Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)

Jenis Perkhidmatan: 
Kaunseling Individu, kaunseling kelompok, skim panel
kaunselor, perundingan/konsultasi, khidmat nasihat
perundangan enakmen kekeluargaan Islam, pembentangan
kertas kerja/seminar/kursus dan penceramah program
berkaitan.

Kaunselor: Nor Azman Amat (Ketua), Mahadi Ali, Fadilah
Mohamad (Seremban), Wan Aminuddin Wan Abdullah, Zana
Ruslinda Ujang, Che Rozita Che Rahman (Tampin) dan
Abdul Ghani Sulaiman dan Norlim Mohd Yusof, Che Som
Omar (Bahau).

Waktu Operasi: Isnin - Jumaat: 10 pagi-5 petang.

Kaedah perkhidmatan: temujanji, walk-in,
tele-kaunseling, surat, sistem rekod data peribadi,
surat rasmi.

Telefon: Seremban (06-7679905), Tampin (06-4433050),
Bahau (06-4553067).

Pusat Kaunseling Mains 
Pusat Utama: Tingkat 3 Terminal One Seremban. Mula
beroperasi 1998. Jumlah sesi kaunseling sehingga
November 7,000.
Cawangan Kedua: Pekan Tampin - mula beroperasi
Februari 2002. Jumlah sesi kaunseling sehingga
November 1,619. 
Cawangan Ketiga: Pekan Bahau - mula beroperasi Ogos
2005. Jumlah sesi kaunseling sehingga awal Disember
35.

Berita Harian 15 Disember 2005

Kaunseling Mains berkesan - Oleh Mohd Amin Jalil

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/EdisiTengah/20051216104039/Article/

SEREMBAN: Ramai remaja di Negeri Sembilan yang
terjebak dalam gejala sosial, berubah kepada
personaliti lebih positif selepas mendapatkan khidmat
kaunseling Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (Mains).

Selain itu, mereka yang menghadapi masalah rumah
tangga juga berjaya dipulihkan selepas mendapat
kaunseling daripada pakar, sekali gus membahagiakan
kembali kehidupan bersuami isteri. Pusat yang
beroperasi di tiga tempat iaitu di Terminal One di
sini, Tampin dan Bahau itu menyediakan khidmat pakar
kaunseling percuma untuk semua peringkat masyarakat
tanpa mengira agama.

Ini diakui Ketua Kaunselor Mains, Nor Azman Amat.
Hasil maklum balas yang diperoleh, perkhidmatan yang
diberikan pusat itu amat berkesan dan banyak masalah
yang dikemukakan berjaya diatasi. Pelbagai masalah
dikemukakan seperti remaja terlanjur, sengketa antara
suami dan isteri, keretakan rumah tangga dan
perceraian.

"Ada individu yang mendapatkan perkhidmatan itu
melebihi sekali bergantung kepada hasil penyelesaian
dan kesediaan mereka untuk berubah," katanya di sini.
Sambutan orang ramai amat menggalakkan kerana
perkhidmatan yang diberikan menyeluruh dengan
kaunselor turut bertindak sebagai motivator.

Ramai juga kalangan pelajar, pekerja industri dan
remaja mendapatkan khidmat nasihat terutama dalam
memilih kerjaya bersesuaian. "Perkhidmatan yang kami
berikan ini adalah untuk membantu masyarakat dari
aspek kebajikan, selain kebuntuan mereka menyelesaikan
masalah yang dihadapi," katanya.

Orang ramai tidak harus bimbang kerana setiap masalah
yang diajukan kepada pusat ini dirahsiakan.
“Perkhidmatan yang diberikan untuk kepentingan
masyarakat terutama membantu kerajaan mengurangkan
kadar gejala sosial. Sehingga kini lebih 9,000 sesi
kaunseling dikendalikan sejak pusat itu beroperasi
pada 1998," katanya.

Selain membantu masyarakat, objektif utama pusat itu
ialah menyampaikan dakwah secara menyeluruh dan
berkesan melalui kaedah kaunseling, membentuk dan
membimbing ummah yang dinamik dan progresif serta
sentiasa mencari keredaan Allah serta memperbanyakkan
usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran melalui
kaunseling.

Pusat itu turut mengadakan beberapa kursus berkaitan
ketrampilan diri, kecemerlangan peribadi, kemahiran
keibubapaan, komunikasi berkesan dan pembimbing rakan
sebaya. Kegiatan itu hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pihak swasta
yang ingin terbabit sama selain beberapa pertubuhan
bukan kerajaan.

"Matlamat kami adalah menjadikan pusat kaunseling
unggul dalam perkhidmatan kaunseling di negara ini,"
katanya.


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke