http://www.umno-reform.com/urnews1/weko_timber.htm
J/K Khas Pekerja Ditindas MWTISB,
MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD,
Kawasan Perindustrian Gerik,
33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
email : [EMAIL PROTECTED]

­­
Pengarah 
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak,
No2A3, 2A4 & 2C1, Tingkat 2,
Block A, Bangunan Gunasama Persekutuan,
30430 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 19 JUN 2006

Tuan,

ADUAN PENCABULAN HAK ASASI PEKERJA DAN PERLANGGARAN
AKTA KERJA 1955 OLEH SYARIKAT MAJU WEKO TIMBER
INDUSTRIES SDN BHD, GERIK DAN GANGGUAN SEKSUAL/GEJALA
SOSIAL MEMBABITKAN PEKERJA ASING.

Berhubung perkara di atas, saya mewakili kelompok
pekerja tertindas memohon agar pihak tuan dapat
mengambil tindakan keras diatas kezaliman dan
perlanggaran hak-hak pekerja yang telah dilakukan oleh
pihak pengurusan MAJU WEKO TIMBER INDUSRIES SDN BHD,
KAWASAN PERINDUSTRIAN GERIK, 33300 GERIK, PERAK DARUL
RIDZUAN. Pihak kami telahpun berbincang dengan pihak
pengurusan tetapi jawapan yang kami terima amatlah
mengecewakan. Kami terpaksa memohon kerjasama pihak
tuan untuk membantu kami.

2. Berikut kami senaraikan kezaliman dan perlanggaran
hak-hak sekerja yang dilakukan oleh pihak pengurusan
MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD :

a) Tidak membenarkan pekerja yang beragama Islam
bersembahyang.

Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan : 
Mereka menyatakan ini akan menyebabkan proses
pengeluaran terganggu.

Alasan yang kami berikan:
Alasan ini amat tidak munasabah ini adalah kerana
terdapat ramai pekerja dalam syarikat ini. Dengan ini
pekerja-pekerja boleh secara bergilir-gilir menunaikan
sembahyang. Kami percaya isu proses pengeluaran
terganggu adalah alasan yang langsung tidak boleh
diterima.Ini menafikan hak pekerja-pekerja tempatan
yang majoritinya beragama Islam. Perkara yang amat
dikesalkan dimana pihak pengurusan ‘menyediakan’ surau
tetapi tidak membenarkan ia digunakan mengikut waktu
yang ditetapkan syarak. 

Kesan kepada kami : 
Terdapat pekerja-pekerja yang merungut dan membantah,
mereka dikenakan surat amaran dan ugutan pemecatan.
Ini adalah satu perkara yang amat mengecewakan.


B) KES GANGGUAN SEKSUAL YANG MELAMPAU OLEH PEKERJA
ASING

Isu yang timbul
Majikan membiarkan percampuran bebas antara pekerja
lelaki Myanmar dan Nepal dengan pekerja-pekerja
tempatan wanita melayu/india. Sehinggakan berlakunya
kes-kes gangguan seksual yang melampau.

Alasan yang kami berikan:
Pengawal keselamatan dan pihak pengurusan didapati
tidak amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab
dengan sewajarnya.

Kesan kepada kami:
Kebanyakkan pekerja wanita mengalami trauma, tekanan
dan gangguan berikutan gangguan yang dilakukan oleh
pekerja asing yang amat melampau. Walaubagaimanapun
berikutan rasa takut, kebanyakkan pekerja wanita
memendamkan dan menutup kes ini. Ini menyebabkan
kes-kes dan kejadian gangguan seksual ini semakin
melampau-lampau lebih-lebih lagi melibatkan pekerja
asing. Terdapat juga aduan dimana pekerja asing
seringkali mengganggu, menggoda dan mengusik dengan
cara keterlaluan terhadap pekerja wanita tempatan
melayu/india.

C) KES MAKSIAT MELAMPAU OLEH PEKERJA ASING DAN WANITA
TEMPATAN

Isu yang timbul
Majikan tidak mengambil tindakan sedangkan masalah ini
amat kritikal. Sebagai bukti pihak tuan boleh datang
sendiri ke kawasan kilang. Pada waktu rehat 12.00
tengahari hingga 1.00 petang. Tempat-tempat yang
sering dijadikan tempat bercengkarama ialah di kantin,
kawasan kilang, belakang kayu dan sebagainya. Pada
waktu ini berbagai-bagai gelagat pekerja wanita
melayu/india tempatan bersama pekerja asing,
berpegangan tangan dan bermacam-macam perilaku tidak
senonoh yang dilakukan.

Alasan yang kami berikan
Pengawal keselamatan juga turut terlibat dalam gejala
ini secara langsung/tidak langsung ini amat
menyukarkan keadaan dan proses pencegahan.

Kesan kepada kami
Kes-kes ini kebiasaan dan akhirnya menyebabkan
bermulanya kes-kes hubungan sulit sesama mereka
(termasuk kes curang atau kayu tiga, dimana pekerja
wanita menjalinkan hubungan sulit/seks bersama warga
asing). Ini menyebabkan pekerja-pekerja yang sedar dan
insaf berasa jijik dan kotor melihat gelagat yang
tidak senonoh yang dilakukan oleh mereka. 

Ini juga menyebabkan kes-kes ini menjadi tradisi dan
semakin diwarisi oleh pekerja-pekerja baru terutamanya
pekerja wanita tempatan. Perkara yang lebih
menyedihkan ia juga melibatkan wanita tempatan
melayu/India yang telahpun berkahwin dan terdapat juga
yang terdiri dari golongan wanita yang menjangkau usia
50-an.


D) KES MAJIKAN MENGUNCI TANDAS KETIKA WAKTU BEKERJA

Isu yang timbul 
Majikan bertindak tidak wajar dimana, bertindak
mengunci tandas ketika sesi bekerja. Tandas hanya
dibuka pada jam 9.00pagi hingga 10.30pagi,
12.00tengahari hingga 1.00petang dan 3.00petang hingga
4petang. Selepas jam 4petang tandas dikunci sehingga
malam. Sedangkan shif bermula 7.30pagi hingga
9.00malam.

Alasan yang kami berikan.
Dengan penguatkuasaan waktu khas untuk ke tandas
gejala ponteng semakin menjadi-jadi, dimana dalam satu
waktu penuh orang akan mengerumuni tandas dan terpaksa
beratur panjang. Tindakan ini bukan sahaja zalim tapi
amat bodoh, ia cuma akan menjejaskan produktiviti
pengeluaran syarikat disamping menurunkan prestasi
pekerja.

Kesan kepada kami:
Seandainya kami datang kerja tepat jam 7.00pagi, dan
pada waktu yang sama kami terasa ingin membuang air,
kami terpaksa tunggu sehingga jam 9.00pagi. Cuba
bayangkan 2jam kami semua terpaksa menahan air kecil
ataupun air besar? Ada diantara kami yang terpaksa
melepaskan hajat kami dibelakang kayu dan belakang
bangunan termasuklah pekerja wanita melayu/India. Ini
juga amat menyulitkan keadaan pekerja wanita
terutamanya ketika mereka uzur. Pihak kami telah
mengadu kepada pihak pengurusan tetapi mereka mengugut
untuk memecat dan memberi amaran keras.

3. Semoga pihak Tuan atau Tuan sendiri atau wakil
turut sama turun padang untuk membantu menyelesaikan
masalah ini. Kami juga harapkan pihak tuan mengadakan
tinjauan atau lawatan mengejut setiap bulan atau
setiap minggu atau lebihkerap (dalam waktu
12.00tengahari hingga 1petang/waktu rehat) ke kilang
kami. Ini bagi mendapatkan bukti kukuh tentang
wujudnya gejala ini(maksiat). Kami juga mencadangkan
pihak Tuan mengadakan siasatan tanpa melibatkan pihak
pengurusan ini kerana pihak pengurusan sentiasa
menafikan kebenaran semua kes-kes ini, sebaliknya kami
mencadangkan siasatan terhadap pekerja bawahan dan
kami sentiasa beri kerjasama sepenuhnya.

4. Akhir kata dari kami, kami mohon pihak tuan dapat
menggunakan kebijaksanaan dan kuasa untuk mengambil
tindakan tegas terhadap kezaliman dan kepincangan yang
dilakukan oleh syarikat ini demi untuk menyelamatkan
dan membantu pekerja-pekerja yang tertindas. Kerjasama
pihak tuan amatlah kami alu-alukan dan kami ucapkan
jutaan penghargaan.

Sekian, terima kasih.

Yang memegang dan menjalankan amanah pekerja


(MUHAMMAD FARREL NURALAM)
Wakil Setiausaha Eksekutif,
J/K Khas Pekerja Ditindas MWTISB 


ANGKATAN MAHASISWA MELAYU NASIONAL 
memperkasa idealisma


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke