawasan masing-masing," katanya.


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





        
                
__________________________________ 
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 
http://mail.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke