Setiap kali menjelang pilihanraya di Malaysia ini baik
pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil, yang
sering menjadi tumpuan parti-parti yang bertanding dan
para pengundi ialah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
(SPR).

Sering menjadi mangsa ketidakpuasan parti-parti yang
bertanding ialah SPR. Pegawai-pegawai SPR baik yang
tetap mahupun yang kontrak yang bertugas semasa
pilihanraya akan menjadi tumpuan para pengundi dan
wakil parti-parti politik apabila berlaku kekecohan.

Sebagai sebuah badan yang bermotokan Cekap dan Telus
untuk mengekalkan kredibiliti mereka dalam menjalankan
pilihanraya bebas dalam sebuah negara yang mengamalkan
prinsip demokrasi SPR sewajarnya sentiasa dari masa ke
semasa mengadakan satu sistem pilihanraya yang terbaik
(Fool Proof) untuk mengelakkan sebarang bentuk
kesilapan yang tidak disengajakan mahupun kesilapan
yang disengajakan oleh petugas mahupun penyokong
parti-parti yang bertanding.

Isu pengundi hantu telah lama diperkatakan namun tiada
sebarang bukti kukuh yang pernah dibawa ke muka
pengadilan, walaupun sebelum ini terdapat bukti adanya
sindiket yang memalsukan Kad Pengenalan mahupun Mykad
untuk tujuan tertentu yang bukannya bertujuan untuk
mewujudkan pengundi hantu.

Apakah terdapat kelemahan (Loop Holes) dalam sistem
pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sekarang ini ?
Sekiranya ada pihak tertentu yang ingin memenangkan
kawan mereka yang bertanding sebagai calon baik
daripada parti pemerintah mahupun daripada parti
pembangkang bolehkah mereka melakukannya ?

Jawapannya , ya memang terdapat kelemahannya.
Berdasarkan kepada pengalaman saya semasa mengundi
dalam pilihanraya umum tahun 2004 yang lalu saya telah
mendapati terdapat beberapa kelemahan. Apabila saya
menyerahkan Mykad saya kepada petugas SPR untuk
mengambil kertas undi , petugas tersebut hanya
memandang ke senarai daftar pemilih dan terus
memberikan saya kertas undi. Petugas SPR tadi tidak
memandang saya, dan wakil-wakil parti yang menjadi
pemerhati dalam tempat mengundi pun tidak mengenali
saya. Dalam hati saya sekiranya saya menyuruh sahabat
saya mengundi bagi pihak saya, tiada siapa yang akan
mengetahuinya, Tiada sistem diwujudkan dalam
pilihanraya untuk mempastikan mereka yang mengundi
adalah sama dengan mereka yang membawa Mykad.

Kelemahan ini berlaku dalam sistem Lembaga Urusan
Tabung Haji sebelum ini. Masih ingatkah kita beberapa
kes pengeluaran Tabung Haji oleh individu tertentu
daripada akaun orang lain sebelum ini ? Malah ianya
membabitkan jutaan ringgit. Jika kita pergi ke Tabung
Haji sekarang ini, setiap kaunter ada disediakan mesin
membaca data Mykad dan mesin imbasan cap jari.
Kedua-dua ini akan digunakan sebagai pengesahan kepada
mana-mana individu yang ingin mengeluarkan tabungan
mereka.

Menggunakan mesin membaca data Mykad dan mesin imbasan
cap jari semasa proses pengundian dalam pilihanraya
adalah merupakan tindakan yang wajar untuk mengelakkan
sebarang penipuan di samping memudahkan urusan
petugas-petugas SPR untuk menyemak daftar pemilih.

Menggunakan mesin membaca data Mykad dan mesin imbasan
cap jari adalah merupakan kaedah terkini untuk
mengesahkan daftar pengundi. Malah ianya boleh
diperkukuhkan lagi dengan kaedah konvensional yang
diamalkan dibeberapa negara luar iaitu dengan mengecop
pada belakang tapak tangan mereka yang telah mengundi
dengan dakwat yang sukar untuk dihilangkan dalam
tempoh sehari.

Tahap teknologi yang digunakan oleh SPR sekarang ini
ada kalanya tidak menggambarkan mereka seiring dengan
kehendak kerajaan menuju wawasan 2020 dengan
menggunakan segala kemudahan teknologi maklumat.

Baru-baru ini saya menghadiri satu taklimat yang
dikendalikan oleh SPR. SPR sebagai sebuah badan yang
dianggap begitu penting tidak menggunakan kemudahan
teknologi maklumat dalam operasi mereka. Sesi taklimat
SPR dikendalikan dengan menggunakan projektor yang
“out dated’ iaitu menggunakan “transparency” ,
sedangkan di sekolah rendah pun sekarang ini mereka
telah menggunakan “Lap Top” dan “Digital Projector”.
Sekiranya dalam operasi harian SPR mereka menggunakan
teknologi yang lama, bagaimana mereka hendak
meyakinkan rakyat mereka mengikuti perkembangan semasa
dalam mengendalikan pilihanraya.

Malah dalam taklimat tersebut SPR membangkitkan isu
utama iaitu kurangnya kesedaran orang ramai untuk
mendaftar menjadi pengundi. Mengapakah tidak
diwujudkan hubungan rangkaian antara sistem maklumat
SPR dan sistem maklumat Jabatan Pendaftaran Negara
agar semua warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun
ke atas secara otomatiknya akan didaftarkan dalam
senarai daftar pemilih, atau mereka yang telah
meninggal dunia dikeluarkan dari daftar pemilih
tersebut ? Dengan ini akan menjimatkan masa
pegawai-pegawai SPR untuk mencari pengundi-pengundi
baru atau untuk mengeluarkan nama pengundi-pengundi
yang telah meninggal dunia. Malah rangkaian maklumat
ini boleh disambungkan dengan beberapa agensi lain
seperti Tentera, Polis dan Kedutaan Malaysia di luar
negara untuk mengemaskinikan daftar pengundi-pengundi
pos.

Oleh itu SPR dari masa ke semasa haruslah
mempertingkatkan kecekapan dan ketelusan mereka untuk
mengelakkan sebarang ruang untuk pihak tertentu
membuat sebarang tuduhan terhadap mereka disamping itu
dapat menjaga kebajikan petugas-petugas SPR agar
mereka dapat menjalankan tugas dengan tenang sewaktu
pilihanraya.

Rozmal bin Malakan 
Taman Alamanda, Senawang, NS


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke