*Jangan Kamu Marah!* *Hadith :*
*Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi
SAW yang maksudnya:� Berwasiatlah kepada ku.� Sabda Rasulullah SAW: 
�Jangan
kamu marah.� Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda
Rasulullah SAW:� Jangan kamu marah..� *
*  *
*(al-Bukhari)*
*Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka
Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka:
(iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan,
ketakutan, syahwat dan kemarahan.� Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan
segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah
dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat
lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara
menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama
ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa
penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah
menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu
juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti
memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan
mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya
mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru
walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang
Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab
yang menyebabkan kemarahan. *
*
*

--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Kebahagiaan Hidup Yang Tertinggi Adalah
Keyakinan Yang Diri Kita Dicintai. Cinta
Ibarat Seperti Petir, Anda Tidak Dapat
Meneka Di mana Akan Terjadi, Tahu-tahu
Sudah Terserang~~~

~~~WithluvMyfairlady~~~
*fairlady.sha...@gmail.com*

Kirim email ke