assalamualaikum,
 
disini diantara jawapan yang diterima bagi mengesahkan kesahihan artikel ini. 
Terima kasih kepada semua yang membantu.
 
sebelum ini ada yang memberitahu ianya adalah tidak benar.
 


siti hajar mohsin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Date: Thu, 11 Aug 2005 01:58:54 -0700 (PDT)
From: siti hajar mohsin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Ramalan Jadi Kenyataan
To: norjannah mohamed noh <[EMAIL PROTECTED]>


Re: Pertanyaan Mengenai Tahun 2005 Yang
Gempar 


assalamu'alaikum

Jawapan dari Ustaz ZainYs (al-ahkam.net) yang
disiarkan di blog 
beliau : -

>>
Perkhabaran Dusta: Tahun 2005 yang gempar, bhg. 3

Pada siri dua, kita telah mengetahui tentang kedudukan
hadis yang 
digunakan oleh e-mail atau artikel jahat ini. Sekarang
kita cuba 
lihat fatwa sebahagian ulama mengenai penulis buku
HURU HARA AKHIR 
ZAMAN – Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam, iaitu
Amin Muhamad 
Jamaludin.

Berikut ini adalah petikan dari e-mail berantai itu:

"Petikan KITAB bertajuk " HURU HARA AKHIR ZAMAN –
Penjelasan Terakhir 
untuk Umat Islam&#8255; karangan Amin Muhammad
Jamaludin Universiti Al-
Azhar Kairo.

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai
konflik akibat 
kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai
menyala, 
manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa
langit yang 
menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan
tanpa urutan..."

Bila kita melihat bahawa Amin Muhamad bin Jamaluddin
ada menulis 
beberapa buah buku tentang tanda-tanda hari kiamat dan
al-Mahdi. Yang 
dapat dikesan ialah Umru Ummatil Islam Wa qurb zuhuril
Mahdi dan 
Harmegadon Akhir Bayaan Yaa Ummat al-Islam. Buku
pertama boleh dimuat 
turun dari beberapa website dalam bentuk ebook.

Bukunya yang bertajuk Harmegadon Akhir Bayaan Yaa
Ummat al-Islam 
telah banyak ditanyakan oleh orang kepada sebahagian
para ulama. Dan 
fatwa-fatwa mereka sebahagiannya ada tersiar di
internet. Kita boleh 
baca dan tatap.

Dr Hatim Syarif al-Auni mengatakan,
(æÇáßÊÇÈ ÇáãÐßæÑ ßÊÇÈ &#1663;íå ÍÞ Þáíá æÈÇØá ßËíÑ¡
&#1663;ÖÇÚ ÍÞå &#1663;í ÈÇØáå¡ æÔæåå 
ÇáãÄá&#1663; ÈÊ&#1663;ÓíÑÇÊå æÊÃæíáÇÊå ÇáÈÚíÏÉ.)

Bahawa buku ini mengandungi sedikit kebenaran di
dalamnya, namun 
cukup banyak pendustaan. Dan kebenaran yang sedikit
itu sirna oleh 
kebatilan yanga ada. Pengarangnya membumbui buku ini
dengan 
penafsiran-penafsiran dan takwilan-takwilan yang
menyimpang jauh.
(Ruj:
http://islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=8274

Manakala sebahagian kecil hadis-hadis yang ada di
dalamnya, sekalipun 
memang benar ia adalah sahih, namun penulisnya
memperincikan hadis 
berkenaan dengan kebatilan dan pendustaan. Beliau cuba
menyesuaikan 
hadis berkenaan dengan apa yang sedang berlaku.
Bukankah ini cara 
yang salah dalam menafsirkan hadis. (ibid.)

Nukilan-nukilan yang dibuat oleh Amin Muhamad
Jamaludin di dalam buku 
ini dan juga tafsiran-tafsirannya yang menyeleweng
itu, barangkali 
disebabkan oleh beberapa faktor (ibid.):
1. Kerana kejahilannya yang benar-benar jahil tentang
al-Sunnah, atau
2. Kerana jahil dan kerana ada tujuan tertentu,
peribadi, 
kemasyhuran, wang atau mahu merosakkan agama umat
Islam.

Penulis berkenaan didapati adalah orang yang tidak
berkelayakan dalam 
bidang hadis s.a.w. Hal ini memang cukup-cukup jelas.
Oleh itu kita 
tidak boleh menggunapakai apa yang dibacanya dalam hal
apa yg dia 
tidak tahu. Juga beliau sewajarnya tidak dibenarkan
menulis mengenai 
hal-hal demikian. Malah, pemerintah Islam sepatutnya
bertindak 
menta'dibnya (memberi adab) kepadanya. Agar beliau
tidak mengulangi 
lagi kesalahannya yang boleh mengkocar-kacirkan agama
umat Islam, 
sehingga ke tahap mempermain-mainkan akal mereka
menggunakan agama 
dan Hadis Nabi s.a.w.

Buku ini dipenuhi dengan kebatilan dan kemunkaran yang
penulisnya 
banyak membuat petikan dari kitab al-Fitan karya Nuim
bin Hammad rhm. 
Sekalipun Nuim bin al-Hammad rhm merupakan seorang
yang alim dan 
benar, namun kitabnya al-Fitan ini mengandungi banyak
kebatilan dan 
israeliyaat. Namun begitu, Nuim bin Hammad rhm dapat
dimaafkan kerana 
hadis-hadis di dalam kitabnya itu ada dinyatakan
sanadnya agar para 
ilmuwan dapat mengkajinya. Agar dengannya dapatlah
dibezakan antara 
yang benar/sahih dan yang lemah/dhaif.

Kemaafan ini tidak dapat diberikan kepada Amin Muhamad
Jamaludin 
kerana beliau telah membuang sanad-sanad hadis di
dalam bukunya. 
Malah beliau bertindak lebih dari itu dengan memberi
keyakinan kepada 
pembaca tentang sahihnya hadis yang di ambil dari
kitab al-Fitan. 
Caranya ialah dengan memuji-muji Nuim bin Hammad rhm
sebagai guru 
kepada al-Bukhari. Seolah-olah fakta bahawa beliau
adalah guru al-
Bukhari sahaja sudah memadai untuk menerima apa sahaja
yang 
ditulisnya sebagai sahih, tanpa perlu mengkaji
sanadnya. Lebih 
melampau lagi, Amin Muhamad Jamaludin berpegang kepada
teks-teks 
yang ada di dalam kitab al-Fitan seolah-olah ia adalah
nash-nash dari 
al-Quran atau Hadis yang sahih.

Dapat disimpulkan bahawa, kerana kebatilan-kebatilan
dan pembohongan-
pembohongan yang terdapat di dalam buku berkenaan,
maka ia tidak 
boleh digunapakai sama sekali. Ia juga tidak boleh
dibeli dan 
sebarkan.

zain y.s

Rjukan Tambahan:

http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?
lang=A&Id=19413&Option=FatwaId

http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=73091 



--- "azriamin6011" wrote:
> 
> Di sini ana ada sertakan satu rencana mengenai Tahun
2005 yang 
> gempar. jadi ana ingin bertanyakan para ustaz adakah
kita boleh 
> mempercayainya atau sebaliknya. Jika rencana ini
boleh dipercayai, 
> adakah kita sememangnya perlu sediakan bekalan
makanan selama 
> setahun? Betul ke hadis yang penulis datangkan
mengenai perlunya 
> memyediakan bekalan makanan yang sanadnya dari
Khalid bin Mïdan? 
> 
> Semoga mendapat penjelasan para ustaz yang
sewajarnya. Syukran 
> Jazilan.
> 
> 

--- norjannah mohamed noh 
wrote:

> Assalamualaikum,
> 
> saya ada artikel berkenaan bencana akhir zaman. Ada
> sesiapa boleh beri komen sama ada betul atau tidak
> ya.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

                
---------------------------------
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke