From: [EMAIL PROTECTED]
Subject:  Profesor dari Poland yang meyakini Islam sejak kecil


"Sewaktu di dalam penjara inilah hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana 
penyeksaan yang terpaksa ditanggung. Kami diseksa 24 jam dengan teruk dan
pada masa itulah saya mula mempercayai dan teringatkan kepada Tuhan.

"Benarlah bagai dikata, hamba akan lebih mengingati kepada Tuhannya
apabila berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan. Pada masa itulah saya
berdoa sekiranya saya dibebaskan, saya akan mengakui kewujudan Allah
dan sujud kepada-Nya.

"Alhamdulillah, keesokkan harinya saya bebas dan dibenarkan pulang.
Saat itu amat gembira kepada saya dan sekali gus memantapkan lagi
keyakinan saya kepada Allah itu," kata Prof. Ataullah yang dibebaskan pada 1983
di mana beliau menerima perlindungan politik di Amerika Syarikat.

Semenjak itu, beliau menetap di Texas dan pada 1985, Prof. Ataullah
mengerjakan haji sebagai yang pertama dalam sejarah Silesian.


~~~~~~~teruskan membaca

Prof. Ataullah lalui jalan kebenaran penuh berliku
Oleh ZUARIDA MOHYIN
www.utusan.com. my

Prof. Ataullah Bogdan Kopanski pernah dua kali dianugerahkan pingat
Struggle for Freedom and Independence iaitu pada 1995 dan 2006.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

DAN Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki- Nya ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah: 213) Ayat di atas ini
menjelaskan kepada kita bahawa hidayah atau nur petunjuk itu adalah
milik mutlak Allah s.w.t.

Biarpun kita mampu menerangkan tentang kelebihan agama Islam itu
kepada semua manusia sama ada yang beragama Islam ataupun mereka
yang masih dalam zaman kejahilan.Pun begitu, tanpa keizinan-Nya maka
tiadalah hidayah yang diperoleh oleh mereka.

Lantaran itu, sebagai hamba-Nya yang mengakui diri beriman kepada Allah
s.w.t. dan Rasul, janganlah sekali-kali kita memperlekehkan pengislaman
seseorang saudara baru itu meskipun hidayah yang diterima dianggap
terlalu mudah, pelik ataupun penuh kesengsaraan.

Ini dibuktikan dengan sikap dan penerimaan segelintir umat Islam
yang sering meremehkan bentuk pengislaman seseorang saudara baru
itu, lebih-lebih lagi menerusi perkahwinan. Hakikatnya, setiap
muslim mestilah sama-sama memberi sokongan dalam apa jua bentuk
bukannya menyisihkan mereka.

Kita sepatutnya bersyukur dalam senario umat Islam yang semakin
diberi gambaran negatif dan tidak kurang juga fenomena Islam sekadar di
nama, masih banyak jumlah yang nampak keindahan Islam menerusi hidayah
Allah s.w.t.

Kisah perjalanan pengislaman pensyarah Sejarah & Politik
pengkhususan Sejarah Zaman Pertengahan Eropah di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ataullah Bogdan Kopanski, yang
dikongsi dengan tetamu pada majlis Makan Malam Tahunan Pertubuhan Kebajikan
Al-Nidaa' Malaysia (Al-Nidaa') di Sheraton Subang Hotel, Subang Jaya,
Selangor tidak lama dahulu berjaya membawa hadirin menyelami kisah
penderitaan dan kegembiraan beliau sehingga bergelar muslim.

Prof. Ataullah, 58, berasal dari Poland, tengah Eropah pernah dalam
hidupnya dipenjarakan sebanyak dua kali oleh Rejim Komunis Poland iaitu
pada 1968 dan 1981 hingga 1982.

Menurut beliau, hidayah yang diterimanya tidak datang secara spontan
tetapi ia diterima secara perlahan dan berliku. Semuanya bermula semenjak
di usia belasan tahun lagi.

"Semasa saya berusia 12 tahun, saya sudah tidak boleh menerima
langsung atau betah dengan ajaran agama Kristian terutamanya yang
berkaitan dengan aspek akidah dan kepercayaan. Hakikatnya banyak yang boleh
dipersoalkan serta ia tidak seiring dengan fitrah hidup manusia

"Malah banyak pengalaman-pengalam an yang dilalui sepanjang usia
remaja saya yang dihabiskan di sekolah beraliran Kristian
menambahkan lagi kurang keyakinan saya kepada orang yang mengaku
diri mereka tinggi ilmu agama tetapi tidak melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

"Dua tahun kemudian iaitu pada 1962, saya tertarik dengan kemenangan
yang diperoleh Mujahidin Islam Algeria terhadap perjuangan mereka
menentang Kolonial Perancis. Itulah panahan awal terhadap Islam," cerita Prof.
Ataullah yang memeluk Islam kira-kira 32 tahun lalu iaitu pada tahun
1974.

Mengimbau kisah zaman sekolah menengahnya dan membawa kepada detik awal
pengajian peringkat menara gading, Prof. Ataullah menggambarkan dirinya
sebagai contoh tipikal generasi pemberontak.

Pada 1974 tambah Prof. Ataullah, beliau berkesempatan ke Turki dan
menulis tajuk berkaitan polisi pemerintahan Sultan dan Khalifah Suleiman
Kakuni terhadap Kerajaan Poland bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera.

"Ketika berada di situlah saya terpikat dan jatuh cinta dengan
laungan azan yang berkumandang di salah sebuah masjid tua di kota
Istanbul memanggil umat Islam menunaikan solat.

"Bagai ada semacam desakan dalaman bila mendengarkan kelunakan suara
muazin, saya jadi terpana dan tiba-tiba, bulu roma saya meremang. Kaki
saya terus melangkah ke arah datangnya suara tersebut tanpa saya ketahui
dari mana kekuatan itu diperoleh. Saya disambut seorang lelaki tua
rakyat tempatan yang mengajarkan saya cara mengambil wuduk atau bersuci.

"Saya akhirnya mengucap syahadah dengan linangan air mata dan saya
mendirikan solat yang pertama iaitu solat Maghrib," akui Prof. Ataullah
yang memaku setiap hadirin dari meninggalkan majlis malam itu.

Akui beliau lagi, pertama kali dalam hidupnya dirasakan tenang dan
tenteram iaitu selepas bergelar muslim.

Berkongsi pengalamannya sebelum dipenjarakan, kata Prof. Ataullah pada
1980 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (Ph.D)
dalam bidang Sejarah Falsafah. Di tengah-tengah kancah revolusi sosial
yang berlaku di Poland, beliau menjadi aktivis, pensyarah dan pengasas
Solidarity Movement.

Dipenjarakan

Selepas Pemerintahan Tentera pada Disember 1981, Prof. Ataullah
bersama seramai 12,000 intelektual bangsa Poland telah dipenjarakan
beramai-ramai di kem tahanan dekat sempadan Kesatuan Soviet.

"Sewaktu di dalam penjara inilah hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana
penyeksaan yang terpaksa ditanggung. Kami diseksa 24 jam dengan teruk dan
pada masa itulah saya mula mempercayai dan teringatkan kepada Tuhan.

"Benarlah bagai dikata, hamba akan lebih mengingati kepada Tuhannya
apabila berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan. Pada masa itulah saya
berdoa sekiranya saya dibebaskan, saya akan mengakui kewujudan Allah
dan sujud kepada-Nya.

"Alhamdulillah, keesokkan harinya saya bebas dan dibenarkan pulang.
Saat itu amat gembira kepada saya dan sekali gus memantapkan lagi
keyakinan saya kepada Allah itu," kata Prof. Ataullah yang dibebaskan pada 1983
di mana beliau menerima perlindungan politik di Amerika Syarikat.

Semenjak itu, beliau menetap di Texas dan pada 1985, Prof. Ataullah
mengerjakan haji sebagai yang pertama dalam sejarah Silesian.

Selepas kejatuhan komunis di Eropah Barat, beliau telah berhijrah ke
Bosnia, Albania, Jerman, Lithuania, Hungary, Bulgaria dan Romania. Pada
1990 beliau menjadi pensyarah dan Pakar Eropah dan Asia di Universiti
Islam Antarabangsa Islamabad di Pakistan.

Beliau merupakan saksi kepada kejatuhan penaklukan komunis di
Afghanistan pada 1991. Manakala pada 1992, beliau bergelar pensyarah
pelawat di UNISA, Pretoria di Republik Afrika Selatan di mana beliau
menjadi saksi kepada kejatuhan apartheid. Setahun kemudian, Prof. Ataullah
mula menjadi tenaga pengajar di UIAM.

Prof. Ataullah pernah dianugerahkan dengan pingat Struggle for
Freedom and Independence pada 1995 dan juga pada tahun ini.

Beliau kini mempunyai empat cahaya mata iaitu Khalid, Tareq,
Sumayyah dan Salaheddin hasil perkahwinan beliau dengan Peguam
Syarie berbangsa Palestin, Mariam binti Abdurrahman Ktaila.

Sempat berseloroh dengan kisah pertemuannya dengan isteri sebelum
membawa mereka ke jinjang pelamin, Prof. Ataullah pandai mengambil hati
hadirin yang tidak kering gusi mendengarkan pengalamannya memikat dan
memilih calon isteri.

Di Malaysia, Prof. Ataullah mengakui menggemari buah durian, Gunung
Kinabalu, Pulau Perhentian, Terengganu, budaya masyarakat
Minangkabau dan keris-keris asli.


Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.

__._,_.___





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

Tamadun - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/tamadun/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Reply via email to