Kepada Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO
Kawasan Rembau merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia.

Apa khabar saudara ku?  Mari kita selami sejarah
pejuang bangsa Melayu di Rembau ini yang
memperjuangkan hak orang Melayu secara keseluruhannya
sebelum wujudnya UMNO, sebelum adanya PAS. Agar dapat
kita sama-sama kembali memartabatkan bangsa Melayu
mengikut acuan Islam tanpa mengenepikan hak serta
kepentingan bangsa Cina, bangsa India dan lain-lain
bangsa di Malaysia ini.

Artikel ini dipetik daripada buku yang bertajuk “The
Malay Nationalism Before UMNO” – Nasionalis Melayu
Sebelum UMNO terbitan Utusan Publications yang
terdapat dilaman web Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/books/2005/12/16-early-politics-nationalists-of-my.htm


Beliau ialah Datuk Abdullah Bin Haji Dahan, Undang
Rembau. 

Anak kepada seorang Datuk di Negeri Sembilan, Abdullah
mulanya belajar di sekolah Melayu kemudian lulus
peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang di Kolej
Melayu Kuala Kangsar.

Antara ahli Majlis Persekutuan yang dilantik, beliau
adalah yang paling lantang, terutamanya memperjuangkan
hak-hak orang Melayu. Dia pernah secara terbuka
mempersoalkan Inggeris yang melantik bukan Melayu di
Jabatan Kerajaan. Pihak Inggeris menjawab, "Kerana
tiada orang Melayu yang berpelajaran Inggeris”.
Sebenarnya adalah polisi Kerajaan British untuk tidak
menggalakkan orang Melayu masuk ke sekolah aliran
Inggeris sejak dari mula lagi.

Datuk Abdullah berjuang untuk kepentingan Melayu.
Beliau menggesa agar Inggeris memberikan lebih
peruntukan untuk Tanah Rezab Melayu dan memberikan
lebih banyak peluang pekerjaan kepada Melayu di
jabatan kerajaan yang dimonopoli oleh bangsa asing,
seperti Keretapi Tanah Melayu, Telekom dan Jabatan
Kerja Raya. Beliau mengakui ramai orang Melayu yang
bekerja di peringkat bawahan, tapi bagaimana dengan
jawatan kanan seperti Ketua Stesen ? Kenapa orang
Melayu tidak diberi kepercayaan untuk memikul lebih
tanggungjawab ? 

Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929,
pihak British memberhentikan ramai pekerja, Datuk
Abdullah memberi amaran kepada British “jangan sentuh”
pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing
harus dibuang kerja terlebih dahulu, dia pada ketika
itu, tidak begitu disukai oleh pendatang Cina dan
pendatang India.

Datuk Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang
dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang
berani bersuara terhadap orang Inggeris.

Datuk Undang Rembau akhirnya dikeluarkan daripada
Majlis oleh pihak British atas alasan beliau menderita
penyakit saraf. British akhirnya berjaya membuang duri
dalam daging mereka.

Datuk Abdullah juga adalah merupakan salah seorang
daripada empat orang Raja-Raja Melayu yang menubuhkan
Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada pejuang-pejuang
bangsa seperti Datuk Abdullah. 
Al Fatihah.

Rozmal bin Malakan
Cicit Datuk Abdullah bin Hj Dahan
Suku Lela Maharaja (Suku Dato’ Sedia Raja)
Kg Tanjung, Rembau, N.Sembilan
[EMAIL PROTECTED]
waghih.blogspot.com


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

<<attachment: MalayNationalismSmall-758662.jpeg>>

Kirim email ke