Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan serbuan ke atas
Konsert Black Metal yang diadakan di bandar Seremban.
Ini adalah kerana terdapat segelintir peminat fanatik
musik Black Metal ini yang terlalu taksub sehingga
terpesong akidah mereka apabila mereka melakukan
perbuatan yang menghina agama seperti memijak Al
Quran. Kumpulan kecil Black Metak yang ekstrim ini
bukan hanya menghina agama Islam, malah mereka ini
menghina semua agama samawi, dimana ada yang memakai
salib dengan diterbalikkan, dan mereka memuja syaitan.

Akan tetapi ramai di kalangan anak muda yang meminati
lagu irama Black Metal ini hanya sekadar mendengarnya
sahaja, bukannya terikut-ikut dengan budaya yang
terpesong dan menyesatkan. Namun begitu jika budaya
ini tidak dikawal dan dipantau, maka apa yang akan
terjadi ialah timbulnya serpihan kecil seperti
kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Adalah tidak wajar
jika masyarakat memandang serong kepada semua peminat
muzik Black Metal tanpa terlebih dahulu memahami apa
yang terkandung dalam hati sanubari jiwa mereka yang
kosong itu.

Oleh yang demikian pihak yang bertanggungjawab
haruslah memberi panduan kepada peminat muzik Black
Metal ini agar mereka tidak terpesong daripada akidah
Islam. Mana tahu mungkin satu hari nanti akan ada anak
muda yang berpakaian sopan yang akan mendendangkan
nasyid dengan berentakkan irama Black Metal, seperti
mana anak muda di Amerika sekarang ini yang
menyanyikan nasyid dalam rentak rap.

Berbalik kepada cadangan supaya Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) agar dapat membentuk satu Pasukan
Petugas Khas Siber (Task Force) yang boleh memantau
sebarang kegiatan jenayah syariah atau maksiat yang
disebarkan secara meluas melalui internet sekarang
ini. Tangkapan yang dilakukan keatas pengikut-pengikut
Black Metal di Seremban tempoh hari membuktikan pihak
berkuasa agama kita jauh ketinggalan dalam mengikuti
peredaran zaman di dunia serba canggih terutamanya
dengan adanya perkhidmatan internet. Menurut laporan
akhbar, pihak berkuasa hanya menyerbu tempat tersebut
hanya setelah mendapat maklumat daripada orang ramai
pada hari tersebut,

Walhal setelah membuat sedikit carian di internet
iklan konsert bercirikan Black Metal tersebut telah
lama tersiar di internet, bukan setakat di Seremban
sahaja , malah boleh dikatakan di seluruh negara. Dan
konsert yang diadakan di Seremban bukan pertama kali
diadakan di tempat yang sama. 

Sekiranya pihak berkuasa agama mengetahui maklumat ini
dengan lebih awal, maka sudah pasti pihak penganjur
akan memastikan bahawa mereka akan menganjurkan
konsert mengikut peraturan yang dibenarkan. Jika tidak
sudah pasti pihak penganjur tidak dapat mengawal
segelintir kecil peminat Black Metal yang ekstrim,
seperti mana kata pepatah “Seekor kerbau membawa
lumpur, habis semua terpalit”.

Begitu juga dengan beberapa kes jenayah syariah siber
sebelum ini yang boleh dikatakan tiada pemantauan dan
kawalan daripada JAKIM, seperti laman web lucah dalam
Bahasa Malaysia, laman web pengalaman penagihan dadah
oleh rakyat Malaysia dan lain-lain laman web yang
mendatangkan kesan negatif bukan hanya kepada umat
Islam malah kepada rakyat Malaysia secara umumnya.
Hanya setelah dibuat pendedahan di dalam akhbar oleh
individu tertentu yang tiada kaitan dengan pihak
berkuasa barulah pengendali laman web tersebut memadam
isi kandungan yang boleh mendatangkan kesan buruk
kepada masyarakat.

Ini memberikan gambaran kepada mereka yang ingin
menyebarkan maklumat yang tidak sihat di internet
bahawa pihak kerajaan terutamanya pihak berkuasa agama
seperti JAKIM tiada pasukan yang memantau akan isi
kandungan yang tersebar di internet.

Justeru itu cadangan supaya JAKIM menubuhkan Pasukan
Petugas Khas untuk membendung jenayah syariah di
internet haruslah diberi pertimbangan yang sewajarnya
bukan setakat untuk membentuk masyarakat Islam di
Malaysia ini dengan tamaddun Islam bahkan untuk
memberi imej bahawa pihak berkuasa agama seperti JAKIM
juga mengikuti peredaran zaman yang serba canggih ini.
Juga Pasukan Petugas ini haruslah mempunyai e-mel yang
aktif agar orang ramai boleh menyalurkan maklumat
kepada JAKIM untuk mereka melakukan siasatan dan
mengambil tindakan, dan bukan hanya mengharapkan
pendedahan di dada akhbar semata-mata untuk bertindak
“Sudah terhantuk baru nak terngadah”.

Rozmal Malakan, Senawang
[EMAIL PROTECTED]
waghih.blogspot.com


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________________ 
Yahoo! DSL – Something to write home about. 
Just $16.99/mo. or less. 
dsl.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Fair play? Video games influencing politics. Click and talk back!
http://us.click.yahoo.com/u8TY5A/tzNLAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke