Subject: PRODUK WAS-WAS: Mentega Kacang Lady's Choice

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saudara dan Saudari Pengguna,

KUALA LUMPUR: (Selasa, 23 Oktober 2005, 18:20) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima satu aduan berkenaan produk Lady's Choice Mentega Kacang Lapisan Coklat Susu (Peanut Butter and Chocolate Milk Stripes) yang telah dibeli di Carrefour Wangsa Maju (no tel: 03-4149 4200) pada 21 Oktober 2005.

Produk seberat 350 gram yang dikilangkan oleh Unilever Bestfoods (Malaysia) Sdn Bhd itu dibuat oleh Bestfoods Shandong Ltd di Shandong Province, China.

Ramuan yang tertulis pada produk tersebut ialah kacang tanah, gula, minyak sayur terhidrogen (biji sesawi, kelapa sawit, biji kapas dan kacang soya), serbuk koko, minyak kacang tanah, tepung susu tanpa lemak dan garam.



Selain daripada itu, kenyataan ini juga dicetak di balang produk terbabit: “Mengandungi aditif makanan yang dibenarkan, lesitin soya (sumber tumbuhan) dan perisa (sumber tumbuhan)”.
 
Sewaktu menghubungi sekretariat PPIM yang berpusat di Bukit Keramat, Kuala Lumpur, melalui emel, Puan S mengajukan soalan ini: “Produk mentega kacang dari Lady’s Choice tidak mempunyai tanda halal dari Malaysia dan ia diperbuat di negara China. Adakah produk ini halal untuk dimakan?”
 
Apabila diminta untuk memberikan penerangan lebih lanjut berkenaan ketiadaan logo halal yang dimaksudkan, Puan S berkata: “Produk [mentega kacang dari Lady’s Choice] tidak mempunyai tanda logo halal JAKIM. Ia hanya mempunyai tanda logo bulatan yang mengandungi perkataan ‘halal’ dalam tulisan jawi”.
 
Ketika ditanya sekiranya hanya mentega kacang Lady’s Choice yang tidak mempunyai logo halal JAKIM, Puan S menjawab: “Begitu juga dengan produk-produk Lady's Choice yang lain seperti jem yang diperbuat di Thailand”.
 
Pihak Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Unilever) yang berpusat di Menara Telekom telah dihubungi pada Isnin, 24 Oktober 2005 oleh pihak PPIM namun jurucakap bahagian Hubungan Korporatnya memaklumkan bahawa tiada sebarang semakan boleh dibuat pada ketika itu kerana “ramai yang sudah pulang pada jam 5 petang”.
 
PPIM berpendapat bahawa adalah tidak wajar Unilever memandang remeh isu ini dengan memberikan alasan yang kurang munasabah kerana mereka seharusnya sentiasa bersedia pada tiap ketika untuk memberikan apa-apa jua maklumat yang diperlukan demi menjaga hati para pengguna.
 
PPIM juga beranggapan bahawa kebanjiran produk mentega kacang Lady’s Choice dari negara China di Malaysia ketika suri-suri rumah sedang sibuk membeli bahan-bahan ramuan untuk membuat kuih-kuih raya sebagai satu tindakan yang biadab.
 
Tatkala pengguna-pengguna Islam mula sedar tentang kepentingan memastikan bahawa logo halal yang digunakan adalah asli, tindakan Unilever membawa masuk mentega-mentega kacang Lady’s Choice dari negara China hanya akan menambahkan kekeliruan.
 
“Jika pengguna-pengguna Islam boleh tertipu dengan logo halal JAKIM yang dipalsukan, apatah lagi dengan ketiadaan logo tersebut. Adakah memadai meletakkan huruf jawi ‘halal’ sedangkan piawaian untuk produk Islam wujud?” soal Remi Yahya-Ishmael, Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Media untuk PPIM. “Siapakah yang memantau produk-produk berlogo huruf jawi ‘halal’ ini?”
 
PPIM ingin mengingatkan pengguna-pengguna Islam supaya sentiasa berwaspada dengan taktik-taktik licik konglomerasi antarabangsa yang hanya memikirkan keuntungan tanpa mengambil kira kebajikan pengguna-pengguna Islam.
 
PPIM juga mengesyorkan agar pengguna-pengguna Islam bersatu hati dengan tidak membeli produk-produk yang dihasilkan secara ‘sambil lewa’ untuk memberikan isyarat kepada pengeluar produk-produk berkenaan agar bersikap lebih telus dan ikhlas di dalam menjalankan urusniaga dengan pengguna-pengguna Islam.
 
[end]
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
 
Remi YAHYA-ISHMAEL
Pengarah Perhubungan Awam & Komunikasi Media
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Kuala Lumpur
Emel: [EMAIL PROTECTED]
HP: 019 359 1000
 
PENGHAD LIABILITI: Rencana ini ditulis pada hari Selasa, 25 Oktober 2005, jam 18:20 dan akan termansuh dengan sendirinya sekiranya pihak (atau pihak-pihak) yang terbabit membuat kenyataan dengan PPIM.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke