Projek kondo sebelah masjid: Uji wibawa Abdullah, Umno Pulau Pinang Oleh Zulkifli Mohamed http://www.malaysia-today.net/blog/2005/11/projek-kondo-sebelah-masjid-uji-wibawa.htm
PULAU PINANG: Cadangan projek pembinaan Kondominum 24 tingkat dan 94 unit rumah teres dua tingkat, bersebelahan Masjid Jamek Jelutong, yang mendapat bantahan penduduk Islam di sini sejak tahun 1997, dilihat mencabar kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri ini. Apa tidaknya, kerana arahan beliau sebelum ini yang mahukan status tanah terlibat dikaji dan ditebus semula untuk kepentingan penduduk Islam dipandang sepi apabila Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetap meluluskan projek tersebut. Lebih menariknya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Rashid Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, dikatakan lepas tangan dalam hal ini. Kemelut yang berlanjutan 8 tahun itu hampir mencetuskan pergaduhan antara penduduk dengan pemaju apabila pihak pemaju Richmond Sapphire Sdn.Bhd. bertindak ala gengster menutup Jalan Masjid, iaitu laluan utama penduduk kampung bagi melakukan kerja awal pembinaan projek tersebut. Kejadian kira-kira jam 3 petang pada 13 Oktober lalu itu mendorong pengurusan masjid berkenaan bertindak membuat laporan polis. Berikutan kemelut yang tidak berkesudahan itu, pada 18 Oktober lepas lebih 1000 anak kariah mengadakan demonstrasi aman kira-kira 30 minit di perkarangan masjid berkenaan, sejurus selesai solat Jumaat. Beberapa sepanduk yang dibawa tertera perkataan mempertikaikan pihak-pihak terbabit antaranya Timbalan Ketua Menteri, bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Hilmy Yahya, MPPP, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan beberapa individu yang terbabit dalam kemelut hampir 9 tahun itu. Antara sepanduk yang tertera ialah Dato Rashid Abdullah apa dah jadi, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, jawatan mau, kerja tak mau, membebankan Pak Lah saja, Dr Hilmi? Mana janji masjid baru kami?, MPPP = Melayu Pulau Pinang Punah, Majlis Agama Islam Lemah Tiada Kuasa, Melayu diperlukan masa pilihan raya sahaja, Pak Lah tolonglah nasib kami penduduk Jelutong. Menurut Pengerusi pembangunan masjid itu, Omar Abd. Kadir, 65, tanah di Lot 326 hingga 332 Seksyen 1 dan Lot 581,586 dan 589 Seksyen 14 diperlukan untuk pembinaan masjid baru. Katanya pembinaan masjid baru itu bagi menampung kapasiti jemaah yang semakin meningkat. Jelutong kini ada 10,000 umat Islam dan kapasiti maksimum masjid sekarang hanya 1500 jemaah, katanya dalam sidang media selepas demontrasi itu. Menurut Omar, tanah seluas 2,355 meter persegi asalnya milik Melayu, kini telah berpindah milik kepada syarikat Concord Land. Katanya, Datuk Seri Abdullah pernah mengarahkan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Unit Penyelarasan Pelaksana Jabatan Perdana Menteri untuk bertindak dan beliau memberi jaminan tanah itu akan ditebus semula. Menurutnya, penilaian status tanah itu turut melibatkan Jawatankuasa Kerja Pemandu (JKP) Pulau Pinang di bawah Kementerian Kewangan. Kata Omar, hasil penilaian JKP, tanah tersebut tidak membawa keuntungan kepada kerajaan. Kita harap sangatlah pemimpin Melayu yang ada di atas, sekurang-kurangnya mereka dapat membantu kita. Kita hendak memperjuangan nasib kita hanya kerana rumah Allah ini.Tapi jika inipun tidak boleh, kita hendak kata apa lagi, jelasnya kesal. Sementara itu, Setiausaha Masjid, Zubir Amir,48, kesal dengan sikap Timbalan Ketua Menteri, yang lepas tangan dalam isu ini. Kami telah berjumpa Timbalan Ketua Menteri sebelum Ramadan, dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak menerima sebarang surat daripada Perdana Menteri, jelas Zubir. Hanya pada 13 Oktober 2005 lepas, kata Zubir, barulah Datuk Rashid menghantar surat kepada Yang Dipertua MPPP, Datuk Ahmad Faisal Talib memohon penjelasan status tanah tersebut. Tindakan itu telah terlambat kerana pelan (projek) telah dilulus 8 Disember 2004, kata Zubir. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman memberitahu, pihaknya telah memaklumkan masalah itu kepada Perdana Menteri. Setakat ini kami belum mendapat maklumbalas. Tapi walau bagaimanapun Pemuda tetap bersama anak kariah membantah projek pembinaan tersebut. Ini bagi memastikan nasib orang Islam, khususnya nasib orang Melayu Jelutong terbela, katanya yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis MPPP. Dalam pada itu, AJK Keadilan Pulau Pinang, Mohd Rafi Osman berharap Perdana Menteri lebih prihatin dengan nasib Melayu Islam di Jelutong. Kita harap Abdullah dapat menunaikan hajat anak kariah untuk membina masjid baru, katanya yang juga anak kariah Jelutong. Sementara itu, YDP PAS Tanjong, Syed Mohd Nazli Syed Mohamad berkata pihaknya menyokong usaha murni jawatankuasa masjid. Mudah-mudahan kita tidak kena tipu lagi, kerana kita telah lama ditipu, katanya yang mengetuai doa selepas demontrasi itu. Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com __________________________________ Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
<<attachment: Masjid_Jelutong.jpg>>