Yayasan
 Pembangunan Nur Hikmah adalah
sebuah yayasan yang ditubuhkan dalam tahun 2006 bertujuan bagi membantu
anak-anak yatim, miskin dan anak-anak terbiar. Sehingga kini pihak
yayasan menaungi lebih 300 orang anak-anak yatim , miskin dan anak-anak
terbiar secara terus di 6 buah rumah jagaan di Selangor, Kuala Lumpur
dan Perak.

Pada tahun ini kami telah membelanjakan hampir RM40,000.00 untuk menyediakan 
pakaian seragam, peralatan dan yuran asas untuk kanak-kanak yang memerlukan. 
Wang yang kami belanjakan itu adalah hasil dari sumbangan tuan puan. Kami amat 
terharu dan sangat berterima kasih diatas sumbangan yang ikhlas yang dihulurkan 
melalui kami untuk kami sempurnakan pembahagiannya.

Majlis penyerahan sumbangan anda kepada mereka telah kami sempurnakan pada 13hb 
Disember 2009 bersempena program Tautan Kasih IV yang berlangsung di Kem PLKN, 
Paya Indah Wet Land, Dengkil , Selangor.

Teruslah membantu kami untuk membantu mereka. Semuga Allah memberkati 
usaha-usaha kita semua. Amin...

Kami menyediakan talian HOTLINE YPN 24 JAM di 1700 800 020 atau anda boleh 
menghubungi Ibu Pejabat
 Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ditalian 03-8733 2411 pada waktu pejabat. Anda 
boleh juga menghubungi YPN melalui email presi...@nurhikmah.org.my













PANDUAN MENYUMBANG SECARA ONLINE :


MELALUI MAYBANK2U

 Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 
564306010030  , letakkan alamat emailpresi...@nurhikmah.org.my.



MELALUI CIMB ONLINE Caranya ialah : 1. Login 
ke https://www.cimbclicks.com.my/2. Pilih Pay
 Bills3. Pilih Akaun Anda (Payment From)4. Pilih Payment To >> Payee
 List5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur
 Hikmah6. Masukkan Nama Anda (optional)7.
 Masukkan Contact No. (optional)8. Masukkan Jumlah9. Tekan Submit


MELALUI BANK ISLAM ONLINELangkah membuat sumbangan melalui Bank Islam Online1. 
Sila pindahkan kedalam akaun MayBank KHIDMAT NURHIKMAH 5643060100302. Payable 
To or Beneficiary Name: KHIDMAT NURHIKMAH Company Registration No. or 
Beneficiary ID: 646393-A .3. Letakkan alamat email : presi...@nurhikmah.org.my
__________________________________________________________________





RENUNGAN:

Hadith : 

Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah
yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah
kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan
disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Huraian

i)
Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama
mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim
begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan
sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu
rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar
mereka turut gembira. 

ii)

Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah
meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya
Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika
usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul
Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun. 

iii)
Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah
membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah
dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : 

"Bukankah
Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia
memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan
kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu
Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak
yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka
hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur
kepadaNya." 

iv)
Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim.
Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu
dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak
yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah
meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita
telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut
membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh
itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka
daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya
dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang
orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta
berlaku zalim terhadap anak yatim 
!"  ..................................................................................
 MELALUI MAYBANK2U

 Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 
564306010030  , letakkan alamat email presi...@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB
 ONLINE Caranya ialah : 1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/ 2. Pilih Pay 
Bills 3. Pilih Akaun Anda (Payment From) 4. Pilih Payment To >> Payee List 5. 
Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah 6. Masukkan Nama Anda (optional) 7. 
Masukkan Contact No. (optional) 8. Masukkan Jumlah 9. 
Tekan Submit -------------------------------------------------------YAYASAN 
PEMBANGUNAN NUR
 HIKMAHNo. Pendaftaran : 646393-ANo. 16-3, Jalan Mesra
 Niaga,Taman Mesra,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.Telefon  : 03-87332411
Faks      :  03-87332967
HOTLINE : 1700 800 020 (24 JAM)
Laman web
 : www.nurhikmah.org.myEMAIL  : presi...@nurhikmah.org.my yahoo 
Group: http://groups.yahoo.com/group/nurhikmah/
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AMARAN : Pihak
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada
pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur
Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat
terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau
secara online ke Akaun Maybank  564306010030. Sebarang kemusykilan atau 
pertanyaan sila email kepada presi...@nurhikmah.org.my atau telefon 019-2144214 
(24 jam) .








      
____________________________________________________________________________________________
Firefox 3 Faster, More Secure, Customisable and FREE.
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Kirim email ke