Malam tadi selepas selesai solat jemaah maghrib di
Surau Alamanda, ketika sedang berwirid, tiba-tiba
datang seorang India beragama Hindu masuk surau.
Beliau kelihatan cemas dan berkata “Bang , minta
tolong. Sini Tuhan Allah tolong, ada orang mahu pukul
saya”. Mulanya jemaah tak ambil kisah, sebab nampak
macam dia tak berapa betul. Tapi dia berulang-ulang
cakap perkara yang sama, kami jadi cuak, lalu bertanya
pada orang India tadi.

Dia kata ada orang nak pukul dia kat luar sana, dia
upah gangster. Tak lama lepas tu muncul seorang lagi
India di luar pintu pagar, saya cam orang tadi, selalu
nampak di taman berhampiran. Lalu orang yang datang
tadi kata, yang mula-mula datang tu abang ipar, dia.
Dia mabuk, ada masalah keluarga sedikit dan beberapa
cerita lain. Kemudian datang lagi seorang India.

Orang yang mula tadi kata “Ini bulan Ramadhan baru
lalu, sekarang bulan Syawal baik punya bulan. Ini
Tuhan Allah tolong”

Lalu saya kata pada orang pertama tadi, baliklah
rumah, ada anak bini, jagalah mereka baik-baik. Lalu
mereka pun setuju untuk balik dengan aman.

Macam-macam dugaan. Kami semua tersenyum.

Alangkah baiknya masyarakat berbilang kaum dan agama
di Malaysia ini dapat hidup dengan aman damai. Tolong
menolong antara satu sama lain, terutama di saat
negara menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, rakyat
hidup susah dengan kos sara hidup yang meningkat,
masalah sosial dan jenayah yang semakin membimbangkan.



     
  Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com
    
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
  Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com
  Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke