Saya mendapat berita almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin dimasukkan dalam 
ICU Hospital Seremban ketika melayari Harakahdaily jam 10 malam Khamis 19 Mac 
2009. Ketika itu saya berada di Terengganu saya hanya sempat meng SMS kepada 
rakan-rakan bertanyakan keadaan dan memohon agar almarhum disembuhkan.

Namun ALLAH lebih menyayangi beliau. Saya merasakan satu kerugian yang amat 
besar, almarhum seorang yang begitu komited dalam kerja dakwah. Jika beliau 
berceramah dari awal hingga akhir beliau dalam keadaan yang penuh semangat. 
Pernah beliau berceramah di Surau Taman Alamanda. Saya bertanya pada beliau 
ketika itu asal beliau. Rupa-rupanya sekampung dengan saya, iaitu di Kota, 
N.Sembilan.

Saya hanya mampu berdoa pada Allah, supaya Allah gantikan dengan lebih ramai 
lagi anak muda terutamanya dari Negeri Sembilan ini lebih-lebih lagi yang 
berkelulusan agama agar berani tampil ke hadapan berdakwah kepada orang ramai 
yang begitu dahagakan sinar Islam di Negeri Sembilan ini.

Ayuh anak-anak muda Negeri Sembilan contohilah semangat perjuangan Ustaz 
Khairul Azhar yang tidak pernah kenal erti penat lelah, takut gentar hingga ke 
akhir hayat.

Tunggu apa lagi ?

Semoga Allah menempatkan ruh almarhum Ustaz Khairul Azhar bersama ruh 
orang-orang soleh, para syuhada dan para anbiya.

Jika kau bersama ruh orang-orang soleh , para syuhada dan anbiya, doakan aku 
akan menyusuli mu saudara ku Khairul Azhar bin Kamaruddin.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



      

Kirim email ke