Oleh Wan Nordin Wan Yaacob SEREMBAN, 7 April (Hrkh) - Berikutan keenganan menyahut cabaran berdebat mengenai isu kenaikan harga minyak, Pemuda Umno Negeri Sembilan (NS) dikunjungi sekumpulan anak muda dari Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan untuk menyerahkan surat cabaran kali kedua di Pejabat Umno Negeri dekat sini pada jam 10.30 pagi semalam (6 April 2006). Bagaimanapun kehadiran AMK di hadapan Pejabat Umno pagi semalam disambut Pemuda Umno dengan aksi yang disifatkan AMK sebagai ala 'gangster' dengan menempatkan barisan Pemuda Umno negeri serta pihak polis berkawal di luar bangunan.
Mereka telah disambut tidak kurang dari lima anggota polis beruniform dan 15 orang anggota polis tidak beruniform yang dapat dikenal pasti kerana mereka merupakan anggota cawangan khas yang sentiasa terlibat memantau program KeADILan. Polis trafik juga ditempatkan dihadapan Bangunan Umno bagi menghalang semua kenderaan meletak dan memasuki kereta di kawasan tersebut. Sementara Pemuda Umno Negeri Sembilan pula telah menggerakkan tidak kurang dari 50 orang ahli mereka untuk memenuhi ruang hadapan Pejabat Umno Negeri bagi menghalang kedatangan rombongan AMK. Helikopter polis juga berkeliaran di ruang udara atas Pejabat Umno selama hampir 30 minit. Kumpulan Pemuda Umno yang 'berkawal' di sekeliling bangunan Umno di ketuai oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau, Ghani Hasan yang juga adik Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Mohammad Hasan. Dalam masa yang sama, dua wartawan akhbar berbahasa Cina yang hadir membuat liputan dikatakan diarah pulang oleh Editor mereka tanpa menunggu tamatnya sidang media AMK. "Salah seorang dari mereka memaklumkan dihubungi editor mengarahkan mereka pulang kerana orang atas minta jangan buat liputan mengenainya, " kata Setiausaha AMK Negeri Sembilan, Amiruddin Wahab. Sementara surat cabaran yang mahu diserah sendiri kepada Pemuda Umno Negeri Sembilan hanya diterima oleh salah seorang kerani yang tidak mahu memperkenalkan dirinya, kata Amiruddin. Surat cabaran itu dihantar berikutan kenyataan media Umno Negeri Sembilan mengenai penafian terlibat dengan jemputan debat isu minyak yang telah diadakan pada 24 Mac di Wisam Anwar Ibrahim, Jalan Rahang Seremban. Sebelum ini, AMK telah menyerahkan surat jemputan kepada Ketua Pemuda Umno Negeri, Dato' Ir Jamlus Aziz untuk berdebat dengan Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Naib Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan, T Rajagopalu, malangnya wakil Umno dan Barisan Nasional enggan menyahut cabaran itu. Dalam surat tersebut AMK Negeri Sembilan menyatakan cabaran debat dan memberi tempoh 14 hari untuk Umno Negeri Sembilan memberi maklum balas. Amiruddin yang mengulas mengenai 'layanan buruk' itu melahirkan rasa kesal kerana Umno menunjukkan sikap seperti gangster dalam menyambut kunjungan AMK. "Ini juga menunjukkan ketakutan penguasa kerana tertekan dengan isu kenaikan minyak ini. AMK berharap Umno berani tampil untuk mempertahankan hujah mereka mengenai kenaikan minyak," katanya. AMK mempunyai terlalu banyak bukti dan fakta untuk diperdebatkan untuk membuktikan kenaikan ini berlaku kerana kelemahan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi yang membarah, katanya.. Rombongan tiga wakil AMK Negeri Sembilan meninggalkan bangunan Umno Negeri Sembilan jam 11.05 pagi tanpa kejadian tidak diingini. Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah Syarak Mengata , Adat Menurut Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/