Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter
baru-baru ini sudah pasti memberi kesan langsung
kepada semua harga barangan di pasaran. Ini adalah
logik akal kerana semua barangan yang hendak
dipasarkan memerlukan setidak-tidaknya kos
pengangkutan yang berkait langsung dengan penggunaan
minyak, samada petrol, diesel mahupun gas asli.

Memberi amaran kepada para peniaga untuk tidak
menaikkan harga barangan adalah merupakan satu
tindakan yang tidak pro aktif dalam kita sama-sama
menanggung beban kenaikan harga minyak baik daripada
pihak pengguna, mahu pun pihak peniaga apatah lagi
pihak kerajaan.

Apa yang sepatutnya pihak Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna lakukan ialah
menyediakan garis panduan kepada pelbagai sektor
peruncitan dan perniagaan di negara ini untuk
menaikkan harga barangan mereka mengikut kadar yang
bergantung kepada berapa banyak barangan berkenaan
bergantung secara langsung atau tidak langsung kepada
minyak atau hasil sampingan minyak.

Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter adalah
merupakan kenaikan sebanyak 18.6% daripada harga asal
minyak. Dalam erti kata lain kenaikan apa barang
sekali pun di Malaysia ini sepatutnya tidak boleh
melebihi daripada 18.6% selepas kenaikan harga minyak
sebanyak 30 sen seliter.

Sebagai contohnya katakan harga ikan tenggiri sebelum
kenaikan minyak ialah RM 18 ringgit sekilo. Maka harga
ikan tenggiri selepas kenaikan minyak sebanyak 18.6%
tadi tidak boleh melebihi RM 21.35 sekilo. Tapi adalah
tidak logik harga ikan tenggiri adalah berkadar terus
dengan kenaikan harga minyak. Katakan kos pengangkutan
dalam perniagaan barangan basah adalah 50% daripada
kos keseluruhan. Justeru itu harga ikan tenggiri
sekilo sepatutnya dinaikkan 50% daripada 18.6%
menjadikan harga ikan tenggiri yang sepatutnya selepas
kenaikan harga minyak ialah RM 19.70.

Malaysia mempunyai pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar
matematik, pakar-pakar perangkaan dan pakar-pakar
teknologi maklumat. Justeru itu gunakanlah kepakaran
mereka tadi untuk memberi garis panduan kepada
pelbagai sektor perniagaan di Malaysia ini untuk
menaikkan harga barangan mereka mengikut kadar yang
sepatutnya. Daripada perniagaan kecil-kecilan
hinggalah ke peringkat perniagaan besar-besaran,
selaras dengan apa yang dislogankan iaitu untuk
melahirkan Melayu Glokal.

Berilah panduan kepada peniaga roti canai berapa harus
mereka menaikkan harga roti canai mereka, berilah
panduan kepada peniaga ikan berapa mereka harus
menaikkan harga ikan mereka, berilah panduan kepada
pengeluar simen berapa mereka harus menaikkan harga
simen mereka. Kenaikan harga minyak hanya sekali untuk
tahun ini sepatutnya memudahkan pihak kerajaan untuk
mengeluarkan garis panduan tersebut. Bukan seperti
kenaikan harga minyak yang sedikit tetapi kerap
seperti tahun yang sebelumnya.

Sekiranya garis panduan ini tidak diberikan sudah
pasti apa yang akan berlaku ialah kesan domino ,
apabila ada pengeluar atau pemborong yang menekan
butang panik kerana tidak tahu berapa hendak menaikkan
harga barangan, mereka akan menaikkan harga barangan
mengikut kadar mereka sendiri untuk mengelakkan
kerugian memandangkan para pembekal sekeliling mereka
telah menaikkan harga barangan. Yang pada akhirnya
yang menanggung kerugian bukan hanya para peniaga yang
kehilangan pelanggan, bukan hanya para pengguna yang
semakin kosong poket mereka, bahkan kerajaan sendiri
yang akan rugi dari segi kehilangan pendapatan
daripada hasil cukai jualan.

Maka apakah tindakan memberi amaran kepada para
peniaga untuk tidak menaikkan harga barangan sebagai
wajar ? Atau apakah sepatutnya kerajaan memberi garis
panduan kenaikan harga barangan, dan kemudian
mengambil tindakan kepada para peniaga yang menaikkan
harga barangan mereka pada satu kadar yang tidak
logik.

Selepas diberikan garis panduan kenaikan harga
barangan, terpulang pula kepada peniaga samada mereka
hendak menaikkan harga barangan mengikut garis panduan
tersebut atau mengekalkan pada harga lama bergantung
kepada permintaan di pasaran atau bergantung kepada
kuasa membeli pengguna.

Rozmal bin Malakan
Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
[EMAIL PROTECTED] , http://waghih.blogspot.com 



     Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke