Judi adalah perbuatan yang dilarang keatas mereka yang beragama Islam. Tidak 
perlu keluar fatwa mengatakan ianya haram , kerana ianya jelas dinyatakan dalam 
Al Quran. Namun orang Melayu di Malaysia ini yang beragama Islam masih ada yang 
berjudi samada secara terbuka di kedai ekor atau tersembunyi walaupun mereka 
tahu ianya haram.

Orang Melayu yang berjudi pun tahu mereka tidak akan menjadi kaya dengan 
berjudi. Orang Melayu yang berjudi pun tahu , duit hasil judi tidak berkat. 
Namun mereka tetap berjudi dan terus berjudi kerana mereka ini telah sampai ke 
satu tahap ketagihan judi.

Oleh itu kita sepatutnya kasihan melihatkan orang Melayu yang ketagih berjudi 
ini , dalam pada masa yang sama kita bencikan perbuatan mereka yang berjudi ini.

Tidak pernah kita dengar setakat ini klinik untuk merawat ketagihan judi. Sudah 
sampai masanya semua kita mengusahakan kaedah rawatan samada secara individu , 
melalui persatuan mahu pun Majlis Agama Islam untuk merawat orang Islam yang 
ketagihan berjudi ini.

Orang yang ketagihan judi , mereka sendiri tidak mahu berjudi , apabila mereka 
dalam keadaan waras atau beriman.

Judi secara tidak langsung adalah merupakan “dadah” kepada mereka yang 
ketagihan judi.

Terdapat dua kategori kaki judi iaitu :
“Action gamblers” iaitu “Kaki Judi Aksi” yang ketagih bermain judi untuk 
melihatkan risiko dan aksi.  Seperti bertaruh dalam perlawanan sukan dan 
bermain daun terup.

Kedua ialah “Escape gamblers” iaitu “Kaki Judi Melarikan Diri” iaitu kaki judi 
yang berjudi kerana masalah tekanan emosi , kesunyian dan kerungsingan.

Berikut ialah Program 5 Langkah untuk merawat ketagihan judi.

Langkah 1 : Menyedari keinginan untuk berjudi adalah merupakan tanda kepada 
penyakit ketagihan judi dan yakin ianya boleh dirawat.

Langkah 2 : Jangan salahkan diri sendiri dan cuba fahami bahawa keinginan untuk 
berjudi boleh menyebabkan kerosakan fizikal pada otak.

Langkah 3 : Tumpukan perhatian. Apabila keinginan untuk berjudi datang jangan 
tunggu ianya akan hilang. Alihkan perhatian untuk melakukan perkara yang 
bermanafaat.

Langkah 4 : Lama kelamaan apabila tiga langkah di atas diamalkan penagih judi 
akan menyedari bahawa judi tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuatkan mereka 
ketagih. Keinginan berjudi hanyalah “sisa toksik” dalam otak.

Langkah 5 : Doa. Doa adalah merupakan senjata paling utama untuk orang Islam. 
Sentiasa berdoa setiap waktu , setiap hari agar dipulihkan dari penyakit 
ketagihan judi.

Tip kepada ahli keluarga penagih judi untuk membantu penagih judi :
Berterus terang dengan mereka yang ketagih judi
Galakkan mereka yang ketagih judi berjumpa kaunselor , ustaz atau pendakwah
Beritahu mereka yang ketagih judi ini ALLAH Maha Pengampun

Sayanglah umat manusia. Kita merasa amat kasihan apabila mereka mencampakkan 
diri mereka sendiri dalam kebinasaan. Yang kita benci hanyalah perbuatan mereka 
yang melanggar perintah ALLAH. Pandanglah semua insan dengan perasaan belas 
kasihan.
Bantulah mereka yang zalim dan dizalimi.

Rujukan : http://helpguide.org/mental/gambling_addiction.htm

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com




Kirim email ke