Waalaikumsalam Wr Wb
MasyaAllah, tersentak ana apabila menbaca point 1 dan 4.Astaghfirullah.
Best regards,
Lukman Hakim Muhd
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum..
Sekadar Renungan...Bukan dari idea saya..cuma petikan dari jemaah
Islamiah
Untuk RENUNGAN BERSAMA...
(1.) Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan
auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya telah
mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham bersama, cuma
dia dapat saham lebih utama.
(2.) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling
susah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.
(3.) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak
setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak menolong perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.
(4.) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain
walaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.
(5.) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita melalaikan,
bencinya pada kita binasa.
(6.) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia
merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang besar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya suaminya jadi orang suruhannya.
(7.) Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isternya
boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran
suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan
sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya kena uji.
(8.) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan
berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya
(9.) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah
dalam derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah
dalam kebahagiaan.
(10.) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun
kalau isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan
yang cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi kecuali kalau ia ditekan oleh sesuatu keadaan.
(11.) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya
atau ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya, tetapi kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.
(12.) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti
isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami
kehilangan isteri dalam masa beristeri.
(13.) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala
tersedak juga oleh kerana manisnya.
(14.) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang
haknya kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar biasa. Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan mementingkan
diri.
(15.) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana
pengantin baru.Kerana menganggap dirinyer sentiasa diburu.
(16.) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut
saikologi dia susah hati kehilangan mudanyaSekian ader nyer..
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
Kirim email ke