Tak mungkin jual aset, pecat kakitangan melainkan dengan restu kerajaan - Kadir PDF Cetak
Thu | Apr 27, 06 | 05:12:31 PM
Oleh Abu Bakar Rahman
KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Mereka yang mengurus dan mengendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak mungin berani menjual aset dengan harga satu Euro atau memecat 6,000 kakitangan melainkan dengan restu kerajaan, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Dato' Kadir Jasin dalam blognya: www.akadirjasin.com.
 
Berbeza dengan pendekatan ketika mula ditubuhkan dahulu, kata beliau, apa yang dilakukan oleh GLC dan syarikat-syarikat yang sebahagiannya berkaitan kerajaan (PLC) pada masa ini ialah semata-mata menekankan keuntungan.
"Apa yang dilakukan oleh GLC dan PLC hari ini, seperti membuang pekerja, mengurangkan jumlah vendor dan pembekal, mengetepikan polisi membantu bumiputera dan hanya memberi tumpuan kepada membuat untung, adalah akibat dari polisi tersebut (yang semata-mata menekankan keuntungan)," katanya.
 
Dengan menekankan kepada membuat untung semata-mata, GLC pada pandangan Kadir mengalami transformasi dari entiti ekonomi kepada entiti pasaran.
 
Beliau menceritakan, bermula dari zaman Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, ketika kerajaan dengan bersungguh-sungguh menggalakkan penubuhan agensi dan syarikat berasaskan saham amanah, tujuannya bukan semata-mata untuk terlibat dengan perniagaan.
"Pertimbangan yang lebih penting ialah untuk memberi khidmat dan menaikkan taraf bumiputera yang terbiar dan tertinggal melalui suntikan modal, latihan dan memberikan pekerjaan, mewujudkan golongan usahawan bumiputera dan juga menyediakan platform bagi usahasama yang lebih berkesan antara bumiputera dan bukan bumiputera," Kadir yang mula terlibat dengan dunia kewartawanan pada tahun 1969 menjelaskan.
 
Hanya kira-kira setahun atau dua tahun lalu barulah agensi dan syarikat berasaskan saham amanah ini diletakkan pada kedudukan yang sama dengan syarikat-syarikat biasa yang berasaskan keuntungan di mana indeks prestasi dijadikan ukuran, katanya.
 
Dengan penekanan kepada keuntungan semata-mata, katanya, "membuang pekerja, menamatkan perkhidmatan vendor, membuang dan menjual aset dan mengetepikan polisi membantu bumiputera diletakkan sebagai bahagian yang fundamental kepada amalan pengurusan yang baik"
 
Lantaran itu, kata Kadir lagi, adalah tidak adil untuk menyalahkan pengurusan GLC semata-mata kerana mereka hanya melaksanakan apa yang ditekankan oleh pemegang saham majoriti.
 
 
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv


Switch an email account to Yahoo! Mail, you could win FIFA World Cup tickets.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke