Assalamualaikum Warrahmatullah Wabarakatuh

saudaraku seklian yang ada di milist ini, saya sangat setuju dengan 
larangan merokok, baik dalam Al Quran maupun dalam hadits. saya juga 
tidak menyalahkan betapa banyak orang yang suka merokok, contoh saya 
sendiri, saya merokok sudah sekitar separuh usia saya. Jika saya 
hitung berapa panjang rokok yang sudah saya hisap, barangkali 
panjangnya mencapai Kuala Lumpur dari Jakarta

pernah saya berfikir untuk menghilangkan kebiasaan tersebut, tapi 
terus terang saya merasa tidak yakin bisa berhenti, jika saya 
berhenti mata kompensasi yang saya terima adalah seringnya makan 
snack atau makan kecil sehingga gula darah saya turut naik atau darah 
tinggi saya juga ikut naik. Percaya atau tidak, ketika saya berhenti 
merokok selama 3 bulan berat badan saya naik dari 83 Kg menjadi 96 Kg 
pikir pikir saya check up ke dokter, tekanan darah saya yang biasanya 
140/100 menjadi 160/105, dan detak jantung saya agak lebih cepat 
sedikit, alhasil saya coba lagi merokok dalam waktu 3 pekan kondisi 
badan saya normal kembali kecuali berat badan yang terlanjur naik.

untuk itu manakah yang benar? saya rasa semua benar tidka ada yang 
salah, sebagai contoh di salah satu pulau kecil di perairan Lombok 
ada satu desa perokok mulai dari anak anak usia 8 tahun hingga usia 
lanjut, sedangkan usia kematian rata rata di sana mencapai 70 - 80 
tahun.

Sisi lain saya juga tidak setuju dengan para perempuan merokok, 
apalagi merokok ditempat umum, walau di smoking area, tapi kita tidak 
bisa bicara apa apa, mau ditegur bukan saudara mau marah apa lagi. 
Satu hal yang saya sadari bahwa dunia ini perlu penyeimbang mungkin 
itu adalah salah satu penyeimbangnya

Demikian mohon maaf jika ada salah salah kata, jika ada sumur 
diladang bolehlah saya menumpang mandi, jika ada umurku panjang 
bolehlah kita bersua lagi

Wassalamualaikum
ade
--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "Syahril Rizal Abd Kadir \(MA\)" 
wrote:
>
> Istimewa untuk ahli-ahli yahoogroups semua..
> 
> 
> Assalamualaikum wrb.
> 
> 
> Tuan/Puan
> 
> Sukacita dimaklumkan KLINIK BERHENTI MEROKOK di HOSPITAL SELAYANG 
telah dibuka untuk orang awam / sesiapa sahaja yang ingin BERHENTI 
MEROKOK. Khidmat / kaunseling ini akan di berikan oleh Pegawai 
Pendidikan Kesihatan, Pembantu Perubatan atau Jururawat Terlatih yang 
bertugas dan ianya adalah percuma untuk sesiapa sahaja. Klinik kami 
dibuka setiap hari Rabu 2.30 petang hingga 5 petang. Hubungi 03-
61203233 sambungan 3155 / 3158 untuk temujanji.
> 
> 
> 
>             Hari      : Setiap Hari Rabu ( mulai 3 Mei 2006)
> 
>             Masa    : 2.30 petang hingga 5.00 petang
> 
>             Tempat : Pusat Sumber Promosi Kesihatan,
> 
>                           Aras 3 Klinik Pakar, Hospital Selayang.
> 
> 
> 
> Sehubungan itu, mereka yang ingin mendapatkan kaunseling dan 
berhasrat untuk berhenti merokok, dijemput datang atau menghubungi 
pihak kami untuk mendapatkan tarikh temujanji.
> 
> 
> 
> Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
> 
> 
> 
> 'Practise A Healthy Lifestyle'
> 
> 
> 
> Syahril Rizal Abd Kadir
> 
> 
> 
> Medical Assistant
> 
> Health Education Dept
> 
> Hospital Selayang
> 
> 
> 
> 03-61203233 Ext 3155
> 
> 
> -----Original Message-----
> From: hidayahnet@yahoogroups.com 
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of "ALIAS JAWAHIR"
> Sent: 28/06/2006 9:30 AM
> To: Ikhwanul Muslimun
> Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Budaya Atau Agama?
> 
> Assalammualaikum...
> 
> Saya rasa tabiat merokok patut dihentikan...baik pada seorang 
perempuan mahu pun seorang lelaki.
> 
> Kebanyakkan orang kita....pemikiran mereka dah dikelirukan oleh 
musuh2 ISLAM. Yang buruk dikatakan baik..manakala yang baik dikatakan 
sebaliknya.
> 
> Mendedah aurat tu kan tak baik....tapi MEROKOK TU BAIK KE?...kalau 
baik..
> 
> TOLONG SENARAIKAN KEBAIKAN MEROKOK.....kalau dapat 2 
kebaikan ....teruskan lah
> 
> Kalau tak.....baik tinggalkan saja tabiat tu.
> 
> 
> :- bekas perokok
> 
> >>> ruzaihan.junit 6/22/2006 12:58:34 PM >>>
> Assalamualaikum warahmatullah*
> 
> Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi 
bahawa tiada Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada 
sekutu bagiNya dan aku bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  
hamba  dan pesuruhNya. Selawat berserta  salam buat junjungan mulia 
Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji  dan  menjadi ikutan 
selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari 
kita.
> 
> Bismillahir Rahmanir Raheem*
> 
> Semalam petang, ketika berborak dengan teman², tiba² terkeluar 
cerita tentang wanita yang merokok. Entah saya sendiri tidak berapa 
ingat bagaimana topik ini terkeluar tetapi ia kemudiannya 
menjadi 'tajuk perbahasan yang hangat' di situ. Masing² dengan cara 
sendiri. Tetapi secara keseluruhannya, kemsemua yang ada menyelar 
perbuatan itu (walaupun kami sendiri adalah perokok).
> 
> Yang seronoknya apabila ada seorang yang berkata wanita atau 
perempuan yang melakukan perbuatan itu seakan tidak tahu malu. 
Kutukan demi kutukan terkeluar yang kemudiannya disambut dengan gelak 
ketawa. Terkadang hinaan yang dikeluarkan agak memedihkan. Mujurlah, 
Alhamdulillah, di kalangan ahli keluarga saya yang perempuan tidak 
ada yang merokok.
> 
> Kemudian ada seseorang yang menyebut tentang senario di ibu pejabat 
kami di Kuala Lumpur. Katanya, di sana keadaan perempuan menghidap 
rokok adalah suatu kebiasaan. Tidak ada apa yang hendak dipelikkan. 
Malah terdapat seorang perempuan yang agak berusia, bertudung dan 
berbaju kurung tetapi sering kelihatan berada dan menghisap rokok di 
smoking area.
> 
> Masing² menggeleng kepala. Ternyata mereka amat malu dengan 
tindakan perempuan bertudung yang merokok itu. Rasanya sentimen 
terkuat mereka untuk berasa malu adalah kerana wanita itu seorang 
Melayu. Kerana hampir kesemuanya menyuarakan bahawa merokok bukan 
amalan wanita Melayu. Dan kata mereka, merokok biasa dikaitkan dengan 
wanita jalang atau pelacur.
> 
> Saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan itu. Juga kenyataan 
bahawa rokok adalah pembunuh. Kerana nenek saudara saya, yang 
pastinya seorang wanita adalah seorang perokok tegar. Beliau tidak 
jalang, bukan pelacur malah adalah seorang perempuan kampung yang 
baik. Tetapi beliau telah meninggal dunia lebih kurang lima tahun 
yang lepas, pada usia 104 tahun akibat penyakit tua, bukan barah.
> 
> Baiklah, itu bukan isunya di sini. Yang menjadi isu ialah perbuatan 
merokok oleh perempuan bertudung itu tadi. Apa pendapat anda? Secara 
peribadi, saya tidak bersetuju jika wanita itu dikatakan memalukan. 
Namun saya tidak mengatakan perbuatan merokok itu baik. Tidak. Cuma 
jika hendak 'dijijikkan'
> wanita itu semata² atas satu amalan 'sekecil' itu adalah tidak 
wajar.
> 
> Fatwa telah dikeluarkan dan merokok dihukumkan sebagai makruh. 
Walaupun ianya makruh yang menghampiri haram, namun makruh tetap 
makruh. Jadi, apakah logik untuk kita keji seorang yang melakukan 
perbuatan yang setakat makruh dengan kejian yang lebih menghinakan 
dari seorang yang lain yang tidak melakukan perbuatan makruh tersebut 
tetapi melakukan perbuatan yang haram pula?
> 
> Sebagai contoh, perbuatan merokok, larangannya tidak disebutkan di 
dalam al-Quran yang merupakan qalam Allah. Tetapi perbuatan menutup 
aurah dituntut secara terang di dalamnya. Begitu juga perbuatan 
menghampiri zina, pengambilan untung yang berlebihan dan riba serta 
banyak lagi perbuatan² yang Allah sebutkan sebagai menzalimi Allah 
dan diri mereka sendiri.
> 
> Yang peliknya, orang kita tidak pula merasa malu apabila melihat 
kaum mereka melakukan perbuatan sebegini. Malah, pendedah aurah 
seperti beberapa penyanyi popular dipuja dan disanjung. Inilah yang 
saya lihat sebagai songsang. Kerana wanita bertudung yang merokok 
dipandang hina manakala wanita yang tidak merokok tetap dipandang 
mulia walaupun sebenarnya menafikan perintah Allah.
> 
> Mengapa kita tidak sibuk untuk berapa malu apabila melihat seorang 
wanita Melayu mendedahkan rambut dan lehernya serta bentuk buah 
dadanya (walaupun berbaju kurung)? Mengapa kita tidak malu melihat 
pasangan muda yang dilahirkan dalam keluarga muslim dan belum 
berkahwin berjalan berpimpinan tangan dan berpeluk² di depan 
khalayak? Malah kita boleh pula anggap sebagai trend masa kini.
> 
> Itulah, berjuang pada perkara yang tidak betul. Paksinya sudah 
tepat, menggalakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Namun 
perkaranya yang salah. Memang elok jika kita bertindak menggalakkan 
orang berhenti merokok (bukan mencemuh perokok). Tetapi mengapa mesti 
ditekankan perkara ini dan dalam masa yang sama terus sahaja 
membiarkan perkara mungkar yang lain berleluasa?
> 
> Apakah kita sebenar seorang pejuang agama atau lebih kepada pejuang 
bangsa?
> Apakah kita sebenarnya lebih sedih melihat seorang meninggalkan 
nilai budayanya sedangkan yang meninggalkan nilai iman tidak 
menjanakan apa² rasa kecewa dalam jiwa kita? Mungkin kerana itu kita 
terlalu berminat dengan permainan makyung dan bertindak 
mempertahankannya walaupun ianya melencongkan aqidah...
> 
> Hari ini, seorang penyanyi wanita yang togel kepala dan dadanya 
digelar sebagai penyanyi yang bersopan. Sedangkan seorang penyanyi 
wanita lain yang bertudung sering pula diejek dan dicemuh kerana 
dikatakan kuat bahkan sering dilihat terkangkang² ketika menyanyi. 
Ada yang jelas mengatakan itu memalukan kerana tidak melihatkan ciri 
kesopanan wanita timur.
> 
> Pada hakikat keduanya adalah sama. Keduanya memang memalukan. 
Kerana si penyanyi yang mendedahkan aurah sememangnya terang salah 
manakala si penyanyi yang bertudung pula mengalunkan suaranya dengan 
alunan yang mendayu bagi menarik perhatian orang juga satu kesalahan. 
Hanya yang tidak sedapnya, penyanyi yang tidak bertudung itu dianggap 
lebih sopan?
> 
> Apa sebenarnya yang dikatakan sopan? Mungkin boleh kita sebut 
seorang nyah yang berlemah lembut dalam berbuat sesuatu kita katakan 
sebagai sopan? Demi Allah tidak! Nyah tetap nyah. Biarlah selembut 
manapun dia tetap biadap kerana menolak ciptaan dan ketentuan Yang 
Maha Pencipta dan Maha Menentukan. Jika begitu, mengapa hendak 
dikaitkan pendedah aurah dengan sifat sopan?
> 
> Mana yang lebih utama? Mentaati tatasusila kesopanan Melayu atau 
mentaati perintah Yang Maha Menciptakan? Fikirkanlah. Mungkin benar 
wanita yang merokok kelihatan jelik. Tetapi sebenarnya wanita yang 
mendedahkan aurah adalah jauh lebih jelik. Jika hendak amr-bil-
ma'ruf, nahi-'anil-mungkar, sebolehnya biarlah paksi yang sebenarnya. 
Janganlah, yang menangkap ayam di hutan kita penjarakan tetapi yang 
mencuri kesemua harta orang kampung kita biarkan.....
> 
> Sekian  buat  kali.  Segala yang baik datang dari Allah dan yang 
tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.
> 
> Wabillahitaufiq walhidayah.
> 
> Wassalamualaikum warahmatullah*
> 
> -Abu Naqibah-
> 
> Komen  dan  kritikan  membina dialu2kan. Email saya di 
[EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/
> 
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------
~--> Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email 
design.
> http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
> --------------------------------------------------------------------
~->
> 
> --------------------------------------------------------------------
------
> 
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and 
do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless 
sanctioned or approved otherwise.
> 
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to 
get a daily digest of emails by logging-on to 
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or 
email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".
> 
> --------------------------------------------------------------------
------
> 
> Recommended sites:
> Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
> Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
> Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
> Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
> Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
> Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
> The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
> Yahoo! Groups Links
> 
> 
> 
> 
> 
> DISCLAIMER:
> 
> This e-mail (including any attachments) may contain confidential 
information. If you are not the intended recipient, you are hereby 
notified that any review, distribution, printing, copying or use of 
this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail 
in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and 
delete the original message. Opinions, conclusions and other 
information in this e-mail that do not relate to the official 
business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa 
Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by 
Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no 
responsibility for the same. All liability arising from or in 
connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded 
to the fullest extent permitted by law.
> 
> 
> 
> 
> 
> ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------
~--> Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email 
design.
> http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
> --------------------------------------------------------------------
~->
> 
> --------------------------------------------------------------------
------
> 
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and 
do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless 
sanctioned or approved otherwise.
> 
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to 
get a daily digest of emails by logging-on to 
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or 
email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".
> 
> --------------------------------------------------------------------
------
> 
> Recommended sites:
> Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
> Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
> Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
> Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
> Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
> Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
> The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
> Yahoo! Groups Links
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> /-------------------------------------------------------------------
--------\
> 
> Confidential and/ or privileged information may be contained in this
> e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you 
are
> not the addressee indicated in this Message (or responsible for
> delivery of this Message to such person),you are hereby notified 
that
> any dissemination, distribution, printing or copying of this 
Message or
> any part thereof is prohibited. Please delete this Message if 
received
> in  error and advise the sender by return e-mail. Opinions, 
conclusions
> and other information in this Message that do not relate to the
> official business of this company shall be understood as neither 
given
> nor endorsed by this company.
> 
> This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn 
Bhd)
> *Scanner Engine powered by Norman Virus Control
> 
> \-------------------------------------------------------------------
-------/
>










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Something is new at Yahoo! Groups.  Check out the enhanced email design.
http://us.click.yahoo.com/SISQkA/gOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to