Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
& orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

Beberapa minggu yang lepas saya berpeluang ke Markaz Tabligh Kempas, Johor
Bahru bersama abang saya. Tujuan kami adalah untuk berjemaah Maghrib dan
Isyak di sana sambil mengmbil pengajaran dari sessi bayan yang diselitkan
antara kedua waktu tersebut. Maka pergilah kami berdua menaiki Perodua Rusa
Abang saya dengan lengkap berpakaian sebagaimana lazimnya orang hendak ke
masjid.

Tiba di suatu simpang lampu merah, kami terpaksa beratur seperti mana orang
lain. Di tepi jalan kelihatan seorang pemuda yang kelihatan seperti
berbangsa India sedang mengangkat potongan kertas2 kecil sambil berteriak
"Mapipo! Mapipo!". Jika di KL, rasanya mapipo lebih dikenali dengan mapiau.
Bila tiba di sebelah Rusa abang saya pun, dia mengangkat2 kertasnya seolah2
bertanya adakah kami mahu membelinya.

Melihatkan kami diam, dia meneruskan perjalanannya ke kenderaan yang di
belakang. Dapat saya perhatikan abang saya mengekori langkah si penjual
tadi dengan ekor matanya. Seketika kemudian abang saya menoleh kepada saya
seraya berkata "Kita dah pakai macam ni pun dia masih nak jual? Agaknya
kenapa?" Saya hanya tersenyum. Tak terfikir pula soalan sebegini.

Saya katakan, mungkin kerana sebelum ini pernah ada orang yang berpakaian
seperti kami membeli mapipo daripadanya. "Mungkin," katanya. "Tapi bagi
abang sebenarnya sebab Nur Allah tidak ada dalam pada muka kita." Apa
pulak... Getus hati saya. Kita orang Islam. Kita solah, puasa dan bermacam2
amalan lain. Kenapa pula tidak ada Nur Allah? Saya mendiamkan diri sebagai
menghormati pendapatnya.

Bayan di malam itu memang cukup hebat. Rasanya semuanya tepat ke atas muka
saya walaupun si pemberi bayan lebih bermaksud tentang dirinya sendiri.
Antara lain dalam bayan tersebut banyak menyentuh tentang letaknya kalimah
'Laailaha illallah' dalam diri kita. Kebanyakan kita meletakkan kalimah itu
di mulut. Bukan di hati. Maka kerana itu tidak terbit cahayanya pada wajah
kita.

Katanya, orang yang dalam hatinya ada kalimah tersebut, wajahnya akan
mendatangkan kedamaian. Sesiapa yang di dalam hatinya ada Allah, maka
wajahnya akan mengingatkan orang kepada Allah. Jika orang hendak berbuat
dosa, tatkala terpandang wajahnya, akan terbantutlah niat orang itu tadi.
Begitu juga, orang yang belum solat misalnya, akan teringat akan solat yang
ditinggalkannya apabila melihat wajah orang yang hatinya ada Allah...

Beberapa hari kemudian saya dipanggil berkursus di Subang Jaya. Seperti
biasa, saya akan menaiki bas ekspress dari JB dan turun di Puduraya. Begitu
juga ketika pulang. Saya biasanya akan balik melalui Puduraya. Alang2
sampai ke Puduraya, saya selalunya akan mengambil peluang meronda2 Petaling
Street (PS). Entah mengapa, suka sangat rasanya saya ke sana walaupun belum
pernah lagi saya beli apa2 di sana selama ini.

Sampai2 sahaja ke PS, seorang pemuda Cina menegur saya. "Bang!  Mau ka?
Blue pun ada bang. Melayu punya..." Saya cuma mengangkat tangan tanda
menolak. Kemudian seorang lagi. Tetapi kali ini pemuda Melayu. Saya tenung
mukanya. Dia masih boleh buat selamba. Hm... Terfikir saya. Pernahkah orang
seperti saya membeli VCD lucah dengan penyangak2 ini?

Lantas saya teringat kata2 abang saya. Kerana Nur Allah tidak ada pada
wajah saya. Apabila saya ke tandas kemudiannya, saya membelek wajah saya di
cermin. Hm... Masih tidak kelihatan seperti muslim sejatikah aku ini? Saya
bertanya kepada diri sendiri. Mengapa ya? Mengapa ada orang yang masih
ingin menjual VCD lucah kepada saya? Kalau Cina masih boleh difahami.
Tetapi orang Melayu...

Akhirnya saya terima kata2 abang saya. Saya percaya pada wajah saya tidak
ada serinya seperti wajah para sahabat yang benar2 meyakini kalimah
'Laailaha illallah' itu. Teringat saya pada suatu kisah. Di zaman para
sahabat, orang2 kafir dan yahudi amat2 patuh kepada Amirul Mukminin.
Apabila tiba masa pungutan cukai, para sahabat datang dengan pakaian yang
bertampal di sana sini.

Akan tetapi orang kafir dan yahudi amat menghormati mereka. Mereka
melambakkan harta di depan rumah mereka sambil berkata "Ambillah mana2 hak
Allah." Setelah mengambil seberapa banyak yang patut, mereka pun pulang.
Selepas masa silih berganti, para sahabat diganti dengan para tabien.
Ketika ini kerajaan Islam benar2 utuh dan mewah. Tentera Islam telah
berpakaian besi.

Namun, apabila mereka menghampiri orang kafir dan yahudi ini, mereka (para
kafir dan yahudi) bertanya "Di manakah orang yang pakaiannya bertampal yang
datang mengutip cukai dahulu?" Tentera itu menjawab "Mereka semua telah
mati". "Pergilah! Tidak ada cukai untuk kamu. Dan tunggulah sehingga nanti
kami akan perangi kamu!" Begitu balasan orang kafir dan yahudi kepada
tentera Islam tersebut.

Inilah sebenarnya. Gentarnya musuh Islam terhadap muslim bukanlah kepada
kebendaan yang kita ada. Sebaliknya mereka gentar dengan ketaqwaan yang
wujud dari dalam. Kerana ketaqwaan itulah yang memancarkan Nur Allah pada
muka orang yang memilikinya. Dan Nur Allah inilah yang akan menerangi
setiap jalan yang gelap dan membuatkan musuh2 Islam dan orang2 munafiq
tunduk melihatnya.

Namun, hendak meletakkan kalimah Laailaha illallah di dalam hati bukanlah
semudah yang disangka. Cukupkah dengan bersolat 5 waktu sehari semalam,
puasa di bulan Ramadhan, berzakat dan naik haji membolehkan kalimah
Laailaha illallah itu melekat dalam hati? Sesungguhnya tidak! Soal ini
bukan soal ibadah semata2. Ini soal percaya. Ini soal yakin. Sejauh mana
yakinnya kita kepada apa yang kita yakini.

Memang mudah untuk kita, apabila berlaku satu2 bencana, katakan ini semua
ketentuan Allah. Tetapi sejauh manakah hati kita mampu terima itu ketentuan
Allah? Benarkah kita mampu untuk tidak mengeluh apabila berlaku satu2
kesusahan dalam hidup kita? Anda pasti? Berani saya katakan, saya tidak
pasti. Mungkin saya tidak sampai peringkat bunuh diri tetapi sekurang2nya
rasa sedih dan serabut tetap wujud juga.

Sedang orang yang benar2 mencintai Allah, akan terima segala apapun yang
berlaku atasnya dengan penuh redha. Susah atau senang dia akan tersenyum.
Apa juga bencana atau khabar gembira dia tetap akan bersolat memohon
rahmat. Inilah orang yang dijanjikan jalan kebahagiaan. Inilah orang yang
saya maksudkan pada wajahnya terdapat Nur Allah yang mengundang rasa
gementar pada hati orang yang tidak beriman.

Saya tidak sampai ke tahap itu. Walaupun belajar untuk redha dengan
kesusahan yang saya terima, namun kadangkala terlahir juga sedikit keluhan
dari mulut ini. Namun apabila tersedar, segera berastaghfar. Begitu juga
dalam menghadapi ujian dan dugaan sehari2. Mata ini... Terlalu gemar
melihat yang cantik. Walaupun saya amat menekankan berkenaan penutupan
aurat, namun jika perempuan seksi melintas depan mata, tetap menjeling
juga.

Juga di dalam pergaulan sehari2. Jika ada pertentangan pendapat, begitu
cepat untuk saya melenting. Jika difikir2kan kembali, rasanya saya jauh
dari sifat muslim yang sejati. Bagaimanakah mungkin orang dengan kualiti
seperti saya ini mampu memancarkan Nur Allah yang lahir dari ketaqwaan
hati? Sesungguhnya tidak. Maka sewajarnyalah mereka yang di PS tidak takut
atau segan menjual VCD lucah kepada saya...

Bukanlah saya hendak membuka pekung di dada. Bukan juga dengan niat
menunjuk pandai. Demi Allah tiada. Ini hanyalah sebahagian daripada
pemikiran saya yang saya harap dapat kita kongsikan bersama. Pada
kebiasaannya setiap penulisan saya mampu mengingatkan diri saya sendiri.
Itulah sebenarnya harapkan. Harus saya sebut berulang kali niat saya ini
kerana saya bimbang ada pula nanti yang tersalah anggapan...

Marilah saudara2 sekalian. Marilah kita berusaha untuk meningkatkan
ketaqwaan kita. Agar Allah sudi memancarkan NurNya pada wajah2 kita.
Marilah kita bersama menguatkan keyakinan kita kepada ketentuan Allah.
Semoga kita berjaya sampai ke syurgaNya. Seungguhnya tidak ada kejayaan
tanpa usaha. Dan tidak ada usaha tanpa doa. Semoga Allah memberikan
keberkatan ke atas kesekalian kita...

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk
adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

-Abu Naqibah-

Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di
[EMAIL PROTECTED]





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke