Saban hari alam sekitar di Malaysia ini menjadi
perbualan hangat kerana yang menerima bahana akibat
permasalahan alam sekitar yang tercemar ialah orang
ramai.

Yang menjadi mangsanya pula ialah Jabatan Alam
Sekitar. Sedangkan orang ramai tidak mengetahui
kedudukan sebenar Jabatan Alam Sekitar samada mereka
mempunya sumber yang secukupnya untuk menangani
masalah alam sekitar yang semakin mencabar mutakhir
ini. Samada sumber yang cukup dari segi kakitangan
penguatkuasa, sumber yang cukup dari segi kemudahan
pengangkutan seperti helikopter untuk mengawasi sungai
yang tercemar, sumber kewangan yang mencukupi untuk
mengendalikan sistem maklumat yang berkesan dan
seterusnya.

Yang pasti ada golongan yang seronok menuding jari
kepada pihak tertentu apabila sesuatu masalah itu
timbul tanpa menyedari hakikat sebenar permasalahan
serta puncanya.

Apa yang ingin saya cadangkan disini ialah orang ramai
yang prihatin akan masalah alam sekitar haruslah
menjadi mata dan telinga kepada Jabatan Alam Sekitar.
Sekiranya mereka mempunyai masalah berkenaan alam
sekitar mereka boleh membuat aduan secara terus kepada
Jabatan Alam Sekitar sepertimana Polis DiRaja Malaysia
mengadakan konsep Rakan Cop untuk mengawal jenayah di
Malaysia ini.

Pujian harus diberikan kepada Majlis Perbandaran
Seremban (MPS) kerana mereka mempunyai sistem mata dan
telinga yang cukup efisien untuk orang ramai membuat
aduan secara terus dan secara rasmi kepada MPS
mengenai permasalahan berkaitan pihak berkuasa
tempatan melalui sistem e-Public.

Saya telah menggunakan sistem e-Public MPS ini sejak
ianya mula dilancarkan. Dan saya amat berpuas hati
dengan perkhidmatan dan maklumbalas serta tindakan
susulan pihak MPS melalui sistem ini. Setiap aduan
yang dibuat melalui e-Public ini direkodkan dan dapat
disemak status pelaksanaannya dari masa ke semasa oleh
pengadu.

Justeru itu sekiranya Jabatan Alam Sekitar dapat
mengintegrasikan sistem seumpama e-Public atau Rakan
Cop untuk mengawasi permasalahan alam sekitar, sudah
pasti penjenayah-penjenayah alam sekitar tidak lagi
akan bermaharaja lela apabila mereka melakukan
aktiviti mengaut keuntungan yang hanya bahagia
seketika tetapi derita selamanya.

Oleh itu sumber kewangan , sumber tenaga serta
kerjasama daripada orang ramai adalah begitu penting
dalam mempastikan negara kita Malaysia ini bebas
daripada sebarang bentuk pencemaran yang akan membawa
derita kepada kaum keluarga kita sendiri pada
akhirnya.

Kerajaan bertanggung jawab menyediakan sumber tersebut
melalui Rancangan Malaysia ke 9, Jabatan Alam Sekitar
bertanggungjawab melaksanakannya, rakyat
bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama.




    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke