Seminar Pengurusan Fatwa Di Peringkat Asean

Tarikh :
16-17 Ogos 2005
  
Tempat :
Hotel Nikko, Kuala Lumpur

Yuran Penyertaan:
Rm450
(Yuran termasuk pendaftaran, beg seminar, kudapan, makan tengahari dan minum petang)

Pembentang: Antara pembentang yang akan membentangkan kertas kerja di seminar ini ialah:

LUAR NEGARA
Nama | Institusi | Negara
 
1. Prof. Dr. Ali Jum’ah | Mufti Mesir | Mesir
2. Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Butiyy | Universiti Damascus | Syria
3. Prof. Dr. Mustafa Dib Bugha | Universiti Damascus | Syria
4. Prof. Dr. Sadiq al-Ghiryaniyy | Universiti al-Fateh | Libya
5. K.H. Ma’ruf Amin | Majelis Ulama Indonesia | Indonesia
6. Tuan Haji Mohd Murat Md. Aris | Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) | Singapura
7. Prof. Dr. Sawito Rakio | UIN Syarif Hidyatullah, Jakarta | Indonesia
8. Prof. Dr. Hamid Barra | Mindanao State University | Filipina
9. S.S Okhna Hj. Kamarudin Yusuf | Mufti Kemboja | Kemboja

DALAM NEGARA
Nama | Institusi

1. Prof. Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid | Universiti Malaya
2. Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang | Universiti Malaya
3. SS Dato’ As-Sheikh Haji Nooh bin Gadot | Mufti Johor
4. Prof. Dr. Hj. Abdul Samat bin Musa | INFAD, KUIM
5. Puan Najwa Hayaati binti Mohd Alwi | KUIM
6. Dr. Uthman al-Muhammadiy | ISTAC, UIAM
7. Dato’ Dr. Abdul Munir Yaacob | SUHAKAM
8. Tuan Haji Wan Mohamad Haji Abd. Aziz | Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengenalan 
Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) bertekad untuk mengadakan perkongsian ilmu dan diskusi secara intelektual dengan ahli akademik yang tersohor dan pihak-pihak yang berkenaan daripada majlis fatwa dan mereka yang terlibat dengan institusi dan penyelidikan Fatwa dari dalam dan luar negara. Dalam menyahut seruan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi agar para mufti hendaklah ‘responsive’ di dalam mendepani isu-isu semasa yang berkaitan dengan masalah semasa umat Islam, INFAD mengambil inisiatif untuk mengetengahkan isu pengurusan fatwa di peringkat negara-negara ASEAN.
 
ASEAN yang terdiri daripada negara-negara yang terletak di Asia Tenggara dan bernaung di bawah pertubuhan ASEAN ini mempunyai kepadatan penduduk yang beragama Islam yang agak tinggi. INFAD berpandangan bahawa adalah penting untuk meningkatkan kesefahaman di rantau ini di dalam permasalahan serta isu-isu yang timbul daripada pengurusan fatwa. INFAD bercadang mengadakan ‘platform’ untuk sama-sama bermuzakarah dan berbincang tentang berbagai isu berkaitan fatwa, termasuklah cabaran pengeluaran fatwa, isu-isu pengurusan, governan dan aplikasi Informasi dan Teknologi (ICT) di dalam pentadbiran institusi fatwa.
 
Majalah rasmi    Penaja Bersama
 
Objektif 
Seminar Pengurusan Fatwa Peringkat ASEAN ini mempunyai beberapa objektif, antaranya:
  • Untuk meninjau peluang kerjasama penyelidikan dan perkongsian maklumat diantara negara-nergara ASEAN berkaitan berbagai-bagai aspek fatwa.
  • Untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan fatwa di peringkat ASEAN termasuk aspek pemantapan fatwa dan langkah memartabatkan institusi fatwa.
  • Menggalakkan persefahaman dari segi pandangan dan tindakan dalam menghadapi isu-isu globalisasi samaada di peringkat serantau dan antarabangsa.
  • Sebagai Forum untuk mengumpul cendekiawan dan ulama dari negara-negara ASEAN sebagai platform perbincangan mengenai isu-isu yang mempunyai kepentingan bersama.
  • Untuk memperkenal dan mempromosikan INFAD sebagai sebuah institut bertaraf dunia yang menjadi saluran bagi mendapatkan maklumat berhubung pengurusan dan penyelidikan fatwa sedunia sesuai dengan matlamat penubuhannya.

Tema/Topik: Tema seminar adalah seperti berikut:

  1. Dinamika Fatwa.
  2. Fatwa dan Masyarakat.
  3. Pengurusan Fatwa dan ICT.
  4. Fatwa dan Globalisasi.
  5. Pemartabatan Institusi fatwa.
  6. Antara tajuk-tajuk bagi setiap tema adalah seperti berikut:

1.      Dinamika Fatwa
-       Konsep dan hubungan ijtihad dan fatwa dalam perkembangan hukum Islam
-       Kaedah dan adab mengeluarkan fatwa di kalangan ulamak.
-       Peranan “Maqasid Shariah” dalam pengeluaran fatwa: skop dan batasan.

2.      Fatwa dan Masyarakat
-       Kepentingan dan implikasi fatwa terhadap masyarakat.
-       Penerimaan dan penguatkuasaan fatwa di kalangan masyarakat Islam.
-       Ke arah penyelarasan fatwa: masalah, kemungkinan dan cara penyelesaian.

3.      Pengurusan Fatwa dan ICT
-       Penggunaan ICT dalam proses pengeluaran dan penyebaran fatwa; keperluan dan implikasi.
-       Pengurusan fatwa; pengalaman di negara-negara ASEAN.

4.      Fatwa dan Globalisasi
-       Fatwa dan cabaran globalisasi
-       Fatwa dan penyelesaian isu-isu semasa dunia
-       Fatwa dan pandangan negatif terhadap Islam.

5.      Pemartabatan Institusi fatwa
-       Kelayakan dan kepentingan Penyelidikan dalam pengeluaran fatwa
-       Kepelbagaian fatwa; kekuatan atau kelemahan? Dan cara menanganinya.
-       Ke arah memartabatkan institusi Ijtihad dan fatwa; Masalah dan Kemungkinan.

Peserta Sasaran 
Kumpulan sasar peserta (dalam dan luar Malaysia) adalah seperti berikut:

  • Mufti-Mufti (dalam dan luar Malaysia).
  • Ahli-ahli Majlis Fatwa
  • Pegawai-pegawai di jabatan Mufti.
  • Ahli akademik.
  • Wakil-wakil Jabatan Agama dan Jabatan Kehakiman Syarie.
  • Pegawai-pegawai penyelidik/Syariah di agensi-agensi kerajaan dan swasta.
  • Pelajar-pelajar pra-siswazah dan siswazah IPTA/IPTS.
  • Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
  • Penyelidik dan individu yang berminat.

Hubungi Kami

Sekretariat, 
Seminar Pengurusan Fatwa di Negara-Negara ASEAN
 
INFAD, KUIM, Tingkat 10, Menara A, Persiaran MPAJ 
Jalan Pandan Utama,Pandan Indah 
Kuala Lumpur, Malaysia, 55100 
03-4289 2285/2235/2023 
03-4289 2234 

Tim. Pengarah: Dr. Adel M. Abdul Aziz (03-42892030/017-3817857)
Setiausaha: En. Irwan Mohd Subri (03-42892023/013-3543594)
Setiausaha kerja: En. Md. Ishah Rahman (03-42892235)

Email- [EMAIL PROTECTED]

Hiperangkai

Dari senarai di bawah ini sila pilih kategori, kemudian klik URL website yang ingin dikunjungi.
 


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke