Pesuruhjaya Tinggi British pulau ucapan Dr Mahathir

Sekurang-kurang tiga orang diplomat asing keluar meninggalkan persidangan tahunan Suhakam hari ini apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap mengkritik Amerika Syarikat yang didakwanya bersikap ‘dwi-standard’ dalam hal asasi manusia.

Difahamkan, seorang daripada mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British, Bruce Elliot Cleghorn dan seorang lagi adalah pegawai daripada Kedutaan Amerika.

Kritikan Dr Mahathir itu tidak disenangi mereka apabila beliau menuduh Amerika bersikap hipokrit mengenai hak asasi manusia berhubung perang Iraq, perang menentang keganasan dan seksaan ke atas para tahanan.

Ketika ditanya mengenainya dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Mahathir berkata: “Mereka berhak untuk keluar”.

"Mereka ada hak untuk mengkritik saya sepertimana saya juga ada hak untuk mengkritik mereka,” tambahnya.

Kenyataan Cleghorn
Cleghorn kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang dihantar melalui emel kepada malaysiakini.

"Saya dijemput oleh Suhakam untuk menghadiri majlis perasmian Persidangan Hari Hak Asasi Manusia,” katanya.

"Saya menerimanya sebagai tanda hormat kepada Suhakam dan Tun Mahathir selaku bekas Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, malangnya, kata Cleghorn, dengan kehadiran itu, beliau terpaksa mendengar cacian dan kenyataan yang tidak benar terhadap negaranya.

“Kerana itulah saya meninggalkan (persidangan itu),” katanya.

Keputusan Suhakam untuk menjemput bekas Timbalan Perdana Menteri itu, untuk berucap di persidangan tersebut telah menimbul kontroversi sejak awal lagi.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah memulaukan persidangan tersebut selepas Suhakam enggan menggugurkan nama Dr Mahathir daripada berucap di majlis tersebut.

Mereka menuduh Dr Mahathir melakukan banyak pelanggaran hak asasi manusia selama 22 tahun beliau menjadi memimpin Malaysia.

 

Foreign envoys stage walkout during Mahathir’s speech



At least three foreign envoys staged a walkout when former premier Dr Mahathir Mohamad criticised the United States and the United Kingdom for their alleged double standards in defending human rights during his speech at the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) annual conference today.

British High Commissioner Bruce Elliot Cleghorn (photo) and Hungarian ambassador Tamas Toth were among them. 

Mahathir had irked the delegates when he accused the US and UK of being hypocritical in its call for human rights in relation to the war on Iraq, the war on terrorism and the torture of its prisoners.

Quizzed on the incident at a press conference later, the former premier said: “They have the right to walk out”.

"They have the right to criticise me like I have the right to criticise them," he added.

Abuse and misrepresentation

Cleghorn later issued a one-paragraph statement which was emailed to malaysiakini.

"I was invited by Suhakam to attend the opening of their Human Rights Day conference," said the British envoy.

"I accepted out of respect for Suhakam and for Tun Mahathir as a previous prime minister of Malaysia. Unfortunately I found myself listening to abuse and misrepresentation about my country. I therefore left."

Suhakam’s decision to invite Mahathir to address the conference had proven to be controversial from the outset.

Several non-governmental organisations had boycotted the conference after Suhakam refused to strike the former premier of its list of speakers.

The organisations had accused Mahathir of violating numerous human rights during his 22-year tenure in office.


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke