*M**enurut Islam, sebuah pemerintahan yang tidak adil, akan jatuhlah ia kepada salah satu hukum fasiq, zalim atau kafir.Bergantunglah kepada bentuk bentuk atau sebab sebab penolakan mereka kepada hukum hukum ALLAH. Namun dalam hal ini perlu di ingatkan bahawa dalam Islam, hukum fasiq, zalim dan kafir ini bukan sahaja ditujukan kepada pemerintah sahaja tetapi siapa sahaja yang menolak hukum ALLAH sama ada dalam diri, rumah tangga, jemaah atau parti.* <http://wahabamri.blogspot.com>* * * **Rakyat juga tidak boleh mengata ngata pada pemerintah yang tidak adil saja, kerana pemerintah itu naik dari rakyat.Bagaimana rakyat, begitulah pemerintah.Sebaik sebaiknya kedua dua rakyat dan pemerintah taat pada ALLAH, barulah terbentuk keadilan yang sempurna. ** ** **Untuk membentuk pemerintahan yang adil adalah mengusahakan TAQWA di pihak pemerintah dan rakyat. Sebab itu, bagi mereka yang merindukan negara adil, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH, taqwa mesti disediakan sebagai tapaknya olih pemerintah dan juga rakyat.** ** **Ciri ciri pemerintah yang Zalim:** *
- *Kelompok pemerintah dari Raja atau Perdana Menteri hingga ke menteri menteri dan wakil wakil rakyat adalah perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya raya hasil menyertai Politik.Harta negara di gunakan untuk peribadi dan kroni kroni.Terlalu amat sedikit sahaja di gunakan untuk rakyat. Kalau di tegur oleh rakyat, rakyat itu akan di hukum, diboikot dan di apa apakan.Inilah kezaliman. Pemerintah yang di katakan Islam itu solat dan fardhu ainnya pun tidak beres. Ke masjid jarang sekali, tapi ke pusat hiburan saperti dangdut, perjudian dan kelab kelab malam selalu. Jumpa rakyat di majlis majlis rasmi saja, terutamanya waktu waktu genting, dengan ada udang di sebalik batu.Rakyat yang tidak satu parti denganya di anaktirikan.Kesalahan kroni nya tidak dihukum bahkan di sorok sorokannya.Tetapi kesalahan rakyat, apa lagi rakyat yang tidak sebulu dengannya, dicari cari dan di besar besarkan untuk di hukum. Adakalanya yang tidak salah pun cuba di persalahkan.* - *Keluarga para pemerintah dan wakil rakyat yang sepatutnya menjadi model baik untuk di contohi oleh rakyat sebaliknya merupakan sasaran kebencian dan hasad dengki rakyat. Akhlak dan ibadah mereka tidak jadi contoh.* - * Isi isi siaran media saperti radio, TV serta buku dan majalah majalah hampir semua ke arah kemaksiatan.* - *Muzik muzik haram ,tari menari, pergaulan bebas, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain lain lagi dibenarkan berleluasa secara legal atau secara adat, atau secara tidak di kawal.* - *Orang miskin, orang tua, ibu tunggal janda janda merupakan golongan terbuang yang hidup penuh sengsara dan kesusahan.Tidak ada pembelaan yang tepat dan serius.Haiwan haiwan di zoo dan pokok pokok perhiasan di bandar bandar lebih di beri perhatian dan keutamaan.* - *Banyak projek yang sia sia atau membazir dengan menggunakan wang berbilion bilion saperti pembinaan padang golf dan kelab kelab eksklusif untuk orang orang kaya sedangkan projek yang lebih asasi dan manusiawi tidak di usahakan bersungguh sungguh atau kalau di buat pun acuh tak acuh sahaja. * - *Polis konon tugasnya untuk menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak buat rakyat tidak aman.Saperti menakut nakutkan, merampas sesuka hati, menahan sesuka hati, rasuah dan sebagainya.Memang ada kebaikan polis tetapi kezaliman nya lebih tinggi.* - *Para pemimpin di kalangan parti pemerintah lebih kaya dari parti sendiri.* - *Rakyat jelata atau golongan yang tidak mengikuti parti pemerintah, apabila mereka difitnah atau dituduh, mereka tidak dapat peluang untuk membela diri samada melalui ceramah umum, di radio, surat khabar dan lain lain media.Sebaliknya mereka terus dihukum melalui pengharaman ceramah, buku buku, majalah yang di terbitkan mereka.Atau mereka di tangkap dan dipenjarakan tanpa dibicarakan di mahkamah.Itulah ISA.* - *Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah marah.Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan kesalahan pihak yang menegur untuk di ambil tindakan.* * **Kita berdoa, sekiranya para pemerintah hari ini tetap berdegil, moga moga ALLAH gantikan dengan pemerintah yang bertaqwa yang di dukung pula oleh ketua dan rakyat yang bertaqwa.** * -- Salaam & Regards Amri Abdul Wahab 68000 Ampang, Selangor MALAYSIA http://wahabamri.blogspot.com