Kelantan sumbang lebih RM1 juta untuk Palestin PDF Cetak
Mon | May 15, 06 | 11:55:22 AM
Oleh Mohd Rashidi Hassan & Mazlan Jusoh
KOTA BHARU, 15 Mei (Hrkh) - Kerajaan dan rakyat Kelantan memberikan komitmen besar terhadap nasib dan masa depan rakyat Palestin dengan memberikan sumbangan melebihi RM1 juta pada program 'Selamatkan Kerajaan Palestin' di Padang Perdana, malam tadi.

Majlis dihadiri lebih 10 ribu orang tersebut dimulakan dengan solat Isya' berjemaah diimami Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Mohamed Daud dan solat hajat yang diimamkan Tuan Guru Hussin Ibrahim dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Pemimpin yang berucap dalam majlis berkenaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Ketua Whip Hamas di Parlimen Palestin, Dr Khalil Ismael al-Hayyah.

Ketika kutipan derma dilakukan ramai yang tampil ke depan. Antara penyumbang terbesar berbentuk cek adalah PKINK (RM300 ribu), Kompleks Perkayuan Kelantan (RM200 ribu), Syarikat Ladang Sungai Terah (RM150 ribu), Bina Raya Sdn Bhd (RM100 ribu), Yayasan Islam Kelantan (RM67 ribu), MPKB (RM30 ribu), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (RM10 ribu) dan Persatuan Pengilang Papan (RM10 ribu).

Kelantan adalah negeri pertama di negara ini yang memberi komitmen bagi menghayati bersama penderitaan rakyat Palestin ketika mereka disisihkan dunia diketuai Amerika, selepas Hamas berjaya membentuk kerajaan.

Dr Khalel berkata, malam tadi kerajaan Palestin dipertemukan dengan kerajaan Kelantan dalam isu yang sebenarnya telah berjaya menyatukan umat Islam dari seluruh dunia.
"saya bersyukur kerana rakyat Palestin dipilih sebagai pejuang bagi membebaskan bumi yang pernah menjadi tempat penting dalam peristiwa Israq dan Miraj, Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh itu biar pun kami dikepung sehingga ramai rakyat menjadi kebuluran, namun kami akan tetap meneruskan perjuangan. Kami tetap sabar dalam perjuangan dan tidak sekali-kali undur ke belakang," katanya dengan lantang.

Ucapannya dalam bahasa Arab diterjemah Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa.

Ribuan yang hadir begitu khusyuk mendengar ucapan cukup bersemangat itu. Dr Khalel berkata, sejak lima tahun lalu kira-kira 4,000 syuhada telah mati syahid di bumi Palestin bagi mempertahankan tanah air mereka.

Manakala seramai 10,000 lagi ditangkap tentera Yahudi. Ribuan lagi terlantar di hospital dan mereka sekarang berdepan dengan kekurangan bekalan ubat. Hospital tidak dapat menampung bilangan pesakit yang begitu ramai.
"Biar pun berdepan dengan segala penderitaan, namun kami tetap tidak akan mengalah. Kami tetap bersedia berdepan dengan segala kepungan musuh yang diketuai Amerika Syarikat dan Israel."

"Kami berikrar biar pun tinggal seorang sahaja pejuang, kami tetap terus berjuang dan tidak sekali-kali mengiktiraf musuh. Kami juga yakin dunia tidak akan aman selagi bumi Palestin terus bergolak seperti sekarang," katanya.

Beliau berkata, kesabaran dalam perjuangan bakal berakhir dengan kemenangan suatu hari nanti.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biar pun bilangan penduduk Arab melebihi 100 juta dan orang Yahudi di Israel hanya sekitar tiga juta, namun mereka dilindungi kuasa besar Amerika.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi kepungan ekonomi dan politik yang dialami kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini hampir serupa dideritai rakyat Palestin sekarang. Bagaimanapun tambahnya nasib yang mereka alami adalah lebih dahsyat lagi sehingga ramai yang menjadi korban dalam perjuangan.

Beliau juga memuji badan yang mengendalikan pilihan raya di Palestin lebih telus dan bersikap adil bagi mengurus pilihan raya, biar pun berdepan dengan tekanan kuasa besar dunia.
"Biar pun Amerika meminta rasuah politik dibenarkan, namun badan pengendali pilihan raya itu tidak mahu bersekongkol, sehingga mereka mengugut mahu meletak jawatan beramai-ramai. Alangkah baik kalau Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia juga turut berpendirian serupa," ujarnya.

Husam berkata, biar pun sebanyak 165 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk kekejaman Israel, namun ia tidak pernah memberi sebarang kesan.

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke