Biasalah tu.. Adat berdiskusi mesti ada pro-kontra... Adat berbahas mesti ada sokong-bantah.. Adat inventor mesti ada merit-dimerit.
 
Kalau setuju terpulang, tak setuju pon terpulang pada akal / ilmu masing2... Dari view saya pula, mmgla inventor spt yg disebutkan dibwh byk memberi manfaat kpd manusia. Tapi usaha mereka adalah yg masih boleh diterima syarak. Cuma manusia yg berniat jahat / yg tak bermoral saje yg menjadikan ia sebaliknya. Cthnya ciptaan dinamite - bunuh manusia, internet - tayang we-site lucah, telefon / hotel- buat perniagaan sex, komputer-sebar virus/berjudi etc etc....  Even dadah yg sepatutnya bertujuan baik pon manusia menjadikannya lebih kpd keburukan...
 
Semua hal / benda yg berlaku / ujud  di dunia ada baik buruknya. Sebab tu diciptakan akal. Sebab tu diturunkan agama (Islam) utk mengawal / menyekat keadaan/sesuatu.
Dlm hal membina pawagam pula, setakat ini apa kebaikan yg rakyat perolehi melainkan maksiat & berhibur? Setakat mana filem2 yg berunsur keilmuan telah ditayangkan? Ada pawagam yg mengasingkan lelaki/pmpuan menonton dlm tmpt gelap? Membina pawagam ni akan hanya memberi peluang / keuntungan lebih kpd Disney, Warner Brothers, Fox cinema dll. Membina pawagam ni juga akan menyebabkan makin ramai anak Melayu cenderung menjadi artis yg semmg kita tahu dunia yg penuh gelumang dosa & unsur fitnah?Apa yg rakyat dapat melainkan unsur negatif dari luar, maksiat, keruntuhan moral dsbgnya?
 
Nak buat filem berakhlak / berilmu tak boleh ke TIDAK ditayangkan di pawagam? Terus buat DVD / VCD yg boleh menontonnya dirumah bersama2 keluarga yg dapat mengelakkan anak dara/bujang keluar hingga lewat mlm yg menjadikannya lebih berpotensi utk menjadi mangsa penjenayah? Terpaksa duduk bergelap dlm pawagam bersama yg bukan muhrim yg memberi peluang utknya berbuat maksiat/dosa?
 
Ketahuilah, preventive is better than cure. Beringat2 sebelum kena. Jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
 
Wallahua'lam.

Khalip Zainor <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Sekadar pendapat, betullah agaknye pendapat saudara tu.

Cuba kita renongkan, macam Bill Gates, seorang usahawan bukan Islam. Kita sibuk memperkatakan keruntuhan moral. Sedangkan usaha beliau  mencipta Computer, disamping menjadikan beliau kaya, beliau juga menyumbang kebajikan kepada masyarakat sejagat. Thomas Edison, Graham Bell, Wright Brothers dan ramai lagi. Saya yakin diawal usaha mereka tu, mereka mendapat kutukan yang hebat dari masyarakat , tapi kemudiannye, kita gunakan penemuan mereka tu.

Terpulang kepada masyarakat menggunakan hasil beliau itu untuk kebaikan atau keburukan.

Maksud disini, usaha dan cadangan En. A.Razak tu akan melahirkan individu yang mahir dalam bidang perfileman dan tumbuh nye pawagam yang banyak, kemudian bila dah ade individu yang mahir dalam bidang tu, maka gunakan lah kesempatan menghasilkan sebuah filem yang mendidik kebaikan , menghiburkan dan menguntungkan. Jika dari awal dah kita patahkan semangat beliau , boleh ke terlahir individu yang mahir macam Bill Gates ?

Adeke kita mempertikaikan ciptaan Bill Gates tu... meruntuhkan moral, melalaikan dll.

 


Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke