Edisi Utara: Mengaku bukan Islam

LANGKAWI: Taktik seorang wanita yang dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Islam Langkawi (Pail) enggan mengaku beragama Islam ketika disoal siasat akhirnya terbongkar apabila ibu bapa wanita terbabit mengesahkan anak perempuan mereka beragama Islam.

Wanita berusia 33 tahun dan berasal dari Thailand itu terpaksa berpura-pura mengaku bukan Islam disebabkan bimbang kerana terpaksa menghadiri perbicaraan dan dikenakan denda sekiranya dia membuat pengakuan berkenaan.

Pegawai penguat kuasa Pail, Saiful Aswad Kasa, berkata wanita itu ditahan bersama pasangannya di sebuah bilik di sebuah rumah sewa di Kampung Pokok Asam, dekat sini, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Katanya, serbuan itu dilakukan sebaik pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan maksiat di dalam rumah terbabit.

Turut ditahan dua rakan mereka yang juga sepasang kekasih yang berada di bilik bersebelahan dan dipercayai sedang tidur.

Saiful Aswad berkata, selepas menerima maklumat terbabit, pihaknya terus mengadakan serbuan dan mendapati pintu rumah kampung terbabit berkunci dari dalam.

Katanya, selepas pintu diketuk, seorang lelaki yang berpakaian seluar panjang dan berbaju T membuka pintu rumah itu dan membenarkan penguat kuasa melakukan pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati, seorang wanita yang hanya bertuala dari aras dada ke paha berada di dalam bilik berkenaan dengan mukanya yang pucat.

“Ketika disoal siasat, wanita itu tidak mengaku bersalah dan enggan mengaku beragama Islam walaupun dibawa ke balai polis dan pejabat agama tetapi dia akhirnya mengaku beragama Islam selepas bapanya membuktikan dia seorang Islam.

“Tindakan wanita itu boleh dianggap murtad dan dia sanggup berbuat demikian demi menutup malu yang dilakukannya,” katanya.

Saiful Aswad berkata, wanita itu menetap di negara ini hampir empat tahun bersama ibu dan bapanya manakala pasangannya yang berusia 27 tahun pula berasal dari Sungai Petani.

Kedua-duanya dipercayai bekerja di sebuah kelab malam, di sini.

Menurutnya, siasatan lanjut turut mendapati, sepasang kekasih yang sedang tidur berpelukan di atas katil di dalam sebuah bilik di rumah yang sama dan tidak menyedari kehadiran penguat kuasa yang datang membuat serbuan.

Katanya, pasangan itu dipercayai terlupa menutup pintu bilik mereka dan menyebabkan mereka dicekup untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita terbabit dipercayai berbogel dan hanya menutup sebahagian tubuhnya dengan kain pelekat manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Turut ditemui di katil itu seluar dalam milik wanita berkenaan.

“Lelaki kedua yang ditahan berusia 24 tahun itu dipercayai bukan Islam dan berasal dari Kuala Nerang manakala wanita itu pula beragama Islam dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua wanita dan lelaki pertama yang ditahan itu akan didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara, katanya.

Saiful Aswad berkata, keempat-empat mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk disoal siasat.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

-------------------------------------------

Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com




YAHOO! GROUPS LINKS





--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

Kirim email ke