Pilihan raya: Kelantan tidak akan guna mahasiswa seperti Umno
Sun | Sep 24, 06 | 02:47:45 PM
Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Kerajaan negeri Kelantan tidak akan mempergunakan mahasiswa dalam usaha meraih sokongan di Kelantan sebagaimana yang dilakukan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohamad Amar Abdullah, berkata kerajaan negeri mempunyai pelbagai agenda serta perancangan dalam usaha mengukuhkan kerajaan negeri tanpa penglibatan mahasiswa.

"Kita tidak berhasrat melibatkan golongan mahasiswa kerana tidak mahu mereka terheret dalam kancah politik.  Kita juga tidak mahu jadi seperti Umno yang terang-terangan dan terbuka menggunakan golongan itu untuk menyokong mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Tegas beliau, kerajaan negeri membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat pilihan sendiri berdasarkan intelektual yang dimiliki dan tidak  memaksa mereka.

Beliau berkata demikian selepas majlis dialog bersama Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), di Kelab Century Paradise, Melawati, semalam sebagai mengulas pertemuan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TTNC HEP) bersama, Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Annuar Musa, di UiTM Kelantan, semalam.

Harakahdaily difahamkan, pertemuan TTNC HEP 17 IPTA seluruh Semenanjung itu merupakan arahan daripada Mustapa yang juga Menteri Pengajian Tinggi sebagai satu agenda untuk menawan Kelantan dalam pilihan raya umum  ke-12.

Nik Amar berkata kerajaan sedang giat berusaha untuk mengukuhkan kerajaan dengan menyediakan peruntukan kepada golongan miskin dan yang memerlukan, di samping menyanggah propaganda Umno.

Dalam perkembangan lain, Nik Amar menggesa anak-anak Kelantan yang berada di seluruh negara, khususnya di Lembah Kelang, pulang mengundi ke Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Majlis dialog tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyudin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan,  Abdul Fattah Mahmood dan beberapa pegawai kerajaan negeri. - mks.

**************************
Salam Perantau
Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, khususnya kepada perantau-perantau rakyat Malaysia yang berada di luar negara, hantarkan gambar berserta ucapan/kata-kata anda kepada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan, sahabat handai dengan mengirimkan emel kepada kami ke alamat [EMAIL PROTECTED]. Sertakan Nama, Alamat, dan Ucapan anda kepada kami. Ucapan anda akan yang dikemaskini akan disiarkan di ruangan Salam Perantau.

Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED]. Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon (maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.


All new Yahoo! Mail "The new Interface is stunning in its simplicity and ease of use." - PC Magazine __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke