Assalamu'alaikum w.w.



Bermasalahnya  anak
anda,  sebab REMAJAnya.

Setiap hari, masyarakat dan media membicarakan masalah remaja, realitinya dan 
terkadang mencadangkan jalan penyelesaiannya. Ada yang menjadikan remaja 
sebagai  "costumer" mereka untuk  mengaut keuntungan.



Bila istilah "zaman remaja" diguna pakai dalam masyrakat,  masalah yang
berlaku akan  bertambah dan semakin  bertambah.



Cuba kita kembali melihat apa yang di gariskan oleh Islam kepada kita.


  Zaman anak-anak- belum pandai menilai baik-buruk,
  Zaman akil baligh - zaman memahami dan mempelajari  nilai-nilai
  Zaman baligh-       - zaman melaksana kerja dan bertanggung jawab..



Bila menjejaki zaman baligh, Islam menjelaskan bahawa

setiap kita bertanggung jawab penuh, atas apa yang telah  kita lakukan secara
sedar.

Tidak seperti apa yang  kita guna pakai harini, masih ada lagi kelonggaran
dan tidak mengapa bagi mereka yang
melakukan jenayah sebelum 18 tahun atau 21 tahun..iaitu "zaman remajanya". 
Sehingga
mahkamah khas direka untuk mengiyakan atau separuh terima  kesalahan-kesalahan 
itu. Hukuman juga di"adjust" untuk fitkan "zaman lalai ini"



Zaman remaja atau "zaman adjustment"nya
 terlalu panjang !!,



sampai ada antara kita merasakan dirinya masih remaja walaupun dah  menjejaki 
umur
 40 tahun, jadi ada yang masih "tolerate  dengan kesalahan-kesalahan kecilnya" 
sendiri
sampai kezaman umur 40'an.



Mari kita melihat panglima perang Islam , Usaamah yang disusun  oleh Rasulullah 
SAW,
 dan Muhammad Al Faatih yang menakluk Istanbul dari kerajaan ROM .  Mereka
 ini,  telah memimpin angkatan perang ummatnya dalam umur 17 dan 18 tahun sahaja
 !

 Ini bukan donggeng !!



Cuba kita tengok anak-anak kita yang berada pada lingkungan umur tersebut !!



Disebabkan tiadanya budaya bertanggung jawab ini,  maka  kita
sendiripun merasakan  yang anak-anak kita tidak layak memimpin pasukan yang 
sebegitu penting (..
jikapun  ada pada waktu ini).



"Zaman remaja"
tidak pernah diperkenalkan oleh Islam.



Ia ialah istilah
 dalam budaya barat yang membiarkan

kerehatan dan hedonism berlaku
dalam masyarakat mereka.



Ciri-ciri ini bila digunapakai dalam masyrakat kita, akan melemahkan  seluruh 
ummat Islam. Bila lemah golongan "remaja", bereti  lemahlah masa depan
ummat tersebut.   Ummat ini tak akan bangun jika generasi "remaja"nya terus 
lalai dan
diracuni dengan berbagai jenis hiburan.

Ummat yang lemah ''remajanya" pasti tak akan bangun dalam 10 -15 tahun
lagi. Dalam 15-20 tahun seterusnya, generasi lemah inilah yang  akan  mula 
mentadbir dan memimpin
 negara . Dan mereka ini, akan terus "menguna dan meneruskan 
kesalahan-kesalahan  generasi remaja"
berikutnya.



Mukaddimah terbaik untuk  membantu  mereka ini, dan masyarakat seluruhnya, 
adalah dengan membuang kalimah REMAJA yang telah banyak menipu kita
 dengan "zaman toleransi" nya.



Allahu'alam.

SyHaleem




p/s

Semuga  Akrab dan pihak lain yang berusaha membaiki masyrakat dan "golongan 
remaja" dapat  menghalusi perbincangan ini.













      

Kirim email ke