Pada pendapat saya pihak berkuasa Indonesia juga bersekongkol dalam peyebaran majalah lucah dari US ini. Ini adalah kerana pihak berkuasa Indinesia tidak mengambil apa apa langkah untuk menyekat penyebaran majalah ini di Indonesia. Penguasa di Indonesia tidak lah boleh dikategorikan sebagai pemimpin Islam kerana mereka tidak berbuat apa apa dalam mencegah kemungkaran di dalam masyarakat mereka.

Rakyat Indonesia yang terdesak kerana agama mereka dipersendakan dan yang tidak punya apa apa kuasa mengambil tindakkan sendiri yang mendapat liputan negative dalam media massa perdana yang menunjukkan perbuatan ganas mereka merampas majalah Playboy dan membaling batu ke pejabat Playboy di Indonesia. Ini menguatkan lagi pendapat dunia bahawa Islam adalah agama yang ganas yang mengajar umatnya supaya berkelakuan ganas. Media massa perdana sebenarnya tidak pernah membincangkan tentang hal keadaan pemangkin yang meyebabkan kumpulan Islam ini mengambil tindakkan sendiri. Media perdana tidak mungkin akan membincangkan hal ini. Jka adapun nanti, isu lain akan dibangkitan seperti isu kemiskinan, taraf pelajaran ekonomi yang mendesak yang meyebabkan mereka bertindak "ganas".

Tapi yang paling meyedihkan saya ialah, tidak seperti di Iraq dan Afghanistan yang memerlukan berbilion bilion dollar untuk dibelanjakan dan juga nyawa soldadu mereka untuk memporakperandakan masyarakat dikedua dua negara itu, Di Indonesia, mereka hanya perlukan  sebuah majalah Playboy untuk memporakperandakan masyarakat Islam disana. Dengan hanya sebuah majalah, umat Islam diIndonesia telah bertelagah sesama sendiri dan lupa bahawa mereka sesama sendiri adalah umat Islam yang menghadapi ancaman para kafir dalam bentuk majallah Playboy. Mereka lupa untuk menyatukan diri mereka dalam menghadapi ancaman para kafir ini. Para pihak penguasa Indonesia juga asyik bermain dengan kuasa dan kekayaan yang ada pada mereka dan lupa tanggungjawab mereka kepada agama Islam, itu pun jika mereka berasa mereka berugama Islam.

Hanya pada Allah lah kita serahkan hal ini. Suatu hari nanti, Allah akan turunkan peyelamat bagi umat Islam diserata dunia yang akan memerangi para kafirun dimasa saja mereka berada. Maka dengan itu, persiapkan diri anda dan keluarga anda dalam menghadapi situasi ini.


>>> Sawayaka Hito  17/04/2006 13:15:56 >>>
Kemunculan Majalah terlaknat ni di bumi Islam wajib diperang habis2an... Keadaan yg berlaku di Indonesia bukan sahaja pemilik & penerbit majalah yg perlu dikecam, pemerintah & ketua pemerintah (saya rasa mmg penganut Islam) sendiri perlu dikecam... Jgnkan sikafir, kalau penganut Islam sendiri tak sensitif dgn kehendak Agama, mmg amat2 memalukan & menghinakan...
 
  Tapi itu di Indonesia. Di Malaysia sendiri yg belum ada majalahnya (hanya produk2 Majalah tersebut), etika rakyatnya (terutama si Hawanya) sudah layak menjadi cover-girl atau modelnya, apa ceritanya pula? Kejelekan yg sudah dan semakin berleluasa... Yg berkemban lain, yg bermini-skirt lain, yg berjeans terlondeh lain... Yg separuh bogel, yg ala-ala telanjang semua dah memenuhi kaca TV & kehidupan sehari2...
 
  Melayu yg Islam mmg mudah lupa & alpa. Jgn ingat kita tiada gempa bumi, gunung berapi, bala tidak akan menyunsung... Sedar2lah... Keingkaran anda mengancam keselamatan yg lain... bukan hanya anda shj yg akan terjebak.

p/s: Pernah terjumpa di klinik swasta. Anak2 memakai baju Melayu (siap bersongkok) & berbaju kurung, tapi mak ayah pakai baju nampak ketiak & berseluar pendek!!! Sungguh mengaibkan...

dunia-politik wrote:
          Playboy cetus kontroversi di alam Melayu  SELEPAS memasuki pasaran Indonesia Sabtu lalu, majalah Playboy telah mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Indonesia. Ramai yang menentangnya tetapi dalam masa yang sama ramai pula yang suka hingga keluaran sulung Playboy habis dijual dalam masa yang singkat.
  Walaupun tidak disukai kehadirannya dan kandungan majalah itu dilihat lebih "bersopan", Playboy sebenarnya telah berjaya "menakluki" Indonesia, sebuah negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.
  Apabila berasa umat Islam di negara ini seakan-akan sudah dicabar, organisasi-organisasi Islam termasuk kumpulan radikal seperti Barisan Pembebasan Islam (FPI) melancarkan "perang" terhadap penerbit majalah Playboy sehingga majalah itu ditarik balik.
  Rabu lalu lebih 200 anggota FPI menyerang dengan melontarkan batu ke pejabat pengarang Playboy di Jakarta Selatan selepas kumpulan itu membuat bantahan di ibu pejabat polis supaya permit majalah berkenaan ditarik balik.
  Malah FPI Bandung pula mendirikan pos-pos keselamatan dan mengumpul sukarelawan untuk "mengganyang" majalah pornografi berasal dari Amerika Syarikat itu.
  Anggota FPI telah merampas majalah Playboy di kedai-kedai dan membakarnya sebagai bantahan mereka terhadap kemasukan Playboy ke Indonesia.
  "Namanya (Playboy) sudah porno, apatah lagi isinya... "kata anggota kumpulan pembebasan Islam itu.
  Selain majalah Playboy, majalah dan tabloid lain yang memuatkan wanita-wanita bogel dan separuh bogel seperti FHM, Popular dan Matra yang sudah berada di pasaran juga menjadi sasaran.
  "Hentikan Playboy atau berperang" demikian bunyi amaran kumpulan itu terhadap penerbit Playboy.
  Kesediaan Inul Daratisa untuk berbogel di dalam majalah itu juga mendapat tentangan penunjuk perasaan apabila mereka berkumpul di hadapan rumah penyanyi itu baru-baru ini.
  Antara sepanduk yang dibawa berbunyi "Negbor aja Nul!!! jangan bugil''
  Di Surabaya, kehadiran majalah itu juga tidak disenangi masyarakat Islam apabila beberapa kumpulan merampas dan memusnah majalah itu selepas ia beredar di pasaran Sabtu lalu.
  Ancaman-ancaman itu menyebabkan sesetengah peniaga tidak berani menjual Playboy dan kesukaran untuk mendapatkannya menyebabkan harganya berlipat kali ganda.
  FPI menyifatkan penerbitan majalah itu telah melanggar peraturan kriminal dan tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat Islam.
  Pertubuhan agama Islam juga menyalahkan pemerintah dan polis kerana tidak menahan penerbitan majalah itu walaupun dibantah keras oleh kebanyakan masyarakat Indonesia sebelum ini.
  Bagaimanapun tindakan radikal organisasi agama itu yang menyerang pejabat Playboy dibidas kerana perbuatan itu tidak melambangkan toleransi dalam Islam bahkan menjerat tindakan mereka dalam kegiatan kriminal.
  Penerbit majalah itu pula tetap mempertahankannya kerana mendakwa Playboy versi Indonesia tidak melanggar peraturan, tidak menyiarkan wanita bogel seperti Playboy di Amerika dan Eropah, sebaliknya memenuhi cita rasa masyarakat dan budaya tempatan.
  Playboy telah mengambil kira pandangan tokoh budaya, menapis dengan teliti sebelum diterbitkan di samping mengawal penjualannya agar tidak dibeli oleh mereka yang berumur bawah 25 tahun.
  Ketua Pengarang Playboy Indonesia berkata, pihak penerbit tetap menghormati hak masyarakat untuk menyuarakan pandangan, tetapi berharap bantahan dilakukan dengan cara aman.
  Dewan media pula menyifatkan penerbit Playboy tidak melanggar peraturan kerana penerbit memenuhi janjinya tidak menyiarkan wanita telanjang bagi keluaran sulung majalah itu. Mereka yang menentang penerbitan itu diminta mengambil tindakan undang-undang dan bukan bertindak mengikut perasaan.
  Namun kehadiran Playboy menjelang beberapa hari sambutan Maulidur Rasul dilihat seperti telah dirancang.
  Ia hadir di tengah gelegak kemarahan umat Islam selepas penyiaran karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w. oleh sebuah akhbar Denmark kira-kira dua bulan lalu.
  Seperti juga amaran Gunung Merapi yang kini mula mendidih untuk memuntahkan lahar panas, kemarahan masyarakat Islam juga sukar dibendung dengan kehadiran majalah Playboy.
  Parah
  Pebagai pertubuhan Islam bimbang kehadiran majalah itu bukan sahaja akan merosakkan lagi akhlak generasi muda Islam di negara ini yang sudah pun dikatakan parah, tetapi akan mendorong lebih banyak majalah lucah tempatan diterbitkan.
  Kehadiran majalah itu juga mencetuskan isu baru ketika perbahasan hangat tentang pro dan kontra Rang Undang-Undang Akta Pornografi dan Pornoaksi (RU APP) untuk mengawal etika berpakaian, penerbitan, filem dan penyiaran yang bakal dibentangkan di dewan rakyat tidak lama lagi.
  Sebuah stesen radio tempatan yang mendakwa mendapat dukungan pelbagai pertubuhan wanita turut berkempen menentang rancangan undang-undang itu sedangkan pertubuhan agama Islam menyokong undang-undang itu dilaksanakan segera.
  "Apa salah dengan tubuh perempuan, tolak RU APP," demikian kempen yang dijalankan oleh stesen radio berkenaan. Pertubuhan wanita itu menolak undang-undang yang cuba mengatur cara kaum wanita berpakaian.
  Bagaimanapun apa yang menarik di dalam kontroversi RU APP dan kehadiran majalah Playboy itu, muncul artis dan model yang bersedia menawarkan diri untuk difoto bagi dimuatkan dalam majalah itu pada keluaran berikutnya.
  Malah model dan artis yang dipilih dalam majalah Playboy Indonesia edisi pertama itu menyatakan kebanggaan mereka muncul dalam majalah yang paling berprestij bagi golongan lelaki itu.
  Di tengah kontroversi isu Playboy Indonesia, sebuah stesen televisyen turut mengundang seorang model Indonesia yang pernah muncul dalam aksi bogel di majalah Playboy Sepanyol dalam satu program "Talk Show" untuk membicarakan tentang isu yang sedang panas itu.
  Bagaimanapun selepas pejabat Playboy diserang, pihak polis telah mengarah penerbit tidak menerbitkan lagi Playboy edisi kedua untuk sementara waktu bagi meredakan ketegangan yang berlaku.
  - MINGGUAN


     
---------------------------------
Yahoo! 360° NEW * Your one place to blog, create, publish & share!

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke