Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang
meliputi kawasan seluas 402.76 kilometer persegi.
Terdapat 17 mukim yang terdiri daripada 204 buah
kampung dalam daerah Rembau. Menurut sejarah, Rembau
asalnya adalah antara tempat mendarat terawal
orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Rembau menjadi
kebanggaan orang Melayu yang penuh dengan adat dengan
usianya yang hampir setengah abad.

Sekarang Rembau tidak kurang hebatnya. Menara Masjid
Jamek Rembau yang tinggi dari jauh dapat dilihat
apabila kita memandu menghampiri pekan Rembau. Diwaktu
malam pula persimpangan jalan utama di pekan Rembau
disinari cahaya lampu jalan yang pelbagai corak dan
warna yang amat terang benderang. Malah pekan Rembau
masih mengekalkan stesen keretapinya yang penuh
nostalgia.

Masuk ke pekan Rembau Pasar Baru Rembau adalah
merupakan satu lagi mercu tanda. Dengan kos pembinaan
RM 3 juta, pasar ini telah beroperasi sepenuhnya pada
awal Mei 2006. Namun disebalik bangunan pasar ini yang
tersergam indah timbul pelbagai pertanyaan.

Hari demi hari para peniaga di pasar Rembau ini
mengeluh. Masalahnya pelanggan yang datang ke pasar
baru ini tidaklah seramai pelanggan yang datang
seperti mereka berniaga di pasar lama yang terletak
beberapa meter sahaja dari pasar baru ini.

Yang pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan bangunan
pasar baru yang bernilai RM 3 juta ini. Nak katakan
para peniaga ini baru nak belajar berniaga, rata-rata
yang berniaga di pasar ini adalah mereka yang berniaga
di pasar lama. Nak katakan orang Rembau tidak nampak
atau tidak jumpa bangunan pasar baru ini, pasar baru
ini terletak beberapa meter sahaja daripada tapak
pasar lama. Nak katakan tiada tempat letak kereta di
bangunan pasar baru, tempat letak kereta di bangunan
pasar baru jauh lebih luas daripada tapak pasar lama.
Nak katakan ada saingan daripada pasar terdekat, pasar
lain yang terdekat ialah di Tampin atau pun Seremban
yang jauhnya lebih 20 kilometer. Nak katakan
rekabentuk pasar Rembau terdapat banyak dinding
penghalang menyebabkan pelanggan tidak nampak
gerai-gerai dalam pasar tersebut, ada juga pasar lain
yang ada dinding-dinding penghalang seperti di pasar
Ampangan, Seremban yang majoriti peniaganya orang
Melayu. Nak katakan orang Melayu tidak pandai
berniaga, dikhabarkan orang Cina yang dapat lot dalam
pasar Rembau pun tidak mampu bertahan lalu menjalankan
perniagaan serupa di bangunan lot kedai yang lain.

Jadi dimana silapnya hinggakan bangunan pasar baru
Rembau yang harganya RM 3 juta ini tidak mendapat
sambutan ? Yang pasti hari demi hari peniaga Melayu di
pasar Rembau ini mula gulung tikar, dan mereka ini
adalah peniaga tradisi yang pernah menjalankan
perniagaan di tapak lama pasar Rembau.

Para peniaga telah mengadu kepada banyak pihak untuk
membantu menyelesaikan masalah mereka, ke Majlis
Daerah sudah, ke wakil rakyat sudah, ke Menteri Besar
sudah, ke media cetak sudah, ke media elektronik pun
sudah. Namun belum nampak lagi satu usaha yang serius
secara kolektif dengan mengambil sikap berlapang dada
serta bertolak ansur dilakukan.

Apakah ada pendinding atau pun hijab yang menyebabkan
bangunan pasar baru Rembau ini tidak dapat menggamit
kedatangan pengunjung yang biasa mengunjungi tapak
pasar lama Rembau apatah lagi pengunjung baru ? 

Sekiranya semua pihak mengambil sikap berlapang dada,
ingin membantu bukan sahaja peniaga Melayu malah
peniaga bangsa lain di pasar Rembau ini, yang akan
mendapat manafaatkan bukan hanya para peniaga malah
semua pihak. Para peniaga akan mendapat mencari rezeki
dengan sempurna, para pelanggan dapat membeli dengan
selesa, pihak Majlis Daerah Rembau pula dapat mengutip
hasilnya dengan konsisten.

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk menarik orang
ramai mengunjungi pasar Rembau. Media boleh membantu
mempromosi, agensi kerajaan ataupun swasta boleh
mengadakan hari bersama pelanggan di pasar Rembau.
Boleh juga diadakan beberapa aktiviti sampingan untuk
menarik orang ramai mengunjungi pasar Rembau seperti
beberapa pertandingan dan peraduan , seperti Peraduan
Teka Kacang percuma dan sebagainya yang dianjurkan
oleh pelbagai agensi mahu pun persatuan.

Semua pihak harus lakukan sesuatu , bukan hanya untuk
menyelamatkan peniaga Melayu pasar Rembau, tetapi
untuk menyelamatkan imej penduduk Rembau sendiri
samada mereka mampu menjadikan pasar Rembau sehebat
Pasar Payang di Kuala Terengganu dan Pasar Siti
Khadijah di Kota Bharu.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke