Tubuh Suruhanjaya Kedaulatan Negara siasat dakwaan Mahathir PDF Cetak
Thu | Jun 08, 06 | 05:20:56 PM
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Sebuah Suruhanjaya Kedaulatan Negara mesti ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan, dakwaan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak) Mahfuz Omar mengesyorkan perkara itu ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengulas perkembangan isu kritikan keras Mahathir terhadap Abdullah.

"Itu hak Tun untuk mengkritik dan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia yang melihat kelemahan pentadbiran Abdullah," katanya yang dihubungi di Alor Star.

Beliau juga menyatakan bahawa suruhanjaya terbabit mesti menyiasat segala pendedahan Tun Mahathir terhadap kepimpinan dan pentadbiran kerajaan selama ini seperti masalah permit import (AP), isu Proton, penjualan Augusta, jambatan 'bengkok', penjualan syarikat dan pasir negara kepada Singapura yang jelas melibatkan kepentingan dan kedaulatan negara.

Katanya lagi, kritikan Mahathir mestilah dilihat sebagai seorang yang berpengalaman selama 22 tahun mentadbir negara dan rakyat wajar menganggapnya sebagai satu 'suntikan keberanian' untuk menegur kerajaan.

"Tetapi, Tun tidak perlu mengkritik Abdullah kerana sentimen peribadi dan emosi kerana kecewa diperlekehkan, 'tikam belakang' dan 'tidak mengenang budi', sebab Tun patut sedia maklum akan sikap 'anak didiknya'itu dan beliau juga pernah 'mendidik' mereka bersikap begitu," katanya.

"Kalau dahulu Mahathir, kini giliran Najib dan menteri Kabinet pula cuba membodek dan memenangi hati Abdullah demi menjaga kedudukan mereka walaupun Perdana Menteri banyak melakukan kesilapan yang merugikan rakyat," katanya.


Jangan dewa-dewakan Mahathir, kata Azmin Ali PDF Cetak
Thu | Jun 08, 06 | 05:35:56 PM
Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengingatkan pimpinan Barisan Alternatif (BA) dan rakyat jelata tidak terperangkap dalam isu pertelagahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan jangan sekali-kali mendewa-dewakan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau mendakwa, apa yang jelas, isu tersebut ialah soal kreadibiliti yang mana kedua-dua pemimpin itu tidak berminat untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

"Saya lihat serangan Mahathir bersifat peribadi dan dendam kepada Abdullah. Oleh itu saya meminta rakyat jangan terperangkap dengan serangan Mahathir yang tidak diasaskan kepada kreadibiliti."

"Apa yang dikecam Mahathir terhadap Abdullah juga menjadi amalan beliau semasa memerintah negara sebelum ini. Pemerintahan Mahathir pun sama juga mengamalkan kronisme, nepotisme, rasuah dan perkara negatif lain, jadi mengapa beliau serang Abdullah di atas perkara yang sama dilakukannya," dakwanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dalam satu sidang akhbar di ibu kota semalam Mahathir dipetik mengecam kepimpinan Abdullah.

Beliau mendakwa Abdullah telah melanggar janji untuk meneruskan keputusan yang dibuat oleh pentadbirannya sebelum ini.

Antaranya ialah mengenai soal jambatan bagi menggantikan Tambak Johor, kedudukan kereta nasional Proton, pembangunan Putrajaya dan dasar kewangan serta ekonomi negara.

Oleh itu Azmin berkata, jangan sekali-kalai pemimpin BA mahupun rakyat mendewa-dewakan Mahathir sehingga ghairah untuk meletakkan Mahathir sebagai Ketua Pembangkang Negara dan penghormatan lain.

Menurutnya jika ini berlaku ia menunjukkan BA dan rakyat terperangkap dalam isu dalaman Umno.

Katanya, jangan mengukur Mahathir sebagai pemimpin Umno yang berani mengkritik kerajaan itu adalah orang yang bersih dan bertanggungjawab.

"Beliau dikenali sebagai pemimpin yang rakus rasuah dan serangan beliau terhadap Abdullah tidak boleh bersihkan namanya walaupun beliau cuba menutup kesalahan dan juga mengalihkan pandangan rakyat mengenai apa yang dilakukan beliau," dakwanya sambil sekali lagi mengingatkan rakyat tidak mendewakan Mahathir.

Sehubungan itu dakwanya, tidak ada langsung pengisian Umno dalam mengatasi masalah-masalah besar negara seperti ekonomi, keselamatan, pelaburan asing, dan sosial.

"Ini yang sepatut menjadi tangungjawab pemimpin BA untuk mencari jalan penyelesaian bukan membuang masa berbicara masalah dalaman Umno," katanya.

Email: [EMAIL PROTECTED]
Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke